- 11

339 110 18
                                    

Sejujurnya Heera tidak faham akan apa yang Sungchan akan lakukan hari ini, namun dia hanya bersikap biasa sahaja apabila memasuki pagar sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejujurnya Heera tidak faham akan apa yang Sungchan akan lakukan hari ini, namun dia hanya bersikap biasa sahaja apabila memasuki pagar sekolah.

"Act macam biasa, jangan risau. I'm here if they are being too much. " tapi Heera masih tidak faham.

Rasanya pelik apabila begnya tidak digendong sama dengannya hari itu. Dan Heera baru teringat, sepatutnya dia mengerjakan kerja sekolah Nara, tukang buli yang selalu membulinya bersama rakan-rakannya yang lain.

Heera jadi panik. Tangannya menggeletar hebat, takut untuk masuk ke kelasnya.

Dan apa yang ditebak, terjadi lagi hari ini.

"Lee Heera! Kenapa beg kau ada kat sini sedangkan kau baru sampai sekolah?! Maknanya kau tak siapkan kerja sekolah aku huh?!" tempik Nara kuat kemudian menyepak meja Heera.

Heera hilang kata, nafasnya tiba-tiba tersekat, pantas dia mengeluarkan inhalernya dari dalam poket, dia berterima kasih pada Sungchan yang menyimpan inhalernya dan mengingatkannya supaya membawanya di dalam poket, bukannya di dalam beg.

"Huh, nak acah sakit lah ni? Sesak nafas? Kau mati pun aku tak kisah lah! "

Mata Heera berair, menyedari selama ini orang-orang di sekitarnya ingin sekali dia pergi dari dunia ini.

Baru sahaja dia ingin membalas, tiba-tiba  dia mendengat suara yang dikenalinya dari arah belakang.

Keajaiban, Jeno berada disitu dengan muka tegangnya. Heera baru berfikir bahawa abangnya ingin menyelematkannya, namun dia melakukan sebaliknya.

Iaitu mendorong tubuh Heera kuat, sehingga Heera terjatuh ke atas lantai.

"A-Abang-"

"Jijik! Aku tak nak mengaku kau sebagai adik aku! Dan jangan pernah panggil aku abang, aku jijik, bodoh! Kau hanya beban je dalam keluarga, baik kau mati! "

Hati Heera lagi-lagi sakit mendengar  kata-kata abangnya, iaitu keluarganya sendiri. Memang mereka nak dirinya mati ya, supaya tak malukan keluarga lagi?

"Siapa yang sebarkan dekat base sekolah pasal aku dan Heera adik-beradik?! Jawab! " tengking Jeno, membuatkan seisi kelas senyap.

"Tch, aku. "

Jeno menatapnya tidak percaya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
custody. jscWhere stories live. Discover now