BAB 13 : TAMAT

18 3 0
                                    

SEBAIK sahaja pintu bilik wad dibuka. Muhammad Mirza melangkah masuk ke dalam, pandangan matanya terhala ke arah seorang gadis yang duduk membelakangi dirinya di atas katil hospital. Pandangan hiba terpamer pada wajahnya. Usai menutup pintu, dia mengorak langkah mendekati gadis itu.

"Assalamualaikum."

Qaira Najwa laju berpaling ke arahnya tetapi cepat-cepat berpaling ke arah lain semula. Salam dijawab di dalam hati. Wajah gadis itu direnung lama. Dari segi luarannya memperlihatkan yang dia dalam keadaan tidak stabil. Gadis itu seperti baru saja lepas menangis. Muhammad Mirza seakan gugup apabila berhadapan dengan pujaan hatinya itu.

Dia mengorak langkah ke hadapan dan duduk bercangkung di hadapan gadis itu. Qaira Najwa tetap sama seperti tadi. Tidak memandangnya walaupun sesaat. Air liur ditelan kelat.

"Qaira sihat?" Entah kenapa soalan itu yang berligar di kotak fikirannya. Walaupun soalan itu seakan bodoh apabila ditanya tetapi tetap ditanya juga. Dia tidak tahu bagaimana cara ingin memulakan bicara. Keadaan dulu dengan sekarang, jauh perbezaannya. Ia merubah 360°.

Qaira Najwa memintal hujung baju putihnya sambil menahan rasa. Wajah Muhammad Mirza tidak ditoleh kerana dia malu. Malu yang teramat sangat. Lama dia berdiam diri. Hampir lima minit barulah dia bersuara.

"Baliklah..." Perlahan suara lembut itu menjengah pendengaran Muhammad Mirza.

"Qaira. Ak... aku datang sini sebab..." Kata-katanya seakan tersekat di kerongkong. Dia mencari perkataan yang sesuai untuk digunakan. Qaira Najwa menunggu dengan penuh sabar.

"Sebab... aku rindu kau." Terluah juga perasaan sebenarnya selama ini. Sebelum ini, selalunya Qaira Najwa yang menyatakan rasa rindu kepadanya tetapi kini lain. Jari-jemarinya terhenti memintal hujung baju putihnya.

"Mirza. Kau... ba... baliklah. Kau sepatutnya tak perlu ada kat sini," halau Qaira Najwa, sebak. Matanya bergenang. Hiba hatinya rasa tatkala lelaki itu mengatakan rasa rindu terhadapnya.

Muhammad Mirza benar-benar menahan sebak ketika ini. Hatinya terasa sakit apabila dia diusir pergi. Bibir digigit, menahan sakitnya hati.

"Qaira, aku takkan pergi. Aku sayangkan kau. Aku nak kau kuat. Aku tak nak kau macam ni..." ujar Muhammad Mirza dalam sebak. Kata-kata itu seakan memberi pengaruh besar terhadap Qaira Najwa.

"Aku tak kuat, Mirz. Aku gagal..." luah Qaira Najwa, perlahan. Air matanya mulai turun membasahi pipi mulusnya.

Perbuatan terkutuk itu seringkali terbayang-bayang di hadapan matanya. Kerana itu juga, dia rasa seperti teraniaya. Dia trauma dengan kejadian itu. Malahan, dia kekadang takut dengan Mirza pada masa yang sama seperti sekarang.

"Aku tahu kau sakit. Aku tahu semua tu. Tapi aku nak kau kuatkan diri kau. Kuatkan hati kau. Semua ni bukan salah kau, janganlah salahkan diri kau terhadap semua perkara yang terjadi." Muhammad Mirza ingin memeluk tubuh Qaira Najwa sangat-sangat supaya keadaan gadis itu dalam keadaan baik tetapi dia tahu hukumnya berdosa.

Kenapa kejam sangat manusia seperti Haziq itu? Seperti kejamnya firaun. Zalim, tidak berperikemanusiaan, jahat dan seumpamanya. Tidak pernah walaupun sekali dia cuba untuk mengambil kesempatan terhadap gadis itu. Tidak pernah walaupun sekali dia cuba menyentuh gadis itu dengan sengaja. Semuanya dijaganya walaupun dia tahu kadang-kala imannya selalu goyah.

Qaira Najwa menggeleng kepala sambil menahan tangis. Dia tidak kuat. Sungguh dia katakan. Semua orang boleh berkata sedemikian. Tetapi yang menanggungnya dia. Dia seorang. Dia yang rasa bagaimana menjadi mangsa rogol. Dia juga yang terpaksa menadah telinga kelak mendengar cemuhan masyarakat terhadapnya. Semuanya dia tanggung apatahlagi dengan dosa.

"Kau tak faham apa yang aku rasa. Aku jijik, Mirza. Aku tak macam perempuan lain, suci. Aku dah kotor. Semuanya salah aku." Air mata semakin lebat mengalir berserta esakan tangisnya. Muhammad Mirza menggeleng kepala tanda bukan.

"Tak. Jangan salahkan diri kau, Qaira. Aku ada dengan kau apatah lagi Allah SWT. Dia lagilah selalu ada dengan kau, cuma kita aje yang tak nampak. Ujian yang dia turunkan kepada kau bukan bermakna dia tak sayangkan kau tetapi..." Kata-kata terjeda seketika. Hendak dikata lebih lanjut, risau terguris hati si gadis itu pula. Perlukah dia menegur atau?

Firman Allah Taala:

وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَه‍ُمْ ذَکَرُواْ ٱللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ ۗ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ (١٣٥)

Terjemahan:

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

(Surah Ali-Imran : 153)


"Cakaplah... aku... aku telan aje. Sakit tetap sakit. Benda dah jadi, kan? Aku reda je," sebak Qaira Najwa, sambil mengelap air matanya. Kotornya dia apabila bercakap perihal ini. Dia benci dirinya yang sekarang. Cukup benci.

"Tetapi dia nak ajar kita erti bersyukur, sabar dan lain-lain lagi. Aku tahu kau rasa down sangat-sangat. Aku, keluarga kau dan semua orang tetap sayangkan kau. Kau aje, yang rasa diri kau teruk. Lelaki yang buat kau macam ni. Aku dah sumbat dia dalam penjara. Esok lusa, kes ni akan dibicarakan kat mahkamah. Aku tak nak kau kalah macam ni." Muhammad Mirza merenung lama wajah pucat itu. Hatinya benar-benar sebak ketika ini. Tanpa disedari, air matanya yang ditahan-tahan kini tumpas jua.

"Aku betul-betul bodoh, Mirza. Kerana cinta, aku percayakan dia. Tapi dia khianati cinta aku." Jujur dia katakan betapa cintanya dia terhadap lelaki bergelar firaun itu tetapi kini cintanya bertukar benci. Benci yang teramat. Perasaan suka, sayang kini bertukar dendam.

Segera Muhammad Mirza mendekati Qaira Najwa dengan lebih dekat dan meraih salah satu tangan gadis itu yang berlapikkan kain. Salah satu tangannya pula terus diseluk ke dalam kocek seluar. Dikeluarkan seutas tasbih berwarna hijau gelap. Diletakkan tasbih tersebut di atas telapak tangan. Air mata semakin kuat membasahi pipinya. Sebak mulai terasa.

Mata Qaira Najwa terpaku saat melihat tasbih yang kini berada dalam genggaman tangannya. Air matanya semakin kuat bərguguran. Ya Allah, sudah lama dia tidak menyentuh tasbih apatah lagi mengaji. Solat hanya dilaksanakan dalam keadaan tunggang-langgang. Entah sah atau tidak selama ini solatnya. Ke mana perginya cahaya keimanan di hatinya selama ini? Ke mana?

Selepas apa yang dah berlaku kepadanya, barulah dia ingin mencari Allah SWT? Apabila senang, terus lupakan Allah. Tetapi, apabila ditempuhi ujian terus mengingati Allah SWT. Berdosanya dia sebagai seorang hamba. Terlampau banyak dosanya sehingga tidak terhitung.

"Bertaubatlah Qaira selagi nyawa dikandung badan. Allah nak tunjukkan sesuatu kepada kau, sebab tulah Allah berikan kesedaran buat kau dalam bentuk ujian macam ni. Sabarlah... jangan bersedih."

Luluh hati Qaira Najwa mendengarkan kata-kata itu. Sebelum ini, hatinya terlampau membenci kini hatinya terlampau terdetik ingin berubah. Mungkin benar apa yang dikata.

Adakah dia masih lagi diberi peluang untuk bertaubat?

Insya-Allah, dengan izin dan kehendak Allah SWT.

■ TAMAT ■

𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)Where stories live. Discover now