+10

77 34 4
                                    

Harlen tersengih.

Hujung kot bajunya yang hanya dipegang Jungkook sedikit, ditarik daripada genggamannya.

"Wah, tak sangka kita jumpa lagi— Encik..." Perkataan encik itu ditarik panjang, otak cuba untuk mengingat kembali nama lelaki itu.

"Jungkook. Jeon Jungkook."

"Tsk, aku tahulah. Apa kau fikir aku ada demensia ke?" Biji mata diguling, matanya menjeling tajam wajah Jungkook yang sudah tersengih nakal, cepat-cepat dia menukar topik.

"Kau buat apa dekat tepi jalan sana? Bukan ke kau kerja dekat perpustakaan tu? Macam mana boleh tiba-tiba berada dekat tepi jalan sana? Kena buang kerja ke apa?" Jungkook tertawa, memukau pandangan Harlen dengan senyumannya.

Kenapa senyuman itu tampak sangat.. gembira? Dia gembira dengan aku?

Lamunan Harlen terhenti saat wajah Jungkook datang menerpa. Jangan cakap jantung berdegup kencang, kepala lutut pun sudah bergoyang.

"Hei, awak dengar tak?"

"A-Apa? Maaf, sini bising sangat tadi, aku tak dengar. Ulang semula,"

Nasib baik tadi semasa dia menatap wajah sempurna Jungkook, ada seseorang melepaskan beberapa das tembakan mercun ke langit. Cukup kukuh lah alasan itu untuk menyembunyikan perasaan malunya yang sudah meningkat tahap ayah pin.

Jungkook tersenyum lebar, lantas hujung lengan kot wanita itu ditarik, membawa wanita itu ke suatu tempat yang lain.

Please, Sing Me A Song | GoogieWhere stories live. Discover now