"Omma.." nama si ibu dipanggil tapi hanya dijawab dengan bunyi 'hm'. Harlen yang sedang berada berbaring diatas riba ibunya terus mendongak, melihat wajah si ibu yang sedang syok menonton televisyen.
"I.. I met someone."
Sebaik saja ayat itu keluar dari dua belahan bibir merah jambu anak perempuannya, pandangan Puan Oh terus jatuh, melihat wajah Harlen yang kini sudah malu-malu tahi kucing.
Wanita tua itu tersenyum.
"Iya, siapa dia? Omma kenal ke?" Pantas Harlen menggelengkan kepalanya, dia mula bangun dari posisi berbaring, lalu dengan senyuman lebar dibibir dia menceritakan segalanya pada si ibu. Puan Oh hanya tersenyum melihat wajah gembira anaknya.
Kalaulah, dia juga dapat menghadiahkan senyuman lebar itu.
"Omma tahu, mata dia yang besar tu selalu berkilau bila pandang muka Harlen— Harlen tak tahulah perasaan apa ni omma.. tapi Harlen rasa selesa bila bercakap dengan dia— Ish! Harlen tak sukalah perasaan ni!"
Kepalanya terus dilabuhkan ke atas riba ibunya semula. Betis ibunya dilukis bulatan. Puan Oh tertawa melihat wajah anaknya yang tersenyum lebar tadi kini sudah bertukar cemberut.
Rambut anak perempuannya diusap-usap lembut sambil matanya menghadap televisyen semula.
"Harlen takut, omma. Harlen tak nak hidup macam omma.."
Usapan Puan Oh terus terhenti. Harlen yang perasan akan perubahan aura didalam ruang tamu rumahnya mula bangun dari riba Puan Oh.
"Omma—"
"Omma tahu, omma buat salah. I made you suffered this whole years. Omma tak layak pun dipanggil dengan gelaran seorang mak. But, I want you to remember this." Tangan Harlen digenggam kemas. Wajahnya kini berhadapan dengan wajah ibunya yang tersenyum tipis.
"Life is easy, Harlen. If he's good to you, stay. If he's treats you bad, leave him. Kamu adalah permata. Never ever jatuhkan harga kamu semata-mata kerana kamu sukakan dia. Ingat, kamu permata yang sangat berharga. Omma sayangkan kamu."
Situasi mereka menjadi sunyi sepi. Harlen merenung ke dalam mata ibunya. Dapat dia rasakan satu aura lain tapi.. apa dia?
"Oh.. Tengok, jam dah nak pukul 7. Omma patut masak makan malam sekarang. Takut appa kamu datang." Genggaman Puan Oh di kedua-dua belah tangan Harlen terus terlerai. Wanita tua itu bangkit dari sofa, perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke ruangan dapur.
Harlen terduduk di atas sofa itu, hanya melihat ibunya hilang dari pandangan mata.
Harlen menunduk, nafas berat dihela perlahan. Dia memandang sebingkai gambar yang terdapat wajah mereka sekeluarga, sebelum kepala digelengkan.
"Omma cakap je macam tu tapi omma masih tak dapat tinggalkan appa."
YOU ARE READING
Please, Sing Me A Song | Googie
Short StoryJikalau benar, perasaan ini nyata, sudah itu.. mampu ke kita bersama? Copyright © 2021 by pottaetto | COMPLETED