Eh eh ada sambungan :0

1.7K 524 129
                                    

Walaupun matanya terpejam rapat, air matanya masih lagi mengalir dengan deras.

Terjaga.

Dia membuka mata dan melihat sekelilingnya yang cerah kerana pantulan cahaya lampu. Dia melihat sekeliling dengan pemandangan yang agak samar.

Dia melihat badannya yang dikelilingi wayar dan jarum di tangan. Perlahan-lahan dia mengubah posisi dari baring ke duduk.

Dia masih lagi tidak mengerti dengan keadaannya sekarang ini. Bukankah dia seekor hantu? Mengapa pula dia boleh terlantar di atas katil hospital?

Dia memandang serban yang telah lama dia genggam.

"Ya Allah! Alhamdulillah, akhirnya Qysha dah bangun!" Puan Kaseh iaitu umi kepada Qysha memeluk Qysha erat.

Qysha terdiam. Umi nampak aku? Desisnya dalam hati.

"U-umi boleh nampak orang?" soal Qysha polos.

"Ya sayang...dah nak dua bulan Qysha koma dan tak sedarkan diri, Alhamdulillah hari ini Qysha sedarkan diri. Umi rindu Qysha tau..." Puan Kaseh mengesat air matanya.

"D-dua bulan? Maknanya...jasad orang tak hilang?" soal Qysha naif.

"Qysha memang hilang lepas kemalangan tu dan mengambil masa dua hari untuk temukan Qysha. Umi dah risau sangat tahu tak? Nasiblah ada seorang pemuda kampung yang temukan Qysha dekat dalam hutan dalam keadaan telantar."

"Pemuda?" Matanya terus melihat ke arah serban yang digenggam.

"Umi tahu milik siapa serban ni? Kenapa ada dekat tangan Qysha?"

"Umi tak tahu, doktor kata waktu doktor nak ambil serban ni dari Qysha, Qysha genggam serban tu seolah-olah tak mahu diambil, umi nak ambil pun kamu genggam je macam taknak lepaskan langsung. Tengok tu, kotor serban tu dipenuhi darah Qysha. Meh umi basuhkan." Puan Kaseh mengambil serban itu dari Qysha.

Qysha hanya diam memikirkan sesuatu.

Dia cuba mengingat kembali nama pemuda yang selalu muncul dalam mimpinya semasa dia tidak menyedarkan diri.

Apa nama dia eh? Soalnya dalam hati.

"Nak makan apa-apa tak?" soal Puan Kaseh.

"Entah." Qysha mengangkat bahu dan tersengih.

"Astaghfirullah, umi lupa pula yang umi ada bawakan nasi goreng untuk Qysha." Puan Kaseh mengeluarkan bekal makanan dan meletakkan di atas meja.

"Makan tau, dah lama Qysha tak makan, mesti lapar kan?"

Qysha mengangguk dan tersenyum.

"Umi, can you suap me?" soalnya manja.

"Can sayang, meh umi suap ya..." Puan Kaseh duduk didepan Qysha untuk menyuap anaknya yang manja itu.

"Umi, orang accident dekat mana eh?"

"Dekat perjalan sebelum masuk jalan karak, kenapa?"

"Kat situ ada kampung ke?" soal Qysha.

"Ada, kampung terpencil, kalau dekat betul-betul jalan karak tu yelah takde."

"Erm...nanti orang nak pergi kampung tu boleh?" soal Qysha.

"Nak buat apa?"

"Nak cari pemilik serban ni."

"Kamu biar betul?"

"Betul lah umi, orang nak ucapkan terima kasih dekat dia."

"Hm yelah, nanti umi suruh abang Kasha temankan, okay?"

"Siapa pulak Kasha ni umi?"

"Astaghfirullah, abang kamu lah!"

"Oh ya, lupa pulak ada abang." Qysha tersengih dan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memandang ke tepi.

Sejak bila aku ada abang eh? Desis hatinya.

Parah betul penyakit lupa dia ni.








Laju lak 1k, maka seperti yang dijanjikan inilah namanya sambungan 🤣☝🏻😭

Kalau vote tak sampai 80 aku buat sad ending 🤣😭

Psst psst , kalau ada typo mohon ignore kita malas betulkan :>

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now