KERETA Honda diparkir di tepi jalan. Hujan mulai turun dengan lebat. Matanya mengerling jam tangan yang meliliti pergelangan tangan sasanya. Sudah lewat malam. Ke mana pergi Qaira sebenarnya? Sudah banyak kali dia cuba menghubungi gadis itu tetapi gagal.
Hatinya sedari tadi lagi tidak enak. Ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya tetapi tetap diusir perasaan itu pergi. Muhammad Mirza mengambil telefon pintarnya daripada kocek seluar dan segera mendail nombor seseorang. Tetapi, tidak juga diangkat. Dia hampa. Perasaannya ketika ini sukar ditafsirkan bagaimana.
"Qaira angkatlah phone. Mana kau pergi? Mana aku nak cari kau?" Stereng kereta dipukulnya berulang kali sambil memikirkan di mana keberadaan gadis itu sekarang.
Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Hujan masih lagi belum reda. Keluhan walangya dilepaskan. Di manakah Qaira Najwa? Apa yang sudah berlaku kepada gadis itu? Tolonglah...
Kring! Kring!
Tiba-tiba sahaja, telefon pintarnya berdering nyaring menandakan ada panggilan yang masuk. Butang hijau terus diseret.
"Assalamualaikum, Ya Allah! Qaira kau kat mana, hah? Kenapa tak balik lagi? Hello..." Sedari tadi lagi dia bercakap, tiada bunyi suara yang menyapa gegendang telinganya. Sunyi. Hanya hembusan angin.
"Qaira? Kau kat mana ni?" Hatinya tiba-tiba sahaja tidak sedap hati. Telefon pintar digenggamnya erat. Dadanya berdebar sakan menunggu jawapan di sebelah sana.
"Mirz... Mirz... Mirza..." seru Qaira Najwa sambil menahan tangis. Runtun jiwanya mendengar perubahan suara pada gadis itu. Apa yang dah berlaku sebenarnya?
"Qaira? Kau kenapa ni?"
"To... tolong aku... sa... sakit... sangat..." Rayuan yang terpacul keluar daripada bibir gadis itu membuatkan hatinya terasa lemah. Lututnya bergetar. Jiwanya lara. Dia tidak kuat mendengar tangisan itu.
"Aku datang! Kau tunggu aku! Kau... kau... cakap yang kau duduk kat mana sekarang ni?" Muhammad Mirza segera menarik gear dan bersedia untuk beredar dari situ. Sebaik sahaja Qaira memberitahu keberadaannya terus dia memandu pergi ke sana.
♔ ♔ ♔
QAIRA NAJWA mengusap tubuhnya yang mulai kesejukan dek bermandi hujan hampir setengah jam lamanya. Tangisannya tidak kering membasahi pipi. Jiwanya sakit seperti tubuhnya. Sangat sakit. Pusat hentian bas menjadi tempat dia berteduh sekarang. Tiada sesiapa pun di situ kecuali dirinya. Telefon pintar yang digenggamnya kini terseret ke bawah dan jatuh terhempas di atas lantai. Dia tidak kuat.
"Ya Allah..." air matanya tidak kering-kering berserta tangisan walangnya. Apa yang dah berlaku kepada dirinya? Jijiknya dia rasa terhadap dirinya sendiri.
Tubuhnya yang sebelum ini dijaga kesuciannya kini bertukar kotor. Kotor seperti tempat pembuangan segala sisa-sisa kotoran. Berdosanya dia kepada Ilahi. Baru dia sedar akan kesilapannya selama ini. Bodohnya dia kerana percaya pada janji manis lelaki itu. Dasar lelaki tak guna!
"Qaira?"
Pandangan terus diangkat. Wajah sang pemanggil suara itu dipandang hiba. Hatinya terasa lega yang teramat apabila dapat bertemu dengan pemilik suara itu. Wajahnya gagal mengukirkan senyuman seperti sebelum ini. Hanya tangisan yang dapat mempamerkan keadaannya sekarang.
Muhammad Mirza hampir ingin rebah tatkala melihat keadaan Qaira Najwa dalam keadaan begitu. Pakaiannya yang terkoyak pada bahagian bahu dan dress yang dipakai juga kelihatan berubah warna. Anak matanya beralih memandang ke bawah. Iaitu tepat pada kedua-dua belah kaki gadis itu. Cecair berwarna merah pekat laju menuruni dari celahan kaki. Masih tidak kering.
"Ya Allah," bisiknya, sebak. Jaket terus ditanggalkan. Dia mengorak langkah mendekati gadis itu. Dia tidak dapat menahan gelora hatinya yang kini dilanda kesedihan.
Qaira Najwa tidak lepas memandang wajahnya. Muhammad Mirza sakit, hatinya teramat sakit apabila ada yang sanggup melukakan gadis itu. Jaket tadi terus diselimuti tubuh gadis itu yang kebasahan akibat hujan. Terketar-ketar tangannya saat ingin menyelimuti gadis itu.
"Qaira." Bergetar suaranya memanggil nama gadis itu. Air mata Qaira Najwa semakin lebat membanjiri pipi mulusnya.
"Maafkan aku," tambahnya lagi. Dia tidak sanggup ingin melihat keadaan gadis yang dicintainya dalam keadaan begini. Dia gagal melindungi gadis itu. Dia rasakan seperti semua ini salahnya.
Qaira Najwa menundukkan wajah ke bawah sambil menahan esakan tangisnya. Malu, jijik, dan berdosa. Semua perasaan itu hadir dalam satu masa.
♔ ♔ ♔
"MACAM mana keadaan Qaira?" Tiba-tiba sahaja, soalan itu menyapa gegendang telinganya. Muhammad Mirza mengangkat kepala memandang ke arah gerangan suara itu.
Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an berdiri di hadapannya. Wajah Puan Liyana dipandang hiba. Muhammad Mirza menggeleng kepala tanda keadaan gadis itu tidak baik. Kini mereka bertempat di hospital swasta. Semalam, terus dibawa Qaira Najwa ke hospital walaupun gadis itu meraung tidak mahu. Dia faham apa yang dirasakan oleh Qaira. Sakit.
"Ya Allah..." Puan Liyana menekup wajahnya dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Air matanya merembes keluar. Kegagalannya sebagai seorang ibu menyebabkan dia berasa malu. Malu, marah kerana gagal melindungi anak gadisnya.
Muhammad Mirza menundukkan kepala ke bawah semula. Fikirannya kosong. Selepas hampir dua jam lamanya Qaira Najwa dimasukkan ke sebuah bilik di bawah pengawasan pihak hospital selagi itulah dia tidak akan pulang ke rumah. Sebentar tadi, dia baru sahaja menghubungi abangnya dan memberitahu hal sebenar berkaitan hal ini. Siapa tidak terkejut?
Dua buah ahli keluarga sudah mengetahui hal ini. Puan Liyana melabuh duduk di sebelah Muhammad Mirza berserta linangan air matanya. Esakan tangisannya kedengaran sangat sedih. İbu mana yang tidak sedih apabila anaknya ditimpa musibah?
"Apa yang dah berlaku sebenarnya? Macam mana boleh jadi macam ni?" Puan Liyana bersoal jawab dengan dirinya sendiri. Muhammad Mirza hanya mampu berdoa sahaja di dalam hati semoga Allah permudahkan urusan ini.
Tiba-tiba sahaja, ada sesuatu kedengaran kurang menyenangkan menyapa gegendang telinga mereka berdua.
"Pergi! Aku kata pergilah! Kau orang jangan sentuh aku. Aku tak nak kau orang sentuh aku..." Suaranya yang meninggi tadi kini mengendur berserta tangisan.
Puan Liyana menggelabah. Itu suara anaknya. Sudah tentu itu suara anaknya. Dia bangkit berdiri dan melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuni oleh anaknya. Muhammad Mirza turut sama bangkit berdiri tetapi, dia tidak dibenarkan masuk kerana harus mengikuti prosedur. Hanya doa sahaja yang dapat diiringi ketika ini.
Tiba-tiba sahaja, penumbuk dikepal ketat. Urat-urat saraf mulai timbul berserta amarahnya yang membara.
'Aku bunuh kau!' bisik hati jahatnya.
■ BERSAMBUNG ■
YOU ARE READING
𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)
Short Story♡ 𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝙈𝙚𝙣𝙜𝙞𝙨𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 tentang persahabatan akrab di antara Qaira Najwa dengan Muhammad Mirza, sejak kecil sehingga muncullah bibit-bibit cinta di hati Muhammad Mirza tanpa diketahui oleh si gadis itu. Apakan...