Tubuh wanita yang sudah terkulai diatas lantai simen itu disepak sekali sebelum lelaki itu berkata,
"Kau tahu, aku gembira kita tak berkahwin semula. Sebab kau memang layak jadi--"
BRAH!
Pintu utama rumah mereka tiba dibuka secara mengejut. Wajah terkejut Harlen melihat kondisi ommanya terus berubah 100 persen saat anak matanya bertembung dengan ayah kandungnya sendiri.
"Sialan punya orang tua! Kenapa kau datang sini? Apa isteri kesayangan kau tu dah cacat ke sampai tak mampu nak hidangkan kau makanan lazat lagi?!" Tanpa banyak bacot, Harlen terus menyembur semua ayat yang sudah lama terpendam didalam hati.
Ah, biarlah. Ini bukan pertama kali dia berkata kasar dengan ayahnya. Orang biadap, buat apa nak tunjuk hormat?
Tuan Oh melepaskan decitan kasar melihat amarah anak perempuannya. Budak tak matang.
"Kau dengan mak kau, dua dua sama saja. Murah. Sudahlah. Aku balik dulu,"
"Baliklah! Pergi cepat atau aku akan binakan kau rumah 6 kaki kebawah!"
BUM!
Pintu utama itu dihempas. Kaki Harlen terus bergerak pantas ke arah tubuh ommanya, membantu wanita tua itu berdiri.
"Omma.. kenapa omma tak pernah nak melawan balik? Kenapa omma selalu layan dia baik? Dia dengan omma dah takde apa-apa hubungan!" Wajah Harlen memerah memarahi ibunya tapi wanita tua itu hanya membalas dengan senyuman lemah.
"Dia masih ayah kamu, Harlen.."
Harlen menggeleng pantas. Tanpa sedar matanya mula berkaca.
Kenapa? Kenapa ibunya terlalu lemah untuk melawan ayahnya? Adakah semuanya disebabkan dia?
Sebaik saja melihat wajah mendung anaknya, tubuh Harlen terus ditarik masuk ke dalam pelukan hangat si ibu. Rambut hitam perempuan itu diusap lembut.
I'm sorry.
Kalaulah, mereka tidak berjumpa, pasti hidup Harlen tidak akan sengsara begini. Pasti, dia akan ada kehidupan yang sama seperti kawan-kawannya di sekolah.
Selepas berkahwin dengan Tuan Oh, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Oh Harlen.
Tetapi kebahagiaannya tidak bertahan lama, Tuan Oh sudah hilang perasaan cinta.
Mereka berpisah secara baik, tetapi Puan Oh tidak mampu menerima kenyataan. Dengan bodohnya, dia asyik kembali ke atas katil bekas suaminya.
Tuan Oh memberi satu cadangan, disebabkan dia tidak mahu berkahwin dengan Puan Oh lagi, dia bercadang mahu menjadikan wanita itu sebagai perempuan simpanannya. Kerana terlalu ingin bersama dengan lelaki itu, Puan Oh lantas menerima cadangan itu.
Dia hanya berharap, agar dalam tempoh masa mereka bersama, dia dapat meraih kembali perasaan cinta lelaki itu.
Malangnya, perkara itu tidak berlaku.
"Harlen. I've made a mistake and didn't want you to do the same too. Tolong, jaga diri."
YOU ARE READING
Please, Sing Me A Song | Googie
Short StoryJikalau benar, perasaan ini nyata, sudah itu.. mampu ke kita bersama? Copyright © 2021 by pottaetto | COMPLETED