+09

89 34 14
                                    

Kot sejuknya dipakai. Selepas selesai memakan ramen didalam kedai 7Eleven tadi, reda sedikit kemarahan Harlen.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi petikan gitar yang sangat merdu. Kaki bergerak pantas, mencari dari mana datang bunyi itu.

Berjalan, berjalan, dan berjalan, akhirnya kakinya berhenti, sudah jumpa sumber bunyi itu.

Terdapat sekumpulan lelaki yang sedang bermain alat muzik tapi wajah lelaki yang sedang bermain gitar itu membuatkan Harlen sedikit sebanyak terkejut. Ianya lelaki yang sama di perpustakaan pagi tadi. Apa nama dia? Punggung?

Sebaik saja lagu itu habis dimainkan, iris mata lelaki itu naik, berjaya mencari renungan mata Harlen yang berada ditengah-tengah orang ramai.

Apabila perasan yang Harlen sudah mahu pergi, cepat-cepat Jungkook mengejarnya.

Gitarnya diberi pada rakannya, Jaman, pemain piano didalam kumpulan mereka, Bengten.

"Eh, kau nak pergi mana— Kook!" Jerit Jan dan Jing serentak, abang kembar kepada Jaman, tapi langsung tidak dilayan Jungkook. Jaman menggelengkan kepala, pergi menepuk bahu Jan dan Jing. Matanya memberi isyarat, 'Biarkan lah dia, Kook dah tak single.'

Semakin dekat Jungkook berlari, kot baju perempuan itu langsung ditarik perlahan, cukup untuk membuatkan Harlen berhenti.

"K-Kenapa awak lari?"

Please, Sing Me A Song | GoogieWhere stories live. Discover now