Qasyaf sudah kehilangan kata-kata kerana terkejut melihat rantai yang diambil oleh Aalyah. Qysha juga turut terdiam seribu bahasa dan memandang wajah Qasyaf yang merah seperti menahan marah. Dengan segera Qasyaf mengucap.
"Dekat rantai tu ada tanda salib...adakah..." Ayat hujung Qysha tergantung kerana ingin mengejar langkah Qasyaf.
"Saya nak ikut dia kejap. Awak nak ikut atau tak, suka hati awak." Qasyaf mengikut langkah Aalyah yang menuju ke sebuah lorong kampung yang jarang dilalui. Firasat Qasyaf semakin kuat mengatakan bahawa Aalyah telah murtad.
Sampai sahaja di kawasan yang agak tersembunyi disebalik lorong itu, Qasyaf menjadi semakin terkejut. Dia terkesima apabila melihat sebuah rumah iluminati yang tersembunyi entah sudah berapa tahun lamanya. Yang lebih mengejutkan apabila Aalyah melangkah masuk.
Qysha dan Qasyaf masih lagi mengikut jejak Aalyah sehingga ke dalam. Mereka langsung tiada rasa ragu-ragu kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan dilihat oleh manusia.
Qasyaf menutup matanya lalu mengucap panjang serta beristighfar kepada Allah S.W.T. kerana melihat orang-orang di dalam rumah ini sedang menjamu daging khinzir dan air arak.
Qasyaf memerhatikan Aalyah menyembah patung. Luluh hati Qasyaf melihat perangai sebenar Aalyah.
"Allahuakhbar...betul lah, iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah. Kalau hati Qasyaf seluluh ini melihat dia seperti itu. Apatah lagi hati seorang ayah yang telah membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang serta didikan agama." Qasyaf menangis. Dia keluar dari rumah itu dan diikuti oleh Qysha.
Qasyaf hanya mampu berdoa kerana itu sahaja yang dia mampu. Dia sedar bahawa dia tidak mampu untuk menghalang Aalyah dan dia tahu bahawa dia tidak dapat memberitahu kepada Tuan Haji Asyaq perkara sebenar tentang anak perempuannya dalam keadaan dia yang seperti makhluk halus ini.
Qasyaf memandang Qysha yang turut menangis. "Kenapa Qysha menangis sekali?" Soal Qasyaf naif sambil mengelap air mata.
"Qysha sedih melihat saudari saya terpesong, kalau saya yang tak pernah kenal dia berasa sebak apatah lagi Qasyaf iaitu tunangnya. Qasyaf bawa bersabar ya? Semoga Aalyah sempat bertaubat sebelum dia tersasar lebih jauh."
"Terima kasih Qysha, saya harap begitulah."
Wallahua'lam 🌹
YOU ARE READING
Ghost Love Story ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tibe tibe jadi cinta manusia balik, apa dah jadi pun tak tahu hm- Short story+humor+romance 💀 START :...