BAB 5

41 5 0
                                    

MUHAMMAD MIRZA melabuh duduk di atas kerusi meja makan. Abangnya yang turut ada bersama sedang memerhati dirinya sedari tadi sambil mengunyah perlahan roti goreng itu. Muhammad Mirza segera mencapai segelas susu yang berada di hadapannya dan terus diteguk perlahan. Usai minum dia mengangkat wajah memandang abang sulungnya itu.

"Kau dah kenapa asyik renung aku, hah?" soal Muhammad Mirza, selamba. Abangnya, Malik tergelak kecil sambil menghabiskan sisa makanannya di dalam mulut. Soalan apa itu?

"Kau nampak pelik," balas Malik, selamba. Berkerut dahi Muhammad Mirza mendengarkan hal itu. Pelik? Pelik apanya? Dia normal lagi ya.

"Apa kau merepek ni? Tak fahamlah aku. Pelik apa dia?" Muhammad Mirza menggeleng kepala dengan laju. Dia menindakkan hak itu. Malik ketawa sekali lagi. Lucu melihat perubahan pada wajah adiknya itu. Alahai, hendak menipu tetapi tidak pandai!

"Kau pelik sejak kebelakangan ini. Aku rasa aku tahu kenapa kau jadi macam ni." Malik menyandarkan badannya pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Matanya tidak lepas memandang wajah adiknya sedari tadi.

"Kau jangan nak mula!" marah Muhammad Mirza sambil merenung tajam wajah abangnya. Dia ini pun satu, tidak bolehkah melihat dirinya tenang sekejap?

"Kau murung sebab Qaira tak layan kau macam dulu, kan? Ya, sebab tulah perangai kau pelik sangat sejak akhir-akhir ni. Betullah kan?" Belum sempat Muhammad Mirza ingin membalas setiap perkataan abangnya terus mereka didatangi oleh orang tua mereka. Datuk Mu'tashim dan Datin Zulaikha segera melabuh duduk di meja makan bersama kedua-dua anak lelakinya.

Mulut Muhammad Mirza terkunci rapi tanpa berkata apa-apa. Cuma, lirikan matanya sahaja membalas setiap perkataan abangnya, Malik. Datuk Mu'tashim seperti kebiasaan akan ke pejabat manakala Datin Zulaikha pula ada perjumpaan persatuan di kejiranan mereka. Malik, usah dicakap. Dia selalu meluangkan masa bersama lukisannya di balkoni tingkat atas. Lukisan dengan dirinya seakan tidak boleh dipisahkan. Muhammad Mirza pula, sekolahnya diberikan cuti sempena cuti rehat bagi setiap pemain.

♔ ♔ ♔

HAMPIR beberapa minit Muhammad Mirza cuba untuk menghubungi Qaira Najwa tetapi gagal. Apabila di telefon, bukannya gadis itu yang menjawabnya tetapi operator. Sakit hatinya! Sudahlah hatinya merasa rindu yang teramat kepada gadis itu. Boleh dikatakan, dia tidak mahu berpisah dengan Qaira Najwa. Rindu, sayang dan cinta selalu bercampur-baur antara satu sama lain.

Usai makan sebentar tadi. Terus fikirannya teringatkan gadis kecil molek itu. Tanpa berputus asa, tetap didail juga nombor itu sehingga gadis itu menjawabnya. Bak kata para-para lelaki, 'Lelaki tiada erti berputus asa dalam mengejari perempuan'. Tup! Tup! Tup! Seperti tadi, operator yang menjawab panggilan tersebut. Nasib baik amarahnya ditahan-tahan sahaja.

"Kau ni, Qaira! Apasal susah sangat nak pick up phone, hah?" Telefon pintar berjenama Iphone 12 Pro dicampak ke atas katil. Dia meraup wajahnya seketika. Sekejap! Sekejap! Dia ada sesuatu yang harus dilakukannya sebelum ini.

Muhammad Mirza segera mendekati katil dan mencapai kembali telefon pintar tersebut. Terus dia memberi teks pesanan ringkas kepada rakan karibnya itu melalui aplikasi WhatsApp. Sudah lama dia tidak bertanya khabar kepada kawan karib lelakinya itu. Kini dia ada sesuatu yang mustahak untuk dilakukannya.

『―――――――――――――――――――
FARHAN                                 ☏  ✆  ┇
   ―――――――――――――――――

Asalamualaikum, Farhan. Aku ni, Mirza : MIRZA

FARHAN: Waalaikumussalam, bro! Lama tak tanya khabar kau. Macam mana, kau sihat tak?

Aku sihat, Alhamdulillah. Kau pulak? Sihat? : MIRZA

FARHAN: Macam biasalah, sihat. Kau kenapa tiba-tiba chatting aku? Mesti ada benda kan?

☻Pandai kau teka! Betullah tu : MIRZA

FARHAN: Semestinya! Aku kenal kau bukan tiga hari tapi tiga tahun kut!

Okey! Macam ni. Aku sebenarnya nak kau siasat budak yang bernama Haziq bin Khalid. Boleh kan? : MIRZA

FARHAN: Haziq? Kenapa weh? Macam mana kau kenal dia sedangkan kau dah pindah masa dia masuk sekolah tu.

Adalah! Aku nak kau siasat detail pasal dia. Confirm kau tahu dia budak macam mana, kan? : MIRZA

FARHAN: Okay, no problem! Nanti apa-apa aku bagitahu kau.

Okey, thanks bro! : MIRZA

FARHAN: Welcome bro!☻
―――――――――――――――――――

Mesej tersebut terhenti begitu sahaja. Muhammad Mirza menghela keluhan lega. Dia akan tahu tidak lama lagi, bagaimana lelaki itu sebenarnya. Nampak seperti buaya, lantaklah buaya air atau darat. Akan dia hentikan permainan lelaki itu sebelum terlambat.  Qaira Najwa tidak seharusnya menjadi mangsa lelaki itu. Dasar buaya!

Tetapi, apa yang dilakukan oleh Qaira Najwa ketika ini? Adakah dia berada di rumah? Tidur? Makan? Menonton televisyen? Atau... bermesra dengan lelaki firaun itu? Sakit hati saja bila terfikirkan hal itu.

♔ ♔ ♔

QAIRA NAJWA lekas menyarungkan kedua-dua belah kasut Snikersnya pada sepasang kakinya. Dia melaung menjerit memanggil nama Mak Senah dan meminta izin untuk keluar rumah. Dalam keadaan tergesa-gesa, tidak sempat Mak Senah ingin bertanya lebih lanjut terus dia melangkah pergi dari situ. Papa dan mamanya tiada di rumah kerana keluar outstation, mereka berdua kerja bersama-sama. Sibuk itu perkara biasa bagi mereka berdua.

Kerana itu juga Qaira Najwa lebih rapat dengan Mak Senah yang dianggap sebagai nenek kandungnya sendiri. Beberapa minit kemudian, Qaira Najwa segera melangkah masuk ke dalam kereta milik Haziq yang sedia menanti kehadirannya sedari tadi lagi. Mak Senah yang baru sahaja keluar dari dapur, mengintai dari jendela memerhati Qaira Najwa dan anak muda yang tidak dikenalinya itu. Naik risau dia!

"Sayang, jomlah kita pergi!" ajak Qaira Najwa sambil memakai safety seatbelt pada badannya. Haziq tersenyum manis kepadanya. Dia memutar stereng dan bersedia untuk beredar dari situ. Kereta BMW bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah banglo tiga tingkat itu.

Haziq segera mencapai jari-jemari milik Qaira Najwa dan diciumnya dengan lembut. Gadis itu tersenyum. Bahagianya dia bersama dengan orang yang dicintainya kini. Haziq bermain-main dengan jari-jemarinya. Dia membuka cerita manakala Qaira Najwa pula hanya mendengari tanpa mahu mencelah. Dia merenung seraut wajah milik Haziq. Segak orangnya. Sama seperti Mirza. Tiba-tiba sahaja, fikirannya teringat kepada kata-kata rakan baiknya itu.

"Betullah apa aku cakap. Aku rasa, aku lagi handsome daripada dia." Qaira Najwa segera tersedar dari lamunan apabila Haziq beberapa kali memanggil namanya sedari tadi.

"Sayang, dengar tak apa yang baby cakap tadi?" soal Haziq, manja. Qaira Najwa angguk kepala sambil tersenyum tipis. Bagaimana pula fikirannya boleh melayang teringatkan Mirza sedangkan baru kelmarin dia bersama dengan lelaki itu.

"Dengar," balas Qaira Najwa, perlahan. Haziq angguk kepala tanda baik. Sempat matanya mengerling ke sebelah. Dia curi-curi memandang wajah jelita milik Qaira Najwa dalam diam. Tetapi, pemanduannya tetap diteruskan dengan sebelah tangan lagi. Mereka berdua mendiamkan diri tidak lama kemudian. Sunyi sepi kembali.


■ BERSAMBUNG ■

𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)Where stories live. Discover now