MUHAMMAD MIRZA menyandarkan badannya pada pintu kereta BMW miliknya. Kini dia berada di tempat biasa mereka berdua selalu melepak bersama iaitu di Bukit Bintang. Sempat matanya mengerling jam yang meliliti pergelangan tangan kanannya. Jam tepat menunjukkan pukul 9 pagi. Muhammad Mirza menyilang tangannya di dada dan menunggu dengan penuh sabar. Kalau Qaira Najwa datang lambat bermakna harus ditinggalkan sahaja gadis itu.
Tetapi, entah mengapa perasaan cemburu mulai bertaut pada hatinya saat ini. Adakah Qaira Najwa bersama dengan kekasih hatinya ketika ini? Mungkin juga. Tapi, perkara itulah yang merisaukan dirinya. Bila terkenang akan wajah Qaira Najwa yang bermesra dengan lelaki lain, sudah tentu menambahkan lagi api cemburunya. Jika api cemburu itu boleh menyambar pada seseorang, sudah terbakar orang itu agaknya.
"Kenapa kau pilih lelaki tu, Qaira? Why?" Muhammad Mirza bersoal jawab dengan dirinya sendiri. Hatinya gelisah semacam. 'Aku tak cukup handsome ke? Atau aku terlalu famous sampai kau fikir aku seorang playboy? Atau...' gumam dirinya sendirian. Dia melepaskan keluhan berat.
Kring!
Telefon pintarnya berdering nyaring menandakan ada panggilan telefon yang masuk. Muhammad Mirza tergesa-gesa menyeluk tangannya ke dalam poket dan mengambil telefon pintarnya itu. Tertera nama Qaira's sweetie pada skrin telefonnya. Segera dijawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum, Qaira. Kau kat mana?" Sebaik sahaja panggilan dijawab terus Muhammad Mirza melontarkan soalan kepada Qaira Najwa. Nak kena ini budak!
"Waalaikumussalam, babe! Sorry... hari ni aku tak boleh lepak dengan kaulah. Aku sekarang ni dengan..." Kedengaran ada suara garau sedang bercakap berdekatan dengan telefon pintar milik Qaira Najwa sekaligus membuatkan hati Muhammad Mirza panas. Panas!
"Sayang cakap dengan siapa tu?" Ayat itu mampu membuatkan hati Muhammad Mirza terbelah dua. Sayang? What the hell, silly fish? Dia menahan gelora amarahnya. Api cemburu semakin membara.
"Sayang bercakap dengan BFF sayanglah," balas Qaira Najwa sambil tergelak kecil. Tanpa dia sedari sejak tadi lagi Muhammad Mirza memasang telinga mendengar kemesraan mereka berdua. Ini menyakitkan hati betul. 'Mesra konon, aku lagi mesralah dengan Qaira. Sejak kecik hingga besar aku bersama dengan dia!' bebel hati lelakinya.
"Mirz..." panggil Qaira Najwa, lembut. Muhammad Mirza berdehem kecil sambil memegang belakang lehernya.
"Ya. Aku ada ni," balas Muhammad Mirza seakan berjauh hati. Qaira Najwa mengeluh perlahan lantas berkata dicorong telefon.
"Aku minta maaf tau sebab tak dapat melepak dengan kau macam dulu. I am sorry babe! Nanti kalau aku ada masa terluang, aku datang rumah kau eh." Sempat Qaira Najwa memujuk hati kawan baiknya itu. Dia berharap semoga Muhammad Mirza memahami situasi sekarang.
"Okey." Belum sempat Qaira Najwa ingin berkata apa-apa terus ditamatkan talian serta-merta membuatkan gadis itu terpinga-pinga sendirian.
Muhammad Mirza melepaskan geramnya seketika dengan menyepak tayar kereta beberapa kali sehingga puas hati. Dum! Dum! Dum! Kini dibuat tayar itu seperti kekasih hati Qaira Najwa. Kalau dia jumpa kelak lelaki itu, akan diajar dengan caranya. Tengoklah macam mana nanti! Ini Muhammad Mirzalah!
♔ ♔ ♔
SEMINGGU KEMUDIAN
SUDAH SEMINGGU keadaan mereka berdua begitu. Dulu berkepit ke sana sini bagaikan belangkas, kini berjauhan bagaikan langit dengan bumi. Mana tidaknya, Qaira Najwa selalu sibuk melayan kekasih hati daripada dirinya sendiri. Hatinya merasa sedih yang teramat. Ingat dia hati batukah? Dia manusia, ada hati dan juga perasaan. Malahan di sekolah pula, Qaira Najwa selalu sibuk dengan urusan persatuan kumpulan soraknya. Mana mungkin ada masa untuknya.
Dulu, boleh dikatakan selalu saja mereka berdua mesej-mesej, kini satu mesej pun tidak ada. Apa hendak jadi dengan Qaira sebenarnya? Teruk betul. Ini tak payah panggil BFF pun tak apa. Ini bukan BFF tetapi, BFFH iaitu Best Friend from hell! Teruk bunyinya. Itu fakta, bukan auta. Tetapi sampai bila mereka berdua harus begini. Ini tak boleh dibiarkan, dia kena juga bersemuka dengan Qaira Najwa.
Muhammad Mirza segera mencapai kunci kereta dan berlari keluar rumah dan mendapatkan keretanya yang diparkir di garaj kereta. Tanpa disedari abangnya memerhati tindakannya dari tingkat atas di mana dia kini sedang melukis di balkoni rumah. Senyuman mulai terbit dari bibirnya. Sudah tentu adiknya itu mahu ke rumah Qaira Najwa.
Sementara memandu menuju ke rumah Qaira Najwa, sempat lagi Muhammad Mirza teringatkan kenangan manis mereka bersama selama ini. Sejak mereka berdua terjumpa semasa kecil, di mana ketika itu dia terjatuh ke dalam kolam renang dan hampir lemas. Jika tiada Qaira Najwa ketika itu. Sudah tentu dia mati lemas. Nasib baik gadis itu menjerit meminta tolong dan cuba menyelamatkan dirinya yang hampir arwah di dalam kolam renang.
Tetapi, itu kerana takdir dan bukan ajalnya lagi. Kerana itu, dia selalu mengimpikan seorang heroin seperti itu. Qaira Najwa ialah cinta pertamanya. Mana mungkin dia mahu melepaskan gadis itu begitu sahaja! Bercinta dengan gadis itu boleh tetapi bersyarat. Jangan sesekali sakitkan hati cinta hatinya. Kalau tidak dia akan ambil tindakan ke atas perbuatan lelaki itu kelak.
Dia pernah cuba menganggap Qaira Najwa seperti kawan baik tetapi gagal. Setiap kali dia cuba pasti gagal. Bukan dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan, pernah. Tetapi sekadar suka-suka sahaja bukannya mencintai setulus hatinya. Bahkan, gadis yang menjadi kekasihnya lain sikap dengan Qaira Najwa. Jauh bezanya.
Hampir setengah jam memandu di lebuh raya akhirnya dia tiba juga di hadapan rumah banglo tiga tingkat milik keluarga Qaira Najwa. Enjin kereta dimatikan dan Muhammad Mirza terus menapak keluar dari perut kereta. Seperti biasa, dia akan memberi salam dan terus menerobos masuk. Nampak seperti tiada adab, tetapi rumah itu seakan rumahnya. Kerana ibu bapa Qaira Najwa sudah lama menganggap dirinya sebagai anak angkat.
"Ya Allah, Mirza! Terkejut mak cik tau!" Terkejut Mak Senah yang baru sahaja keluar dari dapur dan terus melihat sosok tubuh seorang lelaki menuju ke tingkat atas. Dia sangkakan pencuri, tetapi rupa-rupanya Mirza. Bertuah punya budak.
"Maaf mak cik. Saya tak sengaja. Ermmm... nak tanya, Qaira ada tak?" Terus Muhammad Mirza bertanyakan terus tanpa berselindung lagi. Buat apa malu, lagipun mereka bagaikan sebuah keluarga.
"Ada. Di ataslah. Sejak tadi lagi dia tak makan turun. Entah apa yang dibuat pun Mak Senah tak tahu." Tanpa dipinta oleh sesiapa terus Mak Senah beritahu kepada anak muda itu. Lagipun dia sudah masak benar dengan perangai dua anak muda ini. Yang seorang itu, jenis pelindung dan seorang lagi pula seorang yang degil tak bertempat.
"Tak apalah. Mirza nak naik atas ni." Muhammad Mirza terus menyambung menaiki anak tangga semula menuju ke tingkat atas. Mak Senah benarkan. Tetapi bersyarat, lagipun Mirza sudah tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuatnya.
■ BERSAMBUNG ■
YOU ARE READING
𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)
Short Story♡ 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙞𝙨𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 tentang persahabatan akrab di antara Qaira Najwa dengan Muhammad Mirza, sejak kecil sehingga muncullah bibit-bibit cinta di hati Muhammad Mirza tanpa diketahui oleh si gadis itu. Apakan...