BAB 3

30 6 0
                                    

TOK! Tok! Tok!

Pintu bilik Qaira diketuk oleh seseorang dari luar membuatkan lenanya terbantut. Kacau! Siapa yang berani kacau dirinya pada waktu sebegini? Dia baru sahaja ingin sambung tidur selepas mandi sejam lepas. Qaira Najwa melangkah turun dari katil. Langkah kakinya perlahan-lahan menuju ke pintu biliknya yang berada di hadapan sana. Tombol pintu dipulas perlahan. Sebaik sahaja pintu terbuka kelihatan sosok tubuh seorang lelaki yang mengenakan hoodie pada badannya.

"Babe, kau buat apa kat sini?" Terus mata yang mengantuk tadi jadi segar kembali apabila melihat wajah Mirza di hadapan matanya. Rindunya!

"Aku cari kaulah, tak akan pula aku datang sini nak jumpa kucing kau," marah Muhammad Mirza lantas bergerak menuju ke ruang rehat yang tersedia di hadapan bilik Qaira Najwa.

Selalunya tempat itu akan dijadikan kawasan melepak mereka berdua. Kerana di situ ada kemudahan pelbagai seperti televisyen, sofa, dan mini library yang dibuat khas untuk Qaira yang gemar membaca pelbagai jenis komik dan novel. Muhammad Mirza terus melabuh punggung di atas sofa dan menyandarkan badannya pada sofa empuk itu. Lega rasanya.

"Kau tak rindukan aku ke?" soal Muhammad Mirza sambil memandang ke atas siling. Buat apa nak malu bertanyakan hal itu. Soalan sebegitu sudah biasa ditanya. Qaira memuncungkan bibirnya ke hadapan. Seperti mulut itik saja.

"Rindulah. Tipu kalau aku tak rindukan kau," balas Qaira Najwa, manja.

"Baguslah kalau kau rindu. Aku ingatkan tadi kau tak ada di rumah. Ingatkan kau keluar dengan jantan tu," balas Muhammad Mirza selamba. Qaira Najwa tersenyum tipis mendengarkan hal itu. Bunyi macam merajuk saja!

"Isy... kejamnya ayat tu. Jantan, kau panggil dia." Qaira Najwa membetulkan rambutnya yang berserabai akibat berguling di atas katil sebentar tadi. Segera dia melabuh duduk di sebelah Muhammad Mirza tanpa dipinta terlebih dahulu. Jarak mereka berdua hanya semeter saja.

"Habis tu? Tak akan pula aku nak panggil dia pondan? Diakan memang lelaki pun. Apalah kau ni," marah Muhammad Mirza lantas menjeling tajam ke arah Qaira Najwa. Nampak bake up kekasih sendiri.

"Betullah tu. Betul! Betul!" Qaira Najwa malas hendak berdebat dengan Muhammad Mirza. Nanti rumah banglo tiga tingkatnya bergegar dengan pergaduhan di antara mereka berdua pula. Karang, tak fasal-fasal Mirza merajuk dengannya selama sebulan. Itu dia tidak mahu!

Lama mereka berdua mendiamkan diri kerana tidak tahu hendak dibualkan apa. Seperti mereka berdua baru sahaja mengenali antara satu sama lain sedangkan mereka berdua sudah kenal sejak kecil lagi. Qaira Najwa bangun dan mendekati mini library yang berada di sebelah kirinya. Dia mengambil sebuah komik berjudul The Prey's Haunting Game lantas dibacanya walaupun lebih berpuluh-puluh kali membacanya.

"Qaira." Segera Qaira Najwa berpaling ke arah Muhammad Mirza yang elok duduk di atas sofa.

"Apa?"

"Kau tak nak ke tunjukkan kepada aku boyfriend baru kau?" Tiba-tiba sahaja Muhammad Mirza menyoalnya sedemikian, ini kes cemburu atau apa. Qaira Najwa menutup buku komik tersebut dan disimpan semula pada rak buku. Dia menyilang tangannya di dada.

"Kau cemburu ke Mirza?" teka Qaira Najwa sambil tergelak kecil. Mak aii! Gelabah sakan Muhammad Mirza ketika ini. Lawaknya.

"Man... man... mana ada. Apalah kau ni! Aku nak tahu saja-saja," marah Muhammad Mirza lantas membetulkan posisi duduknya. 'Kalau aku cemburu, ada kau kisah ke?' gumam hati lelakinya.

Qaira Najwa terus mendekati rakan baiknya itu. Dia melabuh duduk di atas meja kayu yang dijadikan meja kopi sekaligus berhadapan dengan Muhammad Mirza. Dia seakan dapat meneka apa yang berada di hati jejaka itu sebenarnya. Sudah tentu rakan baiknya itu sedang cemburu yang teramat.

"Aku akan tunjukkan kepada kau, siapakah boyfriend baru aku. Tapi, kau jangan cemburu pula dengan dia," ujar Qaira Najwa lantas mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluar slacknya. Beberapa minit, selepas berjaya menjumpai gambar yang elok untuk ditunjukkan kepada Muhammad Mirza, barulah dia tunjukkan sahaja.

"Nah, tengoklah!" Telefon pintarnya terus disuakan kepada Muhammad Mirza. Lama Muhammad Mirza merenung gambar itu lantas mengutuk gambar itu tanpa rasa bersalah. Terlopong mulut Qaira Najwa dibuatnya. Kalau macam itu, lebih baik tidak perlu tunjuk.

"Bukan handsome pun. Muka dah macam kapal pecah!" kutuk Muhammad Mirza sepuas hatinya. Padan muka kau silly fish! Kecil hati Qaira Najwa dengan kutukan itu. Apalah Mirza ini!

"Sampai hati kau. Kejamnya mulut kau." Qaira Najwa menarik muka masam mencuka. Siapa tidak sakit hati dengan kutukan itu. Kalau orang hina teman lelaki kau macam tu, kau tak sakit hati ke?

"Betullah apa aku cakap. Aku rasa, aku lagi handsome daripada dia," balas Muhammad Mirza, dingin, tanpa berlapik lagi. Kalau dia sudah sakit hati. Habis disembur sahaja di atas muka. Baru puas hati.

"Kau lain, dia pula lain. Kau playboy, dia good boy!" Qaira Najwa masih lagi membela kekasih hatinya daripada dikutuk sedemikian rupa. Terkejut Muhammad Mirza seketika. Adakah dia tersilap dengar?

"Kau tersilap oranglah, Qaira. Muka macam tu kau kata good boy? Apa kau ni? Baiklah, cuba kau bagitahu aku. Macam mana kau boleh kenal dia?" Muhammad Mirza sudah tidak sabar ingin mengenali jejaka firaun itu. Nampak pada wajahnya seperti orang yang jahat. Apa kena dengan mata gadis itu agaknya? Kalau dah rabun, pakai cermin mata. Settle!

"Aku kenal dia melalui Instagram. Dia yang chatting aku dulu. And then... kita orang couple. Simple!" ujar Qaira Najwa dengan gembiranya. Berubah terus wajah Muhammad Mirza saat mendengarkan hal itu. Biar betul? Kenal dalam media sosial, dan percaya macam tu sehingga bercinta? Gila!

"Apa kau ni, Qaira? Baru kenal terus nak bercinta. Kau tak kenal dia sangatlah. Bahayalah..." marah Muhammad Mirza sambil merenung tajam anak mata milik gadis kecil molek itu.

"Dia lainlah. Tak macam orang lain. Dia baik. Kau jangan risaulah, nanti aku bawak kau jumpa dia ya." Qaira Najwa tetap mahu menyebelahi kekasih hatinya yang satu itu.

"Siapa nama dia? Umur? Sekolah? Anak siapa?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh Muhammad Mirza kepada Qaira Najwa. Dia harus selidik sendiri. Mana mungkin dia akan berdiam diri.

"Relekslah, Mirz! Okey, nama dia Haziq. Dia sama tua dengan kita. Bersekolah di Cempaka Internasional School. Anak kepada Tan Sri Khalid. Any other questions? (Ada soalan lain lagi?)" Qaira Najwa tergelak kecil sambil geleng kepala. Dia bangkit dari duduk dan segera membuka televisyen yang berada di belakangnya.

Muhammad Mirza hanya mendiamkan diri dan berfikir sesuatu. Dia ada rencana lain mengenai perkara itu. 'Aku akan cari kau!' bisik hati jahatnya.

■ BERSAMBUNG ■



𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)Where stories live. Discover now