BEBERAPA HARI KEMUDIAN
FARHAN baru sahaja tiba di taman riadah seperti yang dijanjikan oleh Muhammad Mirza tempoh hari. Tidak sampai beberapa minit muncullah Muhammad Mirza yang elok mengenakan baju seragam sekolah sambil mendekati dirinya. Mereka berdua berjabat salam dan sempat bertanya khabar. Tetapi bukan itu tujuan mereka berdua bertemu. Ada sesuatu yang harus diselesaikan dengan cara bersemuka.
"Kau dah bawak?" Muhammad Mirza tidak sabar ingin tahu. Senyuman mulai terukir pada wajah Farhan, hatinya tiba-tiba tertanya-tanya mengapa si kawannya itu benar-benar ambil tahu mengenai pelajar itu. Hairan sungguh.
"Ada. Ini dia." Sampul surat berwarna putih dikeluarkan dari dalam beg sandang miliknya. Dihulurkan sampul surat tersebut kepada Muhammad Mirza. Sampul surat kini bertukar tangan.
Laju jari-jemari runcing Muhammad Mirza membuka isi kandungan di dalam sampul surat tersebut. Tiga helai kertas bersaiz A4 dikeluarkan. Dibaca dan diteliti sebaik mungkin isi di dalamnya. Biodata lengkap yang diberikan oleh Farhan amat memuaskan hatinya. Senyuman sinis mulai terukir pada wajahnya. Tahulah dia apa yang mahu dibuatnya nanti dengan lelaki itu. Dasar buaya!
"Cukup tak apa yang kau nak?" soal Farhan sambil melirik memandang wajah misteri yang terpamer pada wajah Muhammad Mirza. Lain macam.
"Cukup. Lebih daripada cukup. Cheers babe. (Terima kasih)." Muhammad Mirza menyimpan semula kertas A4 itu ke dalam sampulnya.
"Aku gerak dululah. Ada hal. Assalamualaikum," pamit Muhammad Mirza lantas berpaling tubuh dan ingin berlalu pergi. Tidak sampai beberapa meter jarak di antara mereka berdua terus dipanggil semula oleh Farhan.
"Mirza, tunggu dulu!" jerit Farhan, lantas berjalan ke hadapan. Muhammad Mirza memusingkan badan ke belakang seraya mengangkat kedua-dua belah keningnya tanda kenapa?
"Sebenarnya... aku ada benda nak bagitahu kau. Aku harap kau... dengarlah dan percaya pada cerita aku."
Wajah Farhan yang selama ini jarang serius kini seakan-akan bukan dirinya. Naik pelik Muhammad Mirza dibuatnya. Tetapi, jika dilihat pada cara dan tingkah laku Farhan seperti serius bunyinya. Tumpuan Muhammad Mirza kini tertumpu 100% kepada Farhan. Dia menunggu dengan penuh sabar.
♔ ♔ ♔
XESS INTERNASIONAL SCHOOL
PUTRAJAYA, MALAYSIAQAIRA NAJWA menyusun beberapa buah buku pada rak buku yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kini dia sedang menjalankan tugas sebagai pengawas perpustakaan sekolah hampir enam tahun lamanya. Daripada tingkatan satu hingga tingkatan enam. Cukup lama. Tetapi, sudah tentu dia sukakan jawatannya yang satu itu kerana hobinya ialah membaca buku.
Sedang asyik menyusun buku mengikut susunan yang betul dari tadi, tanpa disedari tangga yang dipijaknya seakan mahu bergoyang. Skru pada tangga lusuh tersebut seakan tidak tahan lama akibat berkarat dan harus digantikan dengan yang baru. Grrrr!
Gadis kecil molek itu seakan terhuyung-hayang di atas tangga dan...
"Arghhh!" jeritan Qaira Najwa bergema satu ruangan perpustakaan. Kaget beberapa orang yang mendengarnya. Matanya terpejam rapat tetapi yang menjadi persoalannya kini siapakah yang menghalang dirinya daripada jatuh ketika ini?
Sebaik sahaja matanya terbuka. Kelihatan sesosok tubuh lelaki yang tinggi mengalahkan model Antarabangsa berdiri di hadapannya sambil menghalang badannya daripada jatuh ke bawah. Kedua-dua tangan lelaki itu memegang erat pinggangnya. Wajah lelaki itu direnungnya tanpa berkedip. Siapa sangka orang itu ialah rakan baiknya. Mirza?
YOU ARE READING
𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)
Short Story♡ 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙞𝙨𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 tentang persahabatan akrab di antara Qaira Najwa dengan Muhammad Mirza, sejak kecil sehingga muncullah bibit-bibit cinta di hati Muhammad Mirza tanpa diketahui oleh si gadis itu. Apakan...