— flashback, 2011
"Chan, duduk sini dulu. Nanti eomma datang semula. " ujar Puan Jung kepada anaknya yang hanya dibalas anggukan olehnya.
Sungchan hanya menatap jalan yang sibuk di hadapannya dengan perasaan yang hambar. Dia hanya mahu segera pulang.
Asap kereta dan motor yang tiba-tiba terasa di kerongkongnya membuatkan dia terbatuk-batuk seketika, kemudian berdehem perlahan.
Dadanya tiba-tiba sesak, nafasnya tidak teratur. Dia mencari kelibat eommanya, namun hampa tidak kelihatan.
"E-Eomma, sakit... " adunya perlahan, tangannya memegang dadanya saling cuba untuk mengatur nafasnya.
Tiba-tiba, satu tangan menghulurkannya inhaler, seperti tahu dirinya sangat memerlukan benda itu ketika ini. Tanpa mengerling, dia mengambil inhaler itu dan perlahan-lahan kembali bernafas seperti biasa, dia memejamkan matanya seketika dan membuka kembali untuk mencerna apa yang terjadi.
"Awak dah okay? " Sungchan menoleh ke arah perempuan yang sedang memandangnya dengan pandangan khuatir itu.
Sungchan menganggukkan kepalanya perlahan, kemudian dia memandang inhaler di tangannya. "Ini... Kau punya? "
Anak perempuan itu menganggukkan kepalanya. "Saya nampak awak sakit dada dan macam sesak nafas sebab kan depan ni banyak asap, jadi saya fikir awak pun ada asma macam saya. "
"Kau ada asma? " soal Sungchan lagi dan anak perempuan itu menganggukkan kepalanya lagi.
"Penyakit kita ni... Menyusahkan, kan? " ujar Sungchan tiba-tiba, dia menundukkan wajahnya kemudian tanpa sedar matanya mula bertakung dengan air mata.
"Eh, mana ada! Kita hanya perlukan inhaler kita je, kita tak menyusahkan orang pun tau! Jangan fikir macam tu, tak elok tau. " nasihat si dia.
Sungchan mendiamkan dirinya seketika. "Nama kau apa? "
"Hm? Oh, selamat berkenalan, nama saya Lee Heera! " ujar anak perempuan bernama Heera itu dengan sengihan lebarnya.
Sungchan ikut tersenyum, kemudian dia berjabat tangan dengan Heera.
"Nama awak-"
"Sungchan, mari balik! " suara Puan Jung membuatkan kedua anak itu menoleh memandang eomma Sungchan.
"Oh, itu eomma awak? Cantik! Kirimkan salam saya pada eomma awak ya! "
Sungchan menganggukkan kepalanya dan meminta diri. "Terima kasih untuk inhaler tu sekali lagi. "
"Semoga kita berjumpa lagi!! "
"Lee Heera... Aku janji aku akan cari dan berjumpa dengan kau lagi, di masa akan datang. "
— end flashback, 2011.
YOU ARE READING
custody. jsc
Fanfiction"Tiada siapa kisahkan aku, kecuali dia. " A Jung Sungchan Short Story, 2021