+13

67 28 4
                                    

"Ha?"

Tangan dihulur pada Jungkook yang sudah blur-blur tahi kucing.

"Nama aku Harlen. Tahun ni aku official 17 tahun. Tahun terakhir sekolah menengah. Anak tunggal dalam keluarga. Mak aku masih ada tapi bapa aku dah tiada. Mati kena langgar lori. Kau pula?" Dengan wajah tanpa apa-apa reaksi, Harlen memperkenalkan dirinya.

Senyuman terukir dibibir, semangat Harlen untuk mengenali dirinya buatkan hati Jungkook serba-sedikit berdegup kencang. Lantas itu, tanpa berfikir kesudahan cerita mereka, dia menyambut tangan yang dihulur.

Stupid me.

"Jungkook. Jeon Jungkook, 20 tahun-"

"Eo? I'm sorry, what? Kau? 20 tahun?? Kau cakap lah betul-betul, jangan main-main. Aku- Eh, kau seriuslah? 20 tahun? Hari lahir kau bila? Jakkaman.." Harlen sudah terduduk sambil memegang batang hidungnya.

Lelaki ni.. umur 20 tahun? Dia lagi tua dari aku? Tapi kenapa.. kenapa dia nampak-

"Saya lahir 1997. Hari lahir saya 1 September. Kalau awak tak percaya.." sekeping kad ditunjuk pada Harlen. Kad pengenalan Jungkook.

Memang benar. Jeon Jungkook lahir tepat 1 September 1997.

Takdir ke? Kerana Harlen juga lahir pada tanggal 1 tapi lambat satu bulan. Bulan August.

Jungkook hanya tersenyum melihat gelagat Harlen. Wanita itu.. serius menarik perhatian dia.

Berbunyi satu mesej masuk dari telefon pintar Jungkook. Lelaki itu hanya sekadar melihat mesej itu sebelum menutup telefonnya semula.

Dia mula bangun dari rumput itu, seluarnya ditepuk-tepuk. Harlen juga turut bangun sambil membersihkan seluar dan kot sejuknya. Mereka berdua mula berjalan dari

"Aku masih tak percaya kau umur 20 tahun. Kau tak nampak langsung macam orang umur 20 sebab perangai kau—"

"Macam budak autisme ke?"

"Eh, apa kau cakap ni? Ini bukan autisme, ini dah kes lagi teruk! Kau tahu, kau nampak macam......."

Bersama tawa yang riang dan senyuman lebar yang terukir, mereka berjalan beriringan, langsung tidak ada idea apa akan terjadi pada hari esok.

Just for tonight, please let them free.

Please, Sing Me A Song | GoogieWhere stories live. Discover now