BAB 4

26 4 0
                                    

QAIRA NAJWA segera memperkenalkan
Muhammad Mirza kepada Haziq seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Saat berjabat salam dan memperkenalkan diri masing-masing. Muhammad Mirza dengan sengaja memperketatkan pegangan tangannya kepada jejaka berwajah kapal pecah itu. Tersenyum puas hatinya saat melihat wajah jejaka itu kesakitan. Itu baru sedikit. Jika boleh, dia akan buat lebih teruk lagi. Lagi parah!

Haziq terpaksa berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku padahal dalam hatinya sudah sumpah seranah. Melampau! Kini mereka berdua bergerak ke sebuah restoran mewah di Pavilion. Usai melangkah masuk ke dalam restoran mewah tersebut. Haziq terlebih dahulu menonjolkan dirinya bak putera raja di mata si puteri. Naik muak Muhammad Mirza melihatnya. Ini melebih!

Kerusi ditarik sopan oleh Haziq dan mengarahkan Qaira Najwa melabuh duduk di sebelahnya. Gadis kecil molek itu hanya akur tanpa membantah. Muhammad Mirza yang melihatnya, mencebik geram. Sempat matanya bertembung dengan anak mata jejaka firaun itu. Sudah banyak nama jahat bermain di otaknya khas untuk lelaki bernama Haziq itu.

'Silly fish! Jejaka Firaun! Lelaki bermuka kapal pecah!' kutuk hati jahat Muhammad Mirza. Kutukannya terhenti apabila Haziq memulakan bicaranya.

"Sayang nak makan apa? Biar baby yang belanja." Mahu termuntah Muhammad Mirza mendengarnya. Baby? Dah besar pun masih panggil baby. Hampeh!

"Sayang ikut aje. Tak kisah pun," balas Qaira Najwa, lembut dan manja. Selepas itu, matanya beralih pula kepada Muhammad Mirza yang duduk berhadapan dengannya.

"Mirz. Kau nak makan? Haziq akan belanja." Terus ditanya soalan itu kepada rakan baiknya itu. Muhammad Mirza mengukir senyuman khas kepada Qaira Najwa. Sempat dia menjeling sekali lagi ke arah Haziq.

"Ikut aje," balas Muhammad Mirza selamba. Dia mengukir senyuman sinis kepada Haziq. Mahu lawankah? Tengok, Qaira Najwa masih lagi ambil tahu mengenainya. Haziq mengetap gigi tanda geram. Nampak gaya mereka berdua ingin berdebat.

Selepas membuat pesanan makanan. Pasangan dua sejoli itu bercerita dengan rancaknya kecuali Muhammad Mirza. Dia lebih suka mendengar tanpa banyak berbicara. Kerana dia mahu membaca personaliti lelaki itu bagaimana. Nampak gayanya, lelaki itu seorang yang pantang dicabar sama seperti dirinya.

♔ ♔ ♔

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♔ ♔ ♔

XESS INTERNASIONAL SCHOOL
PUTRAJAYA, MALAYSIA

MUHAMMAD MIRZA melompat dengan tinggi lantas mencapai bola jaring dari pihak lawan. Kini dia bertarung dengan pasukan Sekolah Antarabangsa Engku Zaharuddin, Perak. Ketika ini dia akan menunjukkan bakat yang sedia ada. Bakat ini telah lama diasah semenjak dirinya menjinakkan diri dalam pasukan bola jaring sekolah peringkat Antarabangsa.

Dia bergerak dengan pantas dan menjaringkan gol dengan sangat cantik. Gayanya seperti seorang pemain profesional. Ya, itulah harapannya selama ini. Menjadi seorang pemain yang berbakat dan mampu mengharumkan nama negara. Majoriti pemain yang menyertai skuad bola jaring lelaki di sekolahnya adalah kaum Cina, malahan kaum India sangat sedikit.

"Go! Go! Go! Xess!" jerit pasukan sorak yang turut sama menyertai Acara Pertandingan Bola Jaring Peringkat Antarabangsa itu. Para pelajar bagaikan gila semuanya. Menjerit dan bersorak riang bagi meraih kejayaan bagi sekolah mereka.

Qaira Najwa pula melompat dengan girangnya kerana pasukan sorak itu diketuai olehnya. Dia akan menunjukkan bakat yang disimpannya selama ini demi sekolahnya. Lompatannya begitu hebat sekali sehingga mendapat perhatian daripada juri luar negara itu. Kali ini dia akan melakukan dengan baik sekali tanpa ada kesalahan.

"Wow! Qaira! Qaira! Qaira!" Para pelajar menjerit menyeru namanya bersama banner yang tertulis We're the Champion!

Riuh rendah padang bola jaring Xess International School dengan suara-suara penyokong yang tidak henti-henti bersorak untuk idola mereka. Tidak ketinggalan juga sorokan untuk Muhammad Mirza yang kini sengit untuk menjaringkan gol akhir bagi meraih juara. Dia mengatur nafas dengan baik dan merenung lama jaringan gol yang berada di hadapannya. Jarak di antaranya hanya empat meter dari situ.

"Mirza! Mirza! Mirza!" Gemuruh suara para pelajar menyeru nama pemain kesayangan mereka di padang bola jaring. Naik gerun pihak lawan yang mendengarnya. Turut sama, Qaira Najwa rancak memberi sorokan kepada skuad bola jaring.

"Tiga!"

"Dua!"

"Satu!"

Tup! Bola jaring telah dijaringkan oleh Muhammad Mirza ke dalam gol. Tepat. Bagaikan terkena histeria. Para pelajar menjerit kegirangan. We're The Champion kembali menghangatkan lagi sekolah itu. Tidak tahan dengan itu, Muhammad Mirza mengejek pihak lawan dengan menggayakan 'Boo!' Itulah siapa suruh sombong. Kan sudah kena balik!

♔ ♔ ♔

DUA JAM lepas telah tamatnya perlawanan bola jaring. Kini Muhammad Mirza berehat di bilik kesihatan kerana mengalami kecederaan ringan pada siku dan wajahnya. Bibirnya pecah kerana terjatuh sewaktu ingin merampas bola semasa pusingan pertama. Sikunya pula hanya tercalar akibat bergeser dengan lantai bola jaring. Sakit, tetapi kali ini sakitnya amat bermakna. Seronok dapat lihat wajah kecewa pihak lawan yang kalah tadi. Kasihan...

"Congratulations, Mirza! (Tahniah, Mirza!)" Jerit Qaira Najwa sambil melangkah masuk ke dalam bilik kesihatan. Tergamam Muhammad Mirza dengan kehadiran Qaira Najwa yang datang secara tiba-tiba itu.

Sudahlah dia tidak mengenakan baju pada badannya. Mahu dihempuk sahaja kepala gadis itu dengan kerusi yang berada di hadapannya kini. Terus tangannya mencapai baju jersi bola jaring lantas ditutup pada badannya. Qaira Najwa hanya tersenyum malu melihat keadaan Muhammad Mirza begitu.

"Sorry! Aku tak perasan pula kau macam tu." Qaira Najwa mendekati Muhammad Mirza dan melihat luka yang dibalut dan ditampalkan plaster, Nampak seperti teruk.

"Kau dah kenapa datang sini tetiba? Dahlah tiada Madam Suhana. Kalau dia nampak kita berdua dalam keadaan macam ni. Confirm dia fikir bukan - bukan," marah Muhammad Mirza sambil mengundur diri ke belakang agar menjauhi Qaira Najwa. Ini parah kalau kena, hendak dijawab apa nanti kalau tertangkap. Mampus dia. Sempat matanya meninjau ke luar bilik kesihatan, takut-takut ada yang mengintai atau sebaliknya pula.

"Jangan risaulah. Aku dah minta izin madam nak jenguk kau tadi. Risau dia. Takut... " Kata-kata Qaira Najwa terhenti seketika. Dia menayangkan sengihan dan mendekati rakan baiknya itu dengan lebih dekat. Saja mengusik.

"Takut kena tangkap khalwat ke?" Terhabur tawa Qaira Najwa apabila melihat wajah pucat Muhammad Mirza di hadapannya  kini. Senak perutnya. Ini muka memang tidak boleh dibawa bincang. Pucatnya mengalahkan mayat.

"Amboi, bercakap tu elok sikit ya, nak sangat ke Qaira Najwa?" Muhammad Mirza tidak mahu mengalah. Dia menatap wajah putih bersih gadis itu. Cantik seperti bidadari. Kali ini wajah Qaira Najwa pula yang pucat. Apa ni?

"Apa kau ni? Aku berguraulah. Jangan serius sangat. Tak nak aku kahwin dengan kau. Tak mau eh!" Qaira Najwa mencebik muka sambil menjeling tajam ke arah Muhammad Mirza. Pecah tawa Muhammad Mirza.

■ BERSAMBUNG ■

𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)Where stories live. Discover now