BAB 12

13 5 0
                                    

"DA... darah?"

Haziq tidak sewenang-wenangnya tidak sedarkan diri. Tubuhnya terbaring di atas katil. Kayu besbol digenggam erat. Sekali, senyuman sinis dilemparkan khas kepada lelaki tidak guna itu. Memang patut diberi balasan atas perbuatannya. Farhan menggelabah.

"Mirz... Mirz... Mirza, kau bunuh dialah... di... dia dah mati ke?" Tergagap-gagap Farhan menutur kata. Wajahnya mulai berubah nan pucatnya.

"Belum." Sepatah dijawab oleh Muhammad Mirza. Farhan tidak percaya dengan kata-kata rakan karibnya itu. Belum? Habis tu macam mana?

"Kau yakin ke weh? Kalau dia mati, habislah kita nanti. Aku tak nak masuk penjara. Aku muda lagi. Aku tak nak malukan family aku." Farhan menekup wajahnya mengenangkan perkara yang bakal berlaku selepas ini. Jika dia dimasukkan ke dalam penjara. Habislah cita-citanya yang selama ini menjadi igauan mimpinya setiap malam. Tak mahu!

Muhammad Mirza mendekati Haziq dan menenyeh-nenyehkan hujung kayu besbol pada wajah itu. Di dalam hati, habis dihabur sumpahan kepada lelaki jahanam itu.

"Belum mati lagi. Kalau tak percaya cubalah check nadi dia," ujar Muhammad Mirza lantas meninggalkan Farhan dengan selamba. Sebelum itu sempat dipesannya.

"Jangan lupa angkat dia. Aku malas nak sentuh dia, kaulah angkat dia bawak masuk ke dalam kereta."

Farhan menunding jari ke arah dirinya sendiri. Aku? Aduh, sudahlah dia cuak ketika ini. Kenapalah dia boleh bersetuju dengan idea Mirza? Kalau tidak takkanlah dia takut sebegini. Harap-harap benarlah kata Mirza sebentar tadi. Laju Farhan mencari urat nadi dipergelangan tangan dan juga meraba-raba pada leher.

"Mir! Mirz..."

Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Eh, janganlah macam ni!

♔ ♔ ♔

KEESOKAN HARINYA

"JANGAN jeritlah, Qaira! Kau milik aku."

Tubuh badannya mulai dibasahi peluh. Mulutnya terkumat-kamit menyebut sesuatu tetapi tidak jelas maknanya. Bebola matanya bergerak-gerak dalam keadaan tertutup. Suara itu muncul dan sentiasa muncul. Bahkan, tayangan itu sentiasa diulang di mana kejadian itu sentiasa menjadi mimpi ngerinya.

"Just one night, dear. Jangan lari daripada aku."

Kelopak matanya terbuka serta-merta. Dadanya berombak ganas. Akalnya mati. Mimpi itu menjadi igauan mimpi ngerinya. Tiba-tiba, cecair jernih mengalir laju membasahi wajahnya. Qaira Najwa menangis mengenangkan betapa takutnya dia ketika itu. Takut sangat-sangat sehingga dia tidak berkuasa untuk melawan. Lemah. Dia lemah, terlalu lemah.

"Astaghfirullahalazim."

Selimut ditarik hingga ke paras dada. Semenjak dia ditempatkan di sebuah wad di sebuah hospital swasta. Dia seringkali terasa asing dengan dirinya. Sepatutnya dia boleh keluar dari hospital tetapi lain pula yang jadinya. Doktor kata, keadaannya masih tidak stabil. Ya, betul. Adakah mereka memandang serong terhadapnya? Sebagai mangsa rogol?

"Tak... bu... bukan... salah aku. Tak..." Terketar-ketar Qaira Najwa menutur kata. Bukan salahnya perkara ini terjadi. Bukan. Bukan. Semua ini bukan salahnya.

Tetapi, kenapa semenjak daripada peristiwa itu dia tidak lagi melihat kelibat seseorang ini. Seseorang yang cukup dirinduinya. Seseorang yang menjadi pembakar semangatnya untuk berjuang walaupun dia selalu disakiti. Mana dia pergi? Mana? Kenapa sejak daripada itu si dia tidak datang? Jijik sangatkah si dia dengan dirinya kini?

"Mirza..." Air mata semakin laju merembes keluar ditubir matanya.

Adakah lelaki itu sudah membenci dirinya?

♔ ♔ ♔

TUBUH Haziq ditolak kasar masuk ke dalam balai polis. Nasib pada malam itu dia tidak arwah. Rupa-rupanya, Farhan tersilap periksa nadi. Barangkali menggelabah atau terlampau cuak sehingga cuai. Tetapi, bagi Muhammad Mirza lain pula. Jika lelaki jahanam itu mati lagi bagus. Biar terlaksana dendamnya selama ini.

"Sakitlah!" Haziq merengus kasar kepada Muhammad Mirza apabila tubuh badannya ditolak seperti anak kecil.

Beberapa pegawai polis yang bertugas ketika itu seakan terpinga-pinga dengan kedatangan mereka tanpa diundang. Tiba-tiba sahaja, perangai Haziq berubah secara drastik.

"Tolong saya. Dia pukul saya sampai berdarah. Nasib baik saya tak mati. Tolong! Dia sakit orangnya." Tangan ditunding ke arah Muhammad Mirza yang berdiri tidak jauh daripadanya. Salah seorang pegawai mulai bersuara.

"Apa yang dah berlaku sebenarnya?"

Haziq buat muka simpati. Wajahnya yang masih lagi berdarah angkara Muhammad Mirza ditilik seketika waktu oleh pegawai polis itu. Teruk! Ini kes gaduh ke apa?

"Sebenarnya..."

Buk!

Belum sempat Haziq membuka bicara terus Muhammad Mirza menyepak lipatan belakang lututnya dan automatik dia jatuh melutut di atas lantai. Terkejut pegawai polis itu dengan tindakan berani si hero yang tidak diundang itu.

"Diam kalau kau tak mahu aku buat benda bukan-bukan kat kau nanti," ugut Muhammad Mirza lantas menarik rambut Haziq dengan kasar sehingga kepalanya mendongak ke atas memandang wajah-wajah pegawai polis itu. Kali ini biarlah diberi peluang untuk dia berbicara walaupun sekejap.

"Sebenarnya, dia perogol yang merogol kawan baik saya dan cuba nak melarikan diri tempoh hari," terang Muhammad Mirza, serius. Haziq geleng kepala dalam kepayahan.

"Tak. Bu... bukan. Dia tipu. Kan saya dah cakap, dia sakit tadi," nafi Haziq sekeras hatinya. Salah seorang pegawai polis mulai menghampiri dirinya dan menggari kedua-dua belah tangannya dari belakang. Bengang Haziq!

"Eh, apahal ni? Eh, bangsat. Kaulah sepatutnya masuk sekali ngan aku. Kau pecah masuk rumah aku takpe pulak? Hoi!" Haziq menunjal-nunjal kakinya ke arah Muhammad Mirza. Tetapi, sekalipun tidak terjejas sama sekali.

"Diamlah." Pegawai polis itu mulai bersuara.

Tubuh Haziq terus ditolak oleh pegawai polis itu dan hilang di sebalik dinding. Tidak habis-habis sumpah-seranah ditaburnya. Muhammad Mirza menghela nafas lega. Satu hal kerjanya selesai. Jika Malaysia tiada undang-undang, sudah lama dipatahkan tulang-belulang lelaki keparat itu dan dibuang mayatnya jauh di pelosok dunia.

Muhammad Mirza mengorak langkah beredar dari situ. Dia memasuki kereta Honda kesayangannya dan bergerak ke suatu tempat. Dia ingin berjumpa seseorang.

Seseorang yang amat dirinduinya.

■ BERSAMBUNG ■

_____________________________________
P/s: Assalamualaikum, hai. Saya nak cakap yang book ni dah nak the end. Tak sabarnya nak habiskan book ni. Entahlah best ke tak. Sebab saya nak buat new book. Bye. Selamat membaca.

𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)Where stories live. Discover now