+15

69 33 3
                                    

"Sorry! Sorry! Maaf lambat. Motor buat hal tadi. Awak tunggu lama ke?"

Harlen yang sedang sedap meminum susu kotak, terus tersedak apabila Jeon Jungkook yang memakai baju kemeja kuning tuck in seluar jeans, kacak dan segak seperti dia mahu pergi ke candlelight dinner, datang menerpa tanpa menyapa.

Harlen yang sedang sedap meminum susu kotak, terus tersedak apabila Jeon Jungkook yang memakai baju kemeja kuning tuck in seluar jeans, kacak dan segak seperti dia mahu pergi ke candlelight dinner, datang menerpa tanpa menyapa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"K-Kau.. Kau.." Harlen gagap. Senyuman Jungkook jatuh, kening kanannya dijungkit, membuat muka tanda tanya.

"Kau! Kenapa kau masih tak nak menyanyi untuk aku? Aku minta nyanyi satu lagu je, lagipun kau yang suruh tak payah bayar!"

Pelanggan didalam restoran itu terus mula memandang ke arah mereka berdua, suasana yang bising itu bertukar sunyi sepi, Harlen pula sudah menundukkan kepala, perasaan malu mula datang menyerang, mahu saja dia menyumbat kepala di dalam tong sampah sekarang.

Aarrgghh! Harlen, apa yang kau dah buat?!

Tapi lain pula reaksi Jungkook. Lelaki itu hanya tersengih suka seraya melabuhkan punggung diatas kerusi.

"Itu soalan pertama yang awak tanya saya? Tak ada soalan atau pujian macam, 'Awak sihat ke?' atau 'Awak nampak kacak sangat hari ni', hm?"

Melihat wajah Harlen yang sudah mencuka, membuatkan Jungkook ketawa kecil sebelum terus menukar topik.

"Saya bukan tak nak menyanyi untuk awak— Sebenarnya, saya nak sangat, cuma.." ujar Jungkook sekali nafas.

"Cuma? Kau takut aku kecam ke? Jangan macam tu! Aku—"

"Bukan ke ianya lebih seronok kalau awak yang tuliskan lirik lagu tu? Awak tulis lirik, saya nyanyi, boleh ke?" Sambungnya membuatkan Harlen terus terdiam.

Harlen berdiam diri buat seketika, bibir bawahnya digigit sebelum perlahan kepalanya mengganguk setuju.

"Uhm.. aku boleh cuba. Tapi kau serius, kau akan menyanyi? Kau dah buat perjanjian dengan aku, kau tak boleh tarik diri dah tau!" Jungkook mengangguk saja. Sengaja dia buat begitu kerana teringat wanita itu pernah beritahu dia pernah ada minat dalam bidang muzik tapi terpaksa berhenti sebab kesukaran hidup. Dia perlu belajar tapi— itu jelas sekali pelajaran bukan kepakaran Harlen.

"Okey! Nanti bila aku dah siap tulis lirik tu, aku akan hantar pada kau. Bagi aku sedikit masa tapi kau kena janji, kau kena menyanyi! Kalau kau ungkir janji, aku akan panggil abang bomba, tembak kau dengan air pam besar dia pSHUHHH—"

Terlepas tawa besar Jungkook. Wanita ini tiada idea langsung, betapa drastik nya perubahan yang dia telah buat didalam kehidupan seorang Jeon Jungkook sekarang.

"Kenapa kau gelak? Ada nampak mummy happy ke?"

Please, Sing Me A Song | GoogieWhere stories live. Discover now