Harlen berpaling tubuh, kornea matanya merenung dalam wajah pucat Jungkook.
Seperti tidak mahu ayatnya mengguris hati perempuan itu, Jungkook tersenyum tetapi dalam hatinya hanya tuhan saja tahu betapa gementarnya dirinya tika ini.
Tiba-tiba, kaki pendek perempuan itu mula mendekati dirinya.
Bagaikan terkena renjatan elektrik, senyuman Jungkook langsung mati.
Sebelum bertanya perkara itu, dia sudah diberitahu oleh ramai orang tentang perkara buruk yang telah perempuan itu lakukan.
"Harlen tu teruk. Bila orang bagi nasihat, dia marahnya orang tu balik. Haaa.. kamu budak baru, kan? Kalau boleh, jangan ditegur, jangan bercakap langsung pun dengan dia. Cakap dengan makcik je EHHEHEEHEH MALU PULAK KITEW!"
Namun, Jeon Jungkook tahu. Masih ada secebis kebaikan didalam diri perempuan itu. Lagipun, tidak salah jikalau dia mahu mencuba nasib, bukan?
Selangkah kaki Harlen kehadapan, selangkah juga Jungkook mengundur.
Tup.. Tup..
Tap!
Harlen tidak maju kehadapan lagi, sebaliknya dia terus ke meja membaca. Wajahnya berpaling dari kornea mata Jungkook. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi, buku yang dipilihnya tadi terus dibuka.
Terkebil-kebil Jungkook, tidak faham dengan situasi sekarang ni sebelum dia membuat keputusan untuk kembali ke ruang belakang perpustakaan.
Baru saja mahu meninggalkan suasana canggung itu, suara kecil Harlen menghentikannya.
"Kenapa?" Satu soalan meniti dibibir perempuan itu tetapi wajahnya kekal dihadapan buku.
"Huh?"
Kepala Harlen diangkat, pandangannya terus straight memandang wajah lost Jungkook. Dagunya ditongkat, memandang Jungkook dengan sebuah senyuman nakal.
"Perempuan tadi.. dia ada apa-apa kaitan ke dengan kau?"
YOU ARE READING
Please, Sing Me A Song | Googie
Short StoryJikalau benar, perasaan ini nyata, sudah itu.. mampu ke kita bersama? Copyright © 2021 by pottaetto | COMPLETED