Setelah bertengkar sedikit dengan Sungchan kerana kemahuannya ingin pulang ke rumahnya, akhirnya Sungchan mengalah dan menghantar Heera ke rumahnya, yang Sungchan anggap neraka itu.
"Heera, aku tak yakin. " Sungchan menahan lengan Heera yang baru sahaja ingin keluar daripada perut kereta.
"Apa yang tak yakin nya? " soal Heera kembali.
"Heera, tolong, ikut aku balik rumah aku. Aku tak nak kau duduk sini. " rayu Sungchan lagi.
Heera mengetap bibirnya. "Sungchan, aku hargai pertolongan kau tadi dan pasal kes buli aku, tapi diorang keluarga aku juga, Chan. Seburuk atau sejahat apapun diorang, diorang tetap keluarga aku. Aku akan baik-baik sahaja, jangan risau. "
Sungchan menatapnya ragu, dia sungguh tidak mahu Heera menapak kembali ke rumah itu, namun Heera berkeras juga ingin tetap tinggal bersama keluarganya.
"Okay, apa-apa telefon aku, ya? " kata Sungchan, walau hatinya tidak sepenuhnya merelakan Heera untuk pergi.
YOU ARE READING
custody. jsc
Fanfiction"Tiada siapa kisahkan aku, kecuali dia. " A Jung Sungchan Short Story, 2021