PROMOTE NEW BOOK

14 3 0
                                    

Assalamualaikum,

Korang sihat? Saya di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca sekalian kerana sudi menjenguk atau membaca novel bergenre cerpen romantik ini. Maaf jika jalan cerita agak hambar. Sebab inilah pertama kali saya menulis cerita bergenre romantik. Sebenarnya saya tak berapa mahir dengan genre ini tetapi saya cuba dengan niat ada yang suka. 🤭

Watak dalam cerita ni lain sikit, kalau yang korang baca novel FIRAUN CINTA tu berlatar belakang pasal kisah cinta remaja tapi yang ini kisah cinta dewasa. Saya cuba ya tulis novel bergenre romantik. Lantaklah jadi apa, saya cuba. Kalau korang yang kat sini penulis buku bergenre romantik. Boleh tunjuk ajar tak? Saya perlukan ilmu dan sifu. 🙏

Jadi jom kita menjelajah new book saya!

TAJUK : CRUEL DELILAH
GENRE : CHIKLIT + ROMANCE
COVER BOOK :

TAJUK : CRUEL DELILAHGENRE : CHIKLIT + ROMANCECOVER BOOK :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SINOPSIS :

         DELILAH, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terhadapnya. Siapa yang tidak mengenali Nour Delilah Raihanah?

Dia seorang yang jelita, licik, intelektual, dan...

"I'm not a playgirl but I'm a death angel." - NOUR DELILAH RAIHANAH

Wajah jelitanya, dan perwatakannya mampu membuatkan ramai kaum Adam bergetar tulang rusuk. Usah dikata! Pasti cair. Tetapi, malangnya isi hati gadis itu sukar diteka. Malah, sukar juga untuk mengetuk pintu hatinya.

Kadangkala, sikapnya berubah secara drastik sehingga menjerumus ke dalam kancah masalah. Tetapi, dia juga yang menyelesaikannya. Itulah caranya. Seorang yang berpegang pada prinsip.

"I don't know why it's so hard for you to accept me. Come on, Del. Awak tahu yang saya sukakan awak. Please, accept me!" - TENGKU DZAFRI

Paling disukainya, apabila berdepan dengan kaum Adam. Mereka ibaratkan mainan baginya.

Mampukah Delilah si kejam ini berlembut hati dengan mana-mana lelaki yang terikat hati kepadanya? Malahan, apa punca dia bertindak sekejam itu?

_________________________________________

Baiklah! Best tak jalan cerita tu? 🤭 Malu saya! Entah best ke tidak jalan ceritanya saya pun tak tahu. Tapi ada lagi tau! Saya belanja korang satu bab novel tu. Jemput baca tau! Santai-santai aje. 🤍😍

Okey jom!

_________________________________________

P R O L O G

     SEBENTUK cincin bertakhta berlian Eropa disarungkan pada jari manisnya. Senyuman mulai terlakar di bibir. Sempat dia menilik diri di cermin bagi melihat kalau-kalau ada yang tidak kena dengan pakaiannya atau wajahnya yang dioles dengan sedikit solekan. Tiada. Setelah berpuas hati dengan dirinya segera dicapai telefon pintar berjenama Iphone 12 Pro di atas meja soleknya.

Dibuka camera lantas menangkap sekeping gambar jari-jemarinya yang memfokuskan cincin tersebut. Klik! Usai menangkap gambar tersebut, dia putuskan untuk berbuat sesuatu yang menyeronokkan. Semakin lebar senyumannya sebaik terfikir idea yang tiba-tiba sahaja muncul di kotak fikirannya.

"Ini Delilah. No one can play me. (Tiada sesiapa boleh permainkan aku)," bisik hati jahatnya.

Aplikasi Instagram terus dibuka. Dia menekan pada bahagian post. Apa lagi? Terus dimuat naik gambar tadi di media sosial dengan membuat kapsyen yang menarik.

Alhamdulilah, engaged with my fiance.

Sempat dia berkira-kira seketika. Agaknya berapa ramai yang melihatnya? Pengikutnya di laman media sosial seperti Instagram dan Twitter sudahlah banyak sehingga mencecah ribuan. Angan-angan mat jenin mahukan lebih banyak followers tapi sabarlah duhai hati. Akan ada nanti, insya-Allah.

Telefon pintar terus dimasukkan kembali ke dalam handbag berjenama Dior. Baginya Dior is D and D for Delilah. So sweet. Jam ditilik pada pergelangan tangan kanannya, tepat menunjukkan pukul sembilan pagi. Aduhai, dia terlewat ingin ke suatu tempat. Ini Delilah okay! Tiada sesiapa berani marah kalau dia datang lambat sekalipun. Tetapi, dia tidak sukakan dirinya yang sekarang. Bukankah masa itu emas?

"Ya Allah, come on Del. What're you doing right now? Just go. (Ya Allah, cepat Del. Apa yang awak buat sekarang ni? Pergi ajelah)."

Kelam-kabut Delilah melangkah keluar dari biliknya. Dia berlari menuruni anak tangga dan segera menapak diri ke garaj kereta. Punat kunci kereta ditekan, automatik keretanya unlock. Cepat-cepat gadis berketinggian 170 cm itu melangkah masuk ke dalam perut kereta Honda miliknya yang dibeli tiga tahun lepas. Enjin kereta dihidupkan, lantas beberapa minit kemudian kereta Honda itu bergerak keluar dari perkarangan rumah sewanya.

B E R S A M B U N G ♡

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)Where stories live. Discover now