Sudah masuk minggu ke empat Harlen pindah ke rumah Jungkook. Yep, Jungkook dan Harlen menjadi roommate yang tidak berbayar disebabkan Harlen baru habis belajar. Gadis itu harus tunggu beberapa bulan untuk dapatkan sijil kelayakan dan sijil penghabisan sekolahnya.
Dan.. Jungkook okey dengannya. Jungkook okey? Ehh??
Pelik. Kenapa Jungkook tak pernah nak berkatakan 'tidak' padanya? Kenapa dia benarkan gadis itu pindah bersamanya dan sanggup menghalau ahli kumpulannya (Jan, Jing dan Jaman) ke sebuah motel dengan alasan, "Aku kesian dekat dia."
Yang pasti, ini bukan kerana simpati. Jeon Jungkook pasti ada simpan sesuatu disebalik rambut mangkook dia.
Hmmm.. Menarik, menarik..
•
•
•"Jing, kau tengok dia. Dia jelas sekali tak tahu yang aku boleh baca minda orang, kan? Jeon, sekarang aku dah ada kuasa Avatar, kau tahu! Kau takkan boleh berjaya tipu kitaorang—"
"Ye? Dah tu cubalah baca minda Mona Lisa, nak juga tengok kau jumpa apa." Cabar Jungkook dengan sebuah senyuman senget. Ohhh, sekarang Jungkook dah pandai kenakan orang eh! Belajar dari Harlen lah ni!
Reaksi 'kau gila ke apa?' tertampal diwajah Jan, mengundang tawa kecil dari Jing.
"Itu bukan orang—"
"Jan, biarlah dia. Bila orang dah mabuk cinta, ginilah cerita nya. Tak boleh buat apa dah, kita hanya boleh harapkan dia kahwin cepat je," kini giliran Jaman pula yang datang menyampuk perbualan mereka. Terlepas langsung tawa besar milik Jungkook. Terkekeh-kekeh mereka berempat.
Jing yang sedang sedap berbaring di atas tilam milik Jungkook, terus bangun. Dia menilik wajah Jungkook yang masih sedang tergelak besar sebelum suaranya menghentikan tawa milik lelaki itu.
"Kau pasti ini bukan cinta, Jeon? Sebab dari apa yang aku perhatikan, kau dah mula tertawa seperti orang normal semula dan.. kau tuliskan lagu untuk dia," lelaki itu terdiam buat seketika. Kini, Jaman, Jan dan Jungkook memberi seratus peratus fokus pada ayat seterusnya.
"Instrumental, lirik, hell, kau even bagi dia duduk satu rumah dengan kau walaupun dia tak ada kena mengena dengan kau—"
"Dia kawan aku, Jing. Kau pun akan buat perkara yang sama kalau kau jadi aku." Potong Jungkook dengan nada suara yang mendatar.
"Okey, itu aku faham. Tapi, masih lagi pelik bagi aku kalau nak dicakapkan, sebab walaupun kitaorang pernah bercinta, tak pernah lagi salah satu antara kami bertiga tulis lagu untuk sesiapa, kan? Kan?" Soal Jing, memandang Jaman dan Jan, mendapatkan anggukan setuju dan agresif dari mereka berdua.
Kini, Jing menoleh semula ke wajah Jungkook.
"Kau.. tak sedar ke yang kau sedang taruh perasaan cinta pada dia?"
•
•
•"Aku nak ambil kau pulang selepas hantar semula barang Jan. Ada sesuatu aku nak cakapkan." Ujar Jungkook tanpa memandang Harlen, matanya memandang hadapan, fokus pada jalan raya.
"Hmm.. nak cakap benda serius ke? Kau selalu tak macam ni, kenapa tiba-tiba? Kau okey?" Telapak tangan Harlen naik menyentuh kulit dahi Jungkook. Buatkan tubuh lelaki itu tegang buat seketika, masih tidak boleh terbiasa dengan sentuhan Harlen.
"T-Tak serius pun.. Aku c-cuma risau.." ya tuhan. Kau gagap lagi sekali, Jeon!
"Ohh, kalau macam tu, kau boleh cakap masa aku dah balik rumah nanti. Alah, kita kan duduk satu bumbung. Kau nak cerita apa-apa dengan aku, bila-bila masa pun boleh, okey?"
Kereta berhenti. Sudah sampai dihadapan sekolah milik Harlen. Jungkook melihat kawasan sekeliling, kelihatan sekolah itu sangat sunyi. Enjin kereta dimatikan.
"Aku ikut kau—"
Harlen tersenyum kecil. Lengan lelaki itu dipegang, wajah manisnya naik melihat wajah terkebil-kebil Jungkook.
"Kau tak perlu risaulah, Kook. Aku dah okey, betul. Kau dah tolong aku banyak. Untuk kali ni, biar aku jaga diri sendiri. Kau tu.. Nak kena pandai jaga diri sendiri. Makan, tidur.. Haih apalah kau nak buat bila aku takde nanti? Penat lah aku nak jadi babysitter kau, bukannya dapat duit pun." Bebel Harlen penuh dengan gurau senda, mengundang tawa dari Jungkook. Senyuman manis itu terukir di wajahnya lagi, sebelum gadis itu melangkah keluar dari perut keretanya.
Enjin kereta dihidupkan semula. Harlen berpaling kebelakang, memanggil Jungkook yang masih berada didalam kereta.
"Satu lagi, Jeon!" Jungkook yang baru mahu beredar dari kawasan hadapan sekolahnya, terus matanya naik melihat Harlen yang sedang berdiri diluar keretanya.
Senyuman dibibir wanita itu.. sungguh tidak dapat dilupakan.
"Jangan jadi pelupa sangat! Nanti kau terlupa aku juga HAHAHAHAHAHS! Byeee! Jaga diri! MUAAAAH!" Flying kiss paling besar di lempar pada Jungkook sebelum gadis itu dengan malunya terus berlari, figura itu hilang disebalik bangunan sekolah.
YOU ARE READING
Please, Sing Me A Song | Googie
Short StoryJikalau benar, perasaan ini nyata, sudah itu.. mampu ke kita bersama? Copyright © 2021 by pottaetto | COMPLETED