+18

70 31 9
                                    

"Harlen.." nama perempuan itu dipanggil.

Senyap.

"Harlen, awak dah tidur ke?" Tidak berjawab lagi, hanya tangan Harlen yang keluar dari selimut itu, membuat aksi 'shuh!', menghalau Jungkook.

Orang sedang sibuk melayan perasaan sedih ni, jangan kacau lah!

Jungkook teragak-teragak mahu melabuhkan punggungnya di atas tilam, betul-betul disebelah tubuh Harlen.

Jungkook gelabah. Dia tak tahu antara nak tolong gadis itu keluar dari kepompong kesenduannya atau nak keluar terus dari bilik, seperti mana yang Harlen suruh?

Tak. Dia sudah bertekad, tak mahu lagi melihat Harlen sengsara.

Punggungnya dilabuhkan diatas tilam empuk itu. Tubuh Harlen beralih sedikit saat tersedar Jungkook tidak pergi seperti mana yang dia suruh, tetapi, lelaki itu berada disebelah, sedang cuba untuk memujuk dirinya.

"Awak masih menangis ke?" Okey, itu satu  soalan yang sangat bodoh Jeon Jungkook.

Jungkook cepat membetulkan nada tekak suara dan kedudukan punggungnya diatas tilam itu, mangkuk ditangannya dipegang kuat, takut terjatuh.

"Uh.. Saya ada buat Bingsu strawberi. Awak nak?" Melihat Harlen tidak memberi apa-apa reaksi, Jungkook gelabah menyambung ayatnya.

"A-Awak jangan risau! Takde racun! Semuanya bersih! Hanya ais cukur, sirap coklat dan beberapa ketulan strawberi hehehe.." dia mengharapkan ada sebarang balasan tetapi Harlen tidak menjawab, hanya kedengaran esakan kecil darinya saja. Jungkook menggigit bibir bawahnya, dah tak tahu nak cakap apa lagi. Hujung bajunya digenggam.

"Saya.. Saya tak tahu benda ni betul ke tak, tapi ada orang pernah kata.. aiskrim boleh kurangkan rasa rindu— Eh!"

Jungkook terkaku. Wadahek? Oh tuhan, dia terasa mahu celup kepalanya dalam lubang jamban saja sekarang! Dia baru terlepas cakap! aRRGHH!

"T-Tak! Maksud saya macam perasaan gembira, sedih, marah— eh marah? Sekejap, apa yang aku cakap ni?—" tiba-tiba telinganya kedengaran tawa kecil seseorang ditepinya, katil itu mula bergerak.

Harlen bangun dari posisi berbaring lalu mengelap airmata yang sudah berbekas dipipinya, selimut masih lagi berlilit pada tubuhnya.

"Awak dah bangun? Saya terbangunkan awak ke? S-Saya serius—"

"Jungkook." Panggil Harlen sekali saja, nadanya cukup perlahan dan.. kedengaran suaranya agak pecah. Seakan Harlen akan menangis semula.

"Iya..?"

Harlen menarik nafas dalam, melihat kesungguhan Jungkook yang mahu memujuk dirinya, dan pada masa yang sama juga, mahu bergelar kawan kepada Harlen, buatkan Harlen terfikir.

Kenapa.. Kenapa dia bimbangkan tentang diri Harlen, sedangkan mereka tidak kenal pun luar dalam antara mereka, hanya sekadar tahu nama, umur dan berita terbaru tentang keluarga Harlen.

Berfikiran positif. Dengan senyuman kecil yang terbit dibibir, Harlen mengambil Bingsu itu dari tangan Jungkook, membuatkan Jungkook terus terkebil-kebil takut.

Jangan lah baling dekat muka..

Jangan lah baling—

"Makan dengan aku.. please?"

Please, Sing Me A Song | GoogieWhere stories live. Discover now