- finale.

533 110 25
                                    

Sungchan menatap makam milik Heera di hadapannya, sedaya upaya dia menahan dirinya untuk tidak menangis di hadapan makam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sungchan menatap makam milik Heera di hadapannya, sedaya upaya dia menahan dirinya untuk tidak menangis di hadapan makam itu.

"Ra, penat ya dengan dunia? Sebabtu kau pilih untuk menyerah? " Sungchan tersenyum kecil, kemudian dia meletakkan bunga di makamnya, matanya menatap bingkai gambar milik Heera yang sedang tersenyum bahagia.

"Cantik, kau selalu cantik. Cantiknya Sungchan, ya? " Sungchan terkekeh kecil.

"Dunia terlalu kejam untuk kau, and you deserve better, Ra. Tak apa, asalkan kau dah tak rasa sakit, kan? Kau gembira kat sana, ya? "  Sungchan menundukkan wajahnya seketika.

"Terima kasih untuk 10 tahun yang lalu. Bayangkan kalau kau tak tolong aku masetu, ah aku rasa aku pun akan alami benda yang sama macam kau sekarang. Terima kasih, Ra. Kau dah selamatkan nyawa aku. "

"Semua orang jahat Ra. Semua orang di sekeliling kau jahat. Kenapa aku jumpa kau lama sangat ya? Aku terlalu pengecut untuk munculkan diri aku terlalu awal dan aku pilih untuk berjumpa dengan kau selepas enam tahun aku jejak kau. Haha, patutnya aku jumpa kau lebih awal. "

"Dan kenapa keluarga kau baru menyesal bila kau dah tiada? Diorang tiba-tiba cari aku dan tanya keadaan kau, tapi aku marah diorang dan kata diorang tak layak tanya semua tu setelah apa yang diorang dah buat pada kau. " Sungchan sedikit menggenggam erat tangannya.

"Tapi aku tahu kau sayangkan diorang, walau diorang jahat mana pun kat kau. Heera, macam mana kau boleh jadi kuat macam ni? " Sungchan mengelap air matanya yang jatuh.

"Maaf, aku tumbuk abang kau lagi. Dan aku hampir juga hilang kawalan dan hampir bunuh dia haha. Dia jahat, Ra. Jahat. "

"Bodoh Lee Jeno! "

"Puas? Kau puas kan? Heera dah mati, puas kan?! "

Jeno mati kata, dia memandang Sungchan yang sudah menangis di hadapannnya.

"Heera... Dah tiada? "

"Kau bergurau? "

Sungchan mendecit perlahan. "Kau nampak macam aku tengah bergurau ke sekarang? Korang keluarga Heera ni gembira kan akhirnya dia pergi? Inikan permintaan kalian? "

"Nak, Sungchan, bagitahu kami dimana makam Heera, maafkan kami, kami menyesal-"

"Dia dah tiada baru nak menyesal?! Pergi mati dengan perasaan menyesal korang!"

"Bahkan kalau korang minta maaf, aku tak akan pernah maafkan korang sebab buat Heera hidup menderita macam ni. Tapi aku yakin, Heera akan maafkan korang. Sebab dia sayangkan korang, walaupun korang tak pernah sayangkan dia. "

Sungchan mengeluh perlahan. "Aku akan uruskan diorang nanti, okay? Kau tak perlu risau, aku akan bagi sedikit pengajaran, janji. "

Sungchan bangun dan menyapu lututnya yang penuh dengan rumput kering itu, dia menatap lama makam itu dan akhirnya tersenyum kecil.

"Aku sayangkan kau, Ra. Maaf aku tak sempat nak cakap ni sebelum ni, aku terlambat ya? Tapi tak apa, janji aku dah luahkan segalanya. Terima kasih Ra. Terima kasih untuk segalanya. Berehatlah, Lee Heera. "

— end.

Peranan Jaemin : Orang suruhan Sungchan. (in case ramai tak dapat tangkap.)

LAMA BETUL AKU AMEK MASA NAK TULIS HAHA, PADAHAL YANG BARU BETUL-BETUL TULIS SEMALAM TAU HAHA FUH HEBAT BETUL AKU SIAPKAN DALAM MASA 3 HARI LA LEBIH KURANG, SEHARI LGI MINGGU LPS PUNYA JSNEJSND.

Serious talk, aku nangis sikit waktu taip haha. Nama pun angst.;)

Terima kasih untuk yang sudi baca dan vote. Semoga dimurahkan rezeki selalu ^^

Terima kasih sekali lagi sebab sabar menunggu cerita merepek ini! ♡

Custody melabuhkan tirai pada 5 September, 2021 jam 3:01 pagi. (masa habis menaip.)

)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
custody. jscWhere stories live. Discover now