BAB 9

21 5 0
                                    

KRING! Kring!

Telefon pintar berjenama Iphone 12 pro berdering nyaring menandakan ada panggilan yang masuk. Muhammad Mirza tersentak daripada lenanya. Dia menguap perlahan sambil membuka mata. Matanya digenyeh beberapa kali. Telefon pintarnya segera dicapai di atas meja bersebelahan dengan katilnya.

Tertera nama seseorang di skrin telefonnya. Tanpa menunggu masa yang lama, terus diangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, hello aunty. Ada apa call saya?" soal Muhammad Mirza yang masih lagi mamai. Sudahlah lenanya diganggu. Rasa sekejap saja dia tidur.

"Waalaikumussalam, Mirza. Aunty nak tanya ni, Qaira ada dengan kamu tak?" Suara wanita di hujung sana kedengaran cemas semacam. Terus mata Muhammad Mirza membulat. Tadi mengantuk kini segar-bugar.

"Qaira? Eh, aunty! Qaira takde dengan saya. Lagipun saya dekat rumah ni, tak keluar ke mana-mana pun. Kenapa aunty?" Muhammad Mirza segera bangkit dari katil dan menuju ke almari pakaian. Pintu almari dibukanya dan dicapai jaket dan seluar jeans.

"Ya ke? Astaghfirullah! Aunty risau ni, sejak tadi lagi dia tak balik-balik. Katanya nak balik pukul sembilan tapi tak sampai-sampai. Dia kata, dia keluar dengan kamu. Sebab tulah aunty tanya kamu. Mirza tolong aunty!" rayu wanita itu lagi. Muhammad Mirza mengeluh perlahan dan cuba bertenang. Dia pula yang menggelabah sekarang.

"Okey! Okey! Aunty releks. Biar Mirza datang cari dia. Apa-apa hal, Mirza bagitahu aunty. Okey, bye." Talian ditamatkan serta-merta. Sempat matanya melirik jam pada telefon pintarnya yang kini menunjukkan pukul 12 pagi.

Sudah diagak, pasti Qaira Najwa keluar juga dengan lelaki itu. Dasar buaya. Iblis. Dia berharap sangat semoga tiada apa-apa yang berlaku kepada gadis itu. Muhammad Mirza menggantikan pakaian dengan segera dan mencapai kunci kereta. Laju langkah kakinya menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

Di ruang tamu pula, dia bertembung dengan abangnya yang ketika itu sedang menonton filem di situ. Apa lagi, terus ditanya ke mana si adik ingin pergi. Sudahlah lewat malam, tetiba sahaja ingin keluar. Apa yang berlaku sebenarnya?

"Eh, kau nak pergi mana Mirza?" Malik yang perasan akan tindakan kelam-kabut oleh adiknya itu segera bertanya.

"Aku nak keluar cari Qaira. Apa-apa hal aku bagitau kau. Aku keluar dulu!" ujar Muhammad Mirza, laju-laju.

Tanpa sempat bertanya lebih lanjut, adiknya sudah hilang daripada pandangan matanya. Malik angguk kepala walaupun hakikatnya dia masih belum faham keadaan sekarang. Nak cari Qaira? Budak itu ke mana?

♔ ♔ ♔

QAIRA NAJWA membuka kelopak matanya sebaik sahaja dia rasakan seperti ada sesuatu menyentuh pehanya. Kepalanya berpaling ke sebelah, kelihatan Haziq merenung tajam ke arahnya seperti mahu menerkamnya sahaja. Wajahnya berubah menjadi sangat menakutkan.

"Awak kenapa ni? Kereta dah siap ke?" Qaira Najwa mengintai ke luar tingkap kereta. Haziq mengalihkan tangannya dari peha gebu milik Qaira Najwa. Nampak gayanya, mereka berdua tidak lagi berada di bahu jalan tetapi entah di mana. Dia sendiri kurang pasti akan keberadaannya sekarang.

Haziq mendiamkan diri tanpa menjawab soalannya. Laju Qaira Najwa berpaling semula ke hadapan dan...

Satu ciuman hinggap pada bibirnya. Membulat anak matanya apabila sedar akan perbuatan Haziq. Secara automatik kedua-dua belah telapak tangannya menolak laju tubuh lelaki itu agar menjauhinya. Dadanya berombak laju mengatur nafas.

"What's wrong with baby? You don't like it? (Apa masalahnya, baby? Awak tak suka ke?)" soal Haziq lantas mengelap bibirnya dan tersenyum sengit. Qaira Najwa seakan baru tersedar akan sesuatu. Sepatutnya dia tidak berada di sini berdua-duaan dengan Haziq. Ini salah!

"Sa... saya nak balik. Hantar... saya ba... balik." Terketar-ketar suara Qaira Najwa menutur kata. Haziq tergelak dan merapati tubuhnya ke arah gadis itu.

"Balik? Jangan haraplah!" tengking Haziq lantas ditarik salah satu tangan Qaira Najwa dan digenggamnya erat.

Tergamam Qaira Najwa melihat perubahan pada Haziq. Selama ini lelaki itu tidak begini. Tidak meninggikan suara terhadapnya apatah lagi memarahi dirinya. Kenapa dia jadi begini? Apa yang dah berlaku sebenarnya?

Sebelah lagi tangannya diletakkan ke belakang. Segera jari-jemarinya meraih pemegang pintu kereta dan dibukanya. Pang! Satu tamparan hinggap pada wajah Haziq. Laju Qaira Najwa melangkah keluar daripada kereta dan melarikan diri.

"Hei, Qaira!" jerit Haziq lantas melangkah keluar daripada kereta lalu mengejari gadis itu. Tak guna punya perempuan!

Langkah kaki Qaira Najwa tidak tentu hala. Entah ke mana harus dia melarikan diri. Sekeliling kawasan hanya dipenuhi oleh kenderaan buruk. Tempat itu seperti tapak pelupusan kereta. Hujan renyai-renyai kini menyapa tubuhnya. Sejuk.

"Tolong! Tolong!" jerit Qaira Najwa sambil tersedu-sedan menahan tangis. Dia berpusing ke belakang dan kelihatan Haziq mara menghampiri dirinya.

"Just one night dear. Qaira! Tak payahlah mintak tolong sesiapa, tiada sesiapa pun kat sini hanya kita berdua aje." jerit Haziq sambil ketawa mengekek. Ketakutan yang dihadapi oleh Qaira Najwa tidak dipedulikan.

'Padan muka kau, Mirza!' bisik hati jahat Haziq. Dia akan membalas dendam terhadap Mirza. Nak sangat mereka berdua putuskan hubungan? Sudah tentu dia mahukan habuan, mana boleh tidak dapat apa-apa.

■ BERSAMBUNG ■

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

BERSAMBUNG

𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang