DUA MINGGU KEMUDIAN
ENJIN kereta dimatikan sebaik sahaja tiba di sebuah tempat yang berada agak jauh daripada kesibukan kota. Tempat itu agak tersorok dan terpencil. Tidak begitu banyak petempatan penduduk berada di situ. Hanya rumah mewah lagikan gah itu sahaja berdiri teguh di tengah-tengah hutan ini.
"Mirza, betul ke ni rumah dia?" soal Farhan, cuak. Dia bukan apa, kalau mereka berdua menyelinap masuk ke dalam rumah ini selepas ini apa yang akan berlaku? Tak ke nanya kalau tertangkap?
"Betul." Sepatah sahaja jawapan yang meluncur keluar daripada bibir Muhammad Mirza. Matanya tidak lepas memandang rumah wewah di hadapannya kini.
"Okey. Kalau betullah ni rumah dia, jadi kita nak masuk macam tu ajelah?" Farhan tiba-tiba sahaja bertanya begitu. Sedangkan Muhammad Mirza sudah berapa kali menjelaskan kepada sang kawannya itu lebih dari lima kali. Hendak diulang lagi ke?
"Tak. Kita tunggu dia sampai esok pagi," sindir Muhammad Mirza lantas mencapai motorcycle gloves di seat duduk belakang. Usai memakai sarung tangan pada kedua-dua belah tangannya tanpa mempedulikan Farhan yang sedang memerhati, terus dia mengeluarkan telefon pintar daripada kocek seluar.
Jam yang terpapar pada skrin telefon dihitungnya seketika waktu. Lagi satu minit akan menunjukkan pukul 11 malam. Lama dia merenung skrin telefon pintar sehingga dia memutuskan untuk melangkah keluar daripada kereta.
"Eh, Mirza seriuslah?" Muhammad Mirza melangkah keluar daripada kereta tanpa menghiraukan kata-kata Farhan. Apa dia peduli? Farhan juga membuat perkara sama.
"Kau janganlah ikutkan amarah kau sangat nanti buruk padahnya. Takkanlah kita nak masuk dalam tu macam tu aje. Ni rumah orang weh, bukannya kandang lembu. Malaysia ada undang-undang weh. Janganlah macam ni," pujuk Farhan, lembut. Muhammad Mirza tetap melakukan kerjanya. Dia membuka bonet kereta lantas mengambil kayu pemukul besbol.
"Ya, aku tahu Malaysia ada undang-undang. Sebab tulah aku nak heret dia mengikut undang-undang sekarang ni. Kalau tak, dah lama aku bunuh dia dan campak dia kat mana-mana yang aku nak, tanpa aku peduli yang aku akan masuk penjara. Faham?" Bonet kereta ditutup kasar. Lantas Muhammad Mirza mencampakkan alat pencungkil rumah kepada Farhan. Tangkas Farhan menangkapnya.
"Ooo... okey!"
Tanpa membuang masa terus dia mengorak langkah membututi Muhammad Mirza dari belakang. Pagar rumah dilompat oleh mereka berdua. Mereka berdua menyelinap masuk ke dalam rumah mewah itu seperti profesional. Ya, sebelum ini mereka berdua pernah menyelinap keluar dari sekolah secara senyap-senyap dan melepak ke mall. Perkara itu seringkali dilakukan oleh mereka berdua sehingga mendapat surat disiplin daripada pihak sekolah.
Pintu utama dihampiri oleh mereka berdua. CCTV yang elok terpasang di setiap penjuru rumah dilihat bersahaja. Bukannya apa, selepas ini adalah dia akan buat. Farhan pula melakukan kerja iaitu membuka kunci pada pintu tersebut. Kemahiran itu sudah lama digunakan sebelum ini. Daripada mana dia belajar? Sudah tentu berkatnya menonton You Tube. Teruk betul.
"Done," ujar Farhan sebaik sahaja berhempas-pulas membuka kunci tersebut akhirnya berjaya. Pintu rumah dibuka perlahan. Mereka berdua terus menyelinap masuk ke dalam rumah. Sempat Muhammad Mirza memberi isyarat tangan supaya mereka berdua berpecah. Farhan akur.
♔ ♔ ♔
WAJAH gadis itu yang sebelum ini gebu, kini sedikit cengkung pada pipinya. Dahulunya seorang yang ceria, kini lebih banyak mendiamkan diri. Dia trauma. Trauma mengenangkan kejadian dua minggu lepas. Setiap kali dia putuskan untuk tidur, pasti mimpi ngeri itu menghantui dirinya. Bayangan lelaki jahanam itu seringkali menjengah kotak fikirannya. Senyumannya, wajahnya, percakapannya, semuanya diingati.
Dia jijik. Sungguh jijik dengan dirinya sendiri. Masakan tidak dia masih suci sedangkan tragis ngeri itu telah merosakkan semuanya. Salah siapa sekarang? Ya, dia akui kesilapannya. Dia bodoh kerana memberi kepercayaan kepada orang yang salah. Kerana kebodohan itu juga dia mendapat pengajaran yang amat menyakitkan. Pengajaran itu memberi pengajaran ngeri buatnya.
Sewaktu dia bertempat di hospital hampir tempoh yang lama. Dia dilarang melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi dan makan sehingga tempoh tersebut selesai mengikut prosedur kes rogol. Dia juga tahu, mengikut Akta 574 Seksyen 375 Kanun Keseksaan, seseorang lelaki dikatakan melakukan rogol jika ia bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan bertentangan dengan kemahuan perempuan itu. Maka ia akan diklasifikasikan sebagai rogol.
Terseksa batinnya disebabkan hal ini. Dia juga malu ingin berhadapan dengan sesiapa sahaja terutamanya dengan keluarganya. Tiba-tiba sahaja, dia merindui seseorang itu. Jauh di lubuk hati, dia malu ingin bersua muka dengan si dia semenjak kejadian ini menimpanya. Dia malu ingin berhadapan dengan kaum Adam.
Qaira Najwa memeluk erat tubuhnya sambil menangis tersedu-sedan. Hatinya sakit. Perubahan ini memberi besar terhadap dirinya. Dia tidak seperti dulu lagi. Semuanya berubah 360°.
"Ya Allah, ampunkanlah setiap dosa hambamu ini. Aku berdosa kerana gagal mempertahankan maruah dan kesucian aku," rayu Qaira Najwa, hiba. Suaranya kedengaran tenggelam timbul di kerongkong.
♔ ♔ ♔
PINTU BILIK dibuka kasar. Dia menerjah masuk ke dalam dan mendapati orang yang dicarinya berada di situ. Senyuman sinis dan kemarahannya membuak-buak menguasai fikirannya. Dasar lelaki tak guna! Muhammad Mirza segera menerkam Haziq yang ketika itu sedang tidur. Dicekik leher Haziq sehingga membuatkan lelaki itu tersedar.
"Arghhh!" Jeritan Haziq bergema satu rumah membuatkan pencarian Farhan terhenti. Dia berpatah balik dan segera mencari daripada mana datangnya arah suara itu. Sudah tentu Mirza yang menjumpainya terlebih dahulu.Usai tiba di tingkat atas. Terus dia menerjah masuk ke dalam dan cuba meleraikan perbuatan tersebut. Parah jika Haziq tiba-tiba sahaja arwah di situ. Nanti kes lain pula yang muncul. Nasib baik berjaya.
"Kau nak apa, hah? Dasar binatang!" Tercungap-cungap Haziq mengatur nafas dan sempat melontarkan kata-kata yang kurang senang kepadanya. Muhammad Mirza berang dan ingin memukul Haziq tetapi sempat dihalang oleh Farhan.
"Cukup Mirza!" halang Farhan sambil menggenggam erat kayu besbol tersebut.
"Kau tanya aku kenapa? Kau buat Qaira macam tu dan ada hati nak lari daripada aku? Memang sah-sahlah aku cari kau sampai lubang cacing!" tengking Muhammad Mirza lantas menarik kasar kayu besbolnya daripada pegangan Farhan.
"Hahahaha! Tak. Bukan aku yang buat dia tapi dia yang offer diri nak aku sentuh dia. Siapa yang bersalah sekarang ni?" Haziq ketawa mengekek. Telinga Muhammad Mirza sudah berasap. Mana mungkin Qaira begitu.
"Diamlah, celaka!"
Buk!
Kayu besbol terus dilibas tepat terkena sasaran. Haziq terpana. Cecair berwarna merah pekat mulai menitis laju daripada kepalanya. Farhan tersentak dengan tindakan tersebut. Mulutnya terkunci. Air liur ditelan, kelat.
"Da... darah?"
■ BERSAMBUNG ■
YOU ARE READING
𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)
Short Story♡ 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙞𝙨𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 tentang persahabatan akrab di antara Qaira Najwa dengan Muhammad Mirza, sejak kecil sehingga muncullah bibit-bibit cinta di hati Muhammad Mirza tanpa diketahui oleh si gadis itu. Apakan...