"Ugh! Kenapalah bodoh sangat perempuan ni?! Pergi jelah sapa mamat tu—"
"HARLEN. SENYAP." Sudah hampir tiga kali amaran diberi, ianya langsung tidak dimakan Oh Harlen.
Kedegilan perempuan ini, ehm.. lebih teruk daripada kerbau!
Harlen menggaru leher sambil tersengih tidak bersalah. Langsung tidak terasa dihati akan amaran itu, welp, ini bukan kali pertama dia diberi amaran sebegitu.
"Tak best lah buku ni. Cari buku baru lagi bagus," buku yang bertajuk Crush Aku Anak Pengetua terus saja diletakkan ditempat asalnya semula. Kakinya bergerak ke arah rak buku yang lain, mata fokus mencari buku yang terbaik mahu dibaca.
Dagunya mendongak naik, melihat buku-buku di atas rak itu.
Oh! Ada sebuah buku kecil berwarna biru yang telah menarik perhatiannya.
Ini pertama kali dia nampak buku yang seperti itu. Kelihatan seperti ianya tidak pernah dibaca sesiapa kerana habuk diatas buku itu telah membuktikannya.
Harlen menjungkit, mahu mencapai buku itu tetapi ianya terlalu tinggi! Ugh.. Keinginan mahu menyentuh kulit buku itu pun tidak kesampaian kerana ketinggiannya yang tidak ubah seperti smurf.
Okey, mungkin tidak seperti smurf tapi—
"U-Um.. perlukan bantuan ke?"
YOU ARE READING
Please, Sing Me A Song | Googie
Short StoryJikalau benar, perasaan ini nyata, sudah itu.. mampu ke kita bersama? Copyright © 2021 by pottaetto | COMPLETED