'That moon looks lonely
Feels like it's crying brightly in the night sky
Even though I knew it was going to be morning one day
I wanted to stay in your sky like a star'•••
Jungkook
Baru saja mahu berjalan keluar dari perpustakaan awam yang aku pernah menjadi pengganti Haechan, pergerakan aku langsung terhenti.
Senyuman kecil terukir dibibir ku tatkala mata melihat buku kecil berwarna biru, masih lagi terletak sempurna dirak buku itu, seperti kali pertama mereka bersemuka.
Nafas berat dihela. Aku teruskan pergerakkan aku, melangkah keluar dari perpustakaan itu dengan hati yang remuk.
•
•
•December 24, 2021.
"Kau dengar tak? Jeon?" Apabila terdengar nama aku dipanggil seraya bahu ku disentuh seseorang, membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang.
"Kau okey tak ni? Kalau kau tak okey, kita boleh berhenti-"
"T-Tak, kita sambung. Aku okey." Pantas aku menjawab.
Jaman, Jing dan Jan mengangguk faham, pantas saja mereka kembali ke peralatan muzik masing-masing, menunggu aku untuk naik ke atas pentas kecil didalam open bar itu bersama mereka.
DINGELILING!
Loceng di pintu berbunyi, menandakan pelanggan baru masuk, tidak diendahkan langsung. Wajah dia asyik bermain di dalam fikiran aku. Aku melepaskan keluhan berat sebelum kembali ke atas pentas dengan senyuman manis. Fokus, Jungkook.
Apabila instrumental lagu dimainkan, mata aku dipejam, tangan naik memegang mikrofon berdiri yang digunakan, bibirku terbuka, dari situ, lantunan suara merdu ku keluar, aku.. mula bernyanyi.
날 바라보는 희미한 미소 뒤편에
아름다운 보랏빛을 그려볼래요
서로 발걸음이 안 맞을 수도 있지만
그대와 함께 이 길을 걷고 싶어요
Still with youAku membuka mata sebaik saja lagu itu habis dimainkan, melihat orang sekeliling yang mula memandang ke arah kami dengan senyuman lebar dibibir mereka.
When will it be?
Aku tersenyum kecil, memberi kata terima kasih sebelum turun dari pentas dan tanpa membawa kot sejuk ku, terus melangkah keluar dari bar itu.
Salji..
Salji, musim kesukaan Harlen.
Harlen, aku sudah nyanyikan lagu untuk kau, tak disangka, pada masa yang sama salji sudah turun. Tapi sayang.. kau tiada disini. Kau tak ada untuk menyaksikan semua ini. Kau terlepas.. lagi sekali.
If I face you again,
Hah.. Kau kata, kau nak dengar apa yang aku nak cakapkan nanti. Tapi sekarang macam mana? Sekarang macam mana Harlen?
Macam mana kau nak dengar luahan hati aku? Macam mana kau nak dengar aku katakan, bagaimana aku suka tengok wajah kau yang baru bangun tidur? Macam mana kau nak tahu tentang betapa sukanya aku dengar kau membebel dan bergaduh dengan Jan dan Jing? Macam mana kau nak tahu, aku sebenarnya suka ramyeon hangus kau. Walaupun ramai orang tak suka, tapi aku suka. Aku akan sentiasa suka. Sebab dia rasa manis dan unik, macam senyuman kau.
I will look into your eyes,
Oh Harlen.. Macam mana kau nak tahu.. aku ada perasaan pada kau?
Kau boleh tahu ke? Atau kau menyesal kerana tak dengar?
Gila. Sudah 4 tahun. Kau bayangkan, sudah 4 tahun kau pergi dan aku masih tak boleh lupakan kau, Harlen. Pada awal pertemuan kita, aku dapat rasakan yang kita akan bersama. Bodoh, kan? Tapi perasaan itu kuat. Kau pun dapat rasakannya, kan? Tapi kenapa..
And say I missed you.
Empangan airmata aku sudah pecah lagi sekali tapi kau masih tak ada. Harlen.. Oh Harlen, aku rindukan kau. Aku sayangkan kau. Aku.. Minta maaf. Aku minta maaf, aku sepatutnya ada dengan kau tapi aku tak ada. Aku tiada disana apabila kau didapati dibunuh di dalam sekolah itu. Aku minta maaf, aku tak dapat nak tahan diri daripada layangkan penumbuk sulung aku pada wajah guru kanan pengetua sekolah itu, apabila dia sendiri mengaku dia yang bunuh kau. Aku rasa macam nak bunuh dia pula. Aku tak boleh terima. Aku tak boleh lupakan kau. Aku minta maaf, aku minta maaf, Harlen.
"Kook.." Jing dan Jan sudah memeluk aku dari belakang, cuba untuk menenangkan aku yang sudah menangis tidak ubah seperti orang hilang akal. Tubuh aku yang hanya memakai sweatshirt, tiba-tiba dibalut dengan sebuah jaket tebal, menghangatkan diri aku. Jaman yang menyarungkan jaket itu pada tubuhku, memberi aku sebuah senyuman tipis, dan menepuk bahuku perlahan.
Dan ketika itu, aku tersedar.
Aku cintakan kau, Harlen. Aku.. cintakan kau. Aku cintakan kau setiap waktu, setiap saat, setiap masa.
Oh tuhan.. Jikalau lah benar, setiap manusia dilahirkan dengan teman sejiwa, sudah itu.. mengapa Tuhan ambil kau semula?
THE END
= Notes =

WALAWEH AKU BUAT ENDING SAD LA AJVSJSVAJAHAAJHAJAHA korang jangan lah marah, aku bukan jhope, pencinta dan penyayang readers, aku hanyalah jnope, si pembuat cliffhanger dan pemusnah harapan readers HAGSJAHAHAHAHH MEH SINI JINNIE SHARE KISSEU AHVSJSBAJABAHAHAAHHAHA

Kau tahu, aku menangis buat chapter ni semalam lepas habis tengok Our Beloved Summer ep 8. Pasalnya, ending ep 8 tu happy, yang aku taip ni sedih namampus EH NI SEMUA SALAH HANAFI SIKAT TEPI ARDGHHHHHH 😭💔💔

Apapun, terima kasih sangat-sangat pada korang yang baca dari awal sampai tamat. Lama gila aku nak kumpulkan idea, pastu rewrite balik, dapatkan semangat nak menaip itu ini, sekarang dah nak akhir tahun 2021 dan semuanya akan menjadi kenangan je. KEJAP AKU TAKLEH MOVE ON, ESOK BIRTHDAY TAEHYUNG, BAGI AKU NANGIS LAGI SEKALI


Weh, serius aku rasa berat hati nak tamatkan cerita ni 😭😭😭 my favorite story, inspired by my favorite song, Still With You 🎤❤️
THANK YOU SEMUA YANG BACAAA AI LUBB UUUUU 💜💜💜💜❤️❤️❤️❤️❤️! Kita berjumpa lagi pada buku seterusnya! Papaiiii! ❤️❤️❤️

Mula: 28 March 2021 | Ahad
Tamat: 29 December 2021 | Rabu
Please, Sing Me A Song written by ©pottaetto
YOU ARE READING
Please, Sing Me A Song | Googie
Short StoryJikalau benar, perasaan ini nyata, sudah itu.. mampu ke kita bersama? Copyright © 2021 by pottaetto | COMPLETED