BAB 7

19 5 0
                                    

TAP! Tap! Tap!

Ada seseorang melangkah masuk secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh sesiapa pun ke dalam sekolah itu. Tapak kasutnya berbunyi seiring dengan langkah kakinya. Senyuman sengit mulai terukir pada wajah kacaknya. Ini baru betul. Inilah dirinya yang dulu. Seorang yang licik, bijak dan sukar dikawal oleh sesiapa pun.

Pintu dewan renang ditolak, perlahan. Sempat dia bersiul sambil melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Dari situ, anak matanya sudah menangkap seseorang yang sedang berenang menggayakan pelbagai jenis gaya renang seperti gaya dada, gaya sisi, dan 'gaya anjing mengayuh.' Senyumannya semakin lebar tatkala mengenangkan tujuan asalnya menjejakkan kaki ke sini.

"Budak renang rupanya," teka Muhammad Mirza lantas berjalan menghampiri sisi kolam renang. Anak matanya jatuh ke bawah. Tuala, botol air mineral dilihatnya sekilas lalu.

Sejurus kemudian, perenang tadi mulai berenang ke arahnya tanpa perasan akan kewujudannya di situ. Muhammad Mirza hanya memerhati. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Kedatangannya hanya satu sahaja dia ingin berurusan dengan perenang itu. Semasa perenang itu mulai berada di sisi kolam renang dan ingin mencapai tualanya. Dia tergamam seketika apabila tangannya dipijak oleh seseorang.

Kepala didongak memandang ke atas. Terpampang wajah seseorang yang cukup dikenalinya. Air mukanya mulai berubah.

♔ ♔ ♔

KAKINYA segera diangkat sambil membuat muka toya. Sakitkah? Ada dia kisah? Lidah ditolak ke sisi pipinya. Anak matanya tajam menikam wajah Haziq yang masih lagi berada di dalam kolam renang. Haziq menjeling tajam lantas berkata.

"Kau buat apa kat sini?" Dingin suaranya menyapa. Muhammad Mirza tergelak kecil mendengarkan soalan itu.

"Saja datang jenguk sekolah lama aku. Tak salah, kan?" sinis tutur bicara Muhammad Mirza kali ini. Haziq tiba-tiba ketawa.

"Hahaha! Aku tak rasa kau datang sini sebab rindukan sekolah lama kau. Straight to the pointlah. Apa kau nak sebenarnya?" Haziq menongkat dagu pada kedua-dua belah tangannya di sisi kolam. Dia memandang seraut wajah Mirza yang baginya tidaklah kacak sangat pun.

"Straight to the point?" Ulang Muhammad Mirza sebaris ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu. Dia menyilang tangannya di dada seraya memandang tepat pada wajah puaka itu. Baiklah!

"Okey! Aku datang sini bukannya niat nak cari gaduh. Cuma... aku nak kau putuskan hubungan kau dengan Qaira." Muhammad Mirza membetulkan posisi badannya dengan mencangkung agar dia mudah berkomunikasi dengan lelaki itu.

Haziq tersenyum sinis. Senang-senang saja lelaki di hadapannya ini mahu dia putuskan hubungan dengan Qaira Najwa? Mana boleh. Hubungannya tidak sampai pun beberapa bulan, sudah dipaksa untuk putus. Sememangnya dia tidak mahu. Gila agaknya lelaki ini.

"Kau gila ke? Eh, mana boleh bro! Kita orang bercinta tak sampai sebulan kut. Apa masalah kau sebenarnya?" Haziq mulai menunjukkan sifat sebenarnya yang selama ini hanya berpura-pura mesra dan baik. Muhammad Mirza geleng kepala lantas berkata.

"Aku waras sebab tulah aku nak kau putuskan hubungan kau dengan dia. Kenapa? Susah sangat ke Haziq?" sinis bicara Muhammad Mirza, kali ini. Haziq seakan berang dengan permintaan itu.

"Apa masalah kau sebenarnya? Asal kau nak aku putuskan hubungan aku dengan dia?" soal Haziq, dingin. Muhammad Mirza bangkit daripada bercangkung dan beralih tempat menuju ke sebuah bangku yang tidak jauh daripadanya.

"Kau tak perlu tanya aku kenapa. Sebab, kenapa, aku rasa kau tahu sebabnya kenapa aku cakap macam ni, Haziq." Muhammad Mirza sengaja berkata sedemikian. Dia mahu tahu sejauh mana lelaki itu mahu membohongi Qaira Najwa.

"Apa kau cakap? Aku tak faham." Haziq tidak mahu mengalah. Dia berpura-pura tidak faham sedangkan dia sudah dapat menangkap apa yang mahu disampaikan oleh lelaki itu sebenarnya.

"Ooo... tak faham? Aku pun lagilah tak faham apa yang kau buat semasa kau masih lagi bersekolah kat sekolah lama kau." Sebaris senyuman mulai terukir pada wajahnya. Haziq ketawa sambil menggeleng kepalanya. Apa sebenarnya yang berlaku?

"Apa yang kau nak cakap sebenarnya?" Haziq segera mencapai botol air mineral lantas dibuka penutup botol. Diteguk air mineral itu sehingga tinggal separuh. Nampak gayanya lelaki ini seakan banyak mengetahui mengenainya.

"Macam aku cakap awal tadi. Niat aku datang sini bukannya nak bergaduh, cuma nak kau jauhkan diri kau daripada Qaira. Dia tak sesuai dengan manusia keparat macam kau."

Sebaik sahaja Muhammad Mirza menghabiskan kata-katanya lantas...

Zurp!

Botol air mineral melayang ke arah Muhammad Mirza. Nasib baik dia sempat mengelak jika tidak habis wajah kacaknya rosak disebabkan oleh perbuatan tidak berperikemanusiaan itu tadi. Dada Haziq berombak marah. Tiba-tiba sahaja perasaannya berubah sekelip mata menjadi seorang yang pemarah.

"Puas hati kau, Haziq? Kalaulah Qaira tahu perangai kau mengalahkan anjing. Aku rasa dia confirm tak nak kat kau. Kau faham maksud aku, tapi kau pura-pura tak faham. Apa yang kau cuba sorokkan sangat daripada kita orang, hah? Cakaplah..." Kata-kata itu bagaikan panahan petir buat Haziq. Kurang ajar!

"Kau berambuslah!" tengking Haziq, lantas menumbuk sisi kolam menggunakan tangannya. Amarahnya benar-benar dicabar oleh lelaki tidak guna itu.

"Aku boleh berambus tapi, perbuatan lampau kau mencerminkan diri kau yang sekarang. Aku nak kau putuskan hubungan kau dengan Qaira. Aku tak nak kau ada hubungan dengan dia. Faham!" Muhammad Mirza juga bertegas dengan kata-katanya. Jangan harap dia mahu membiarkan hubungan toxic itu kekal selama-lamanya. Dia tidak mahu hati Qaira Najwa tersakiti.

Haziq menabur sumpah seranah terhadapnya tetapi dia tidak hiraukan. Muhammad Mirza segera berlalu pergi dari situ. Tetapi kata-kata Farhan mulai bermain di kotak fikirannya.

"Kalau kau nak tahu. Haziq tu, pernah ada kes mengandungkan seorang gadis semasa di sekolah lama. Aku tak pasti sama ada gadis tu okey atau tak. Aku tak tahulah cerita ni betul atau hanya khabar angin. Tapi... memang dia jenis pelik sikit. Jadi, terpaksalah jugak aku ceritakan hal ni kepada kau."

■ BERSAMBUNG ■

𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐅𝐈𝐑𝐀𝐔𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 (✓)Where stories live. Discover now