XESS INTERNASIONAL SCHOOL
PUTRAJAYA, MALAYSIASEBUAH KERETA Limousine berhenti di hadapan sebuah sekolah menengah bernama Xess International School (XIS). Seorang lelaki muda merangkumi pengawal peribadi remaja lelaki berusia 18 tahun itu melangkah keluar dari kereta. Tanpa menunggu masa yang lama, terus bodyguard itu membuka pintu kereta di bahagian belakang di mana pelajar lelaki itu berada.
"Happy birthday Mirz! May Allah bless you! (Selamat ulang tahun, Mirz! Semoga Allah memberkati awak!)" Sebaik sahaja pintu kereta dibuka terus datang berderu-deru pelajar perempuan memberi ucapan hari lahir kepadanya di situ. Ini mengalahkan artis turun padang nak bantu orang.
Mirza melangkah keluar dari perut kereta sambil menggalas beg sekolah pada bahunya. Dia mengukir senyuman mesra kepada semua peminatnya yang berada di situ. Kekalkan komitmen, sekiranya tidak mahu para peminat membenci dirinya. Terus tersenyum walaupun dia enggan berbuat demikian.
Pintu kereta segera ditutup oleh bodyguard milik papanya. Tidak lama kemudian, bodyguard itu segera melangkah masuk ke dalam perut kereta dan membawa kereta tersebut beredar dari situ meninggalkan Muhammad Mirza keseorangan di situ bersama para peminatnya. Boleh naik darah dia di awal pagi.
"Mirza, this is for you! (Mirza, ini untuk awak!)" Seorang gadis berambut perang memberikan sejambak bunga ros merah kepada Muhammad Mirza membuatkan pelajar lelaki itu hanya tersenyum tipis. Dapat bunga? Parah kalau macam ini. Mana nak sorok nanti kalau nak masuk kelas. Buang dalam tong sampah? Tak mungkin pula. Kasihan peminatnya nanti.
Bukan itu sahaja, ada lagi hadiah yang lebih parah. Seorang gadis bertudung putih telah memberikan sesuatu kepadanya iaitu anak patung teddy bear yang sebesar lebih kurang bantal tidur rumahnya. Muhammad Mirza menepuk dahi. Apa hendak jadi sekarang ini. Kalau bagi hadiah lain, tidak bolehkah? Ini tidak hadiah pelik-pelik sebegitu juga yang diberikan kepadanya.
Dia bukannya artis K-pop yang sukakan patung, bunga dan barang-barang seumpamanya. Dia hanya berminat kepada barangan lain seperti kereta, motosikal dan kapal layar. Itu hobinya. Hadiah sebegini memang taklah dia mahu ambil. Tetapi sekarang, dia terpaksa juga menerimanya dengan hati yang terbuka.
Muhammad Mirza tersengih seketika. Sengihan palsu! Dia mengambil kesemua hadiah yang diberikan kepadanya. Daripada hadiah kecil hingga ke besar. Dia rasakan kini yang dia seolah-olah Santa Claus. Tapi yang berbezanya, Santa Claus pemberi hadiah manakala dirinya pula penerima hadiah. Noktah!
"I want to thank you all a lot! (Saya mahu ucapkan ribuan terima kasih kepada kau orang semua)," ujar Muhammad Mirza sambil tersenyum dengan penuh ikhlas. Ikhlaslah sangat! Terharu para pelajar perempuan yang mendengarkan jawapan daripada idola mereka. Aduhai, cair seperti aiskrim sekarang ini.
♔ ♔ ♔
SEORANG GADIS menyelinap masuk ke ruangan bilik musik yang tidak digunakan pada waktu begini. Pada pukul 10 hingga 11, selalunya tiada kelas musik yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah itu. Sebaik sahaja dia melangkah masuk. Telinganya mulai menyapa sesuatu bunyi yang datangnya dari arah sebalik langsir atas pentas. Senyuman nakal mulai terukir.
Perlahan-lahan gadis kecil molek itu menyelinap masuk ke belakang pentas dan melihat seorang lelaki sedang bermain gitar sambil menyanyikan sebuah lagu. Sudah tentu lagu Pulang, nyanyian daripada Imsoniacks band menjadi pilihan lelaki itu. Suara lelaki itu amat merdu sekali apabila menyapa gegendang telinganya. Siapa lagi kalau bukan, rakan baiknya itu.

YOU ARE READING
𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)
Short Story♡ 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙞𝙨𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 tentang persahabatan akrab di antara Qaira Najwa dengan Muhammad Mirza, sejak kecil sehingga muncullah bibit-bibit cinta di hati Muhammad Mirza tanpa diketahui oleh si gadis itu. Apakan...