+16

75 29 2
                                    

Harlen memegang plastik yang penuh dengan barangan yang baru dibeli oleh Jungkook dari kedai alat tulis sebentar tadi. Katanya, saja mahu memberikan Harlen persediaan untuk menulis lirik lagu untuknya nanti.

Harlen pulang ke rumah dengan menumpang kereta Jungkook. Jangan fikir lain, Jungkook yang minta izin untuk benarkan dia membawa Harlen pulang ke rumah, jadi— ugh, biarkan saja lah!

Sesampai saja kaki perempuan itu mendarat diatas tanah rumahnya, kelihatan ramai orang berkerumun di hadapan rumah, seakan sedang membuat rumah terbuka.

Tapi kenapa pihak ambulans dan polis juga ada?

Harlen sudah mula berfikiran negatif. Oh tuhan, tolong jangan apa-apa kan ibuku. Itu saja yang didoakannya sampailah mata dia sendiri yang menyaksikan..

Dua orang pegawai polis, menyeret tubuh ibunya yang sedang meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lepaskan aku! Aku kena bunuh lelaki tu--"  Puan Oh terdiam saat matanya bertembung dengan Harlen.

"Omma.." baju Puan Oh penuh dengan kesan darah.

"H..Harlen.. Anak omma.." riak wajah ibunya terus bertukar lembut. Senyuman lebar terukir dibibir wanita tua itu.

Tetapi Harlen hanya mendiamkan diri, langsung tidak menjawab panggilan ibunya. Dia sibuk memerhati kawasan sekeliling, memerhati pihak ambulans yang sedang mengangkat mayat seseorang keluar dari rumahnya. Tangan mayat itu terkeluar dari plastik beg mayat, seutas jam tangan berjenama Rolex kelihatan jelas.

Jam itu.. milik Tuan Oh.

"Harlen, omma dah berjaya, sayang. Omma dah berjaya buang kutu tu dari hidup kita! Kali ni, omma dah pastikan, dia takkan kembali lagi. Kamu dah boleh ada kehidupan yang normal seperti budak-budak yang lain! Isn't I'm a great mother?"

Please, Sing Me A Song | GoogieWhere stories live. Discover now