+17

53 31 1
                                    

Jikalau benar, kebahagiaan bermula sejak kita celik mata, sudah itu.. kenapa hidup aku asyik merana?

Harlen terbaring kaku diatas katil milik Jungkook. Kejadian yang berkait dengan ibunya, sudah dua minggu berlalu tapi masih berdarah di dalam ingatan Harlen. Sejak dari hari itu jugalah, gadis itu tidak berhenti menangis.

Menangis, tidak mahu keluar bilik atau makan, dan tidak mahu tidur.

Katanya, dia perlu tunggu ibunya datang untuk memberi ciuman selamat malam di dahinya dulu, baru boleh tidur lena.

Harlen..

Kepala Jungkook menjenguk ke dalam bilik itu, melihat Harlen yang masih lagi sedang berselubung didalam selimut, tidak ubah seperti sebungkus burito.

Jungkook yakin, keesokan harinya pasti wajah gadis itu akan membengkak.

"Harlen.." tidak berjawab.

Jungkook berjalan ke arah katilnya, dia melabuhkan punggung dihujung katil itu, jauh dari tubuh Harlen.

"Saya minta maaf.." ujar Jungkook dengan nada kesal, cukup perlahan.

Dapat dia rasakan Harlen menggelengkan kepala didalam selimut itu, tidak pernah dia menyalahkan Jungkook untuk semua yang berlaku. Cuma Jungkook yang asyik berasa bersalah melihat keadaan gadis itu tika ini. Jungkook tidak tahu, bagaimana dan apa yang boleh dia buat untuk membantu gadis itu lagi.

Dia tidak boleh putar balik masa, itu yang sudah dia katakan awal-awal pada Harlen.

Harlen pula tahu akan perkara itu dan sedar, cepat atau lambat, pasti perkara buruk akan berlaku. Dia hanya.. belum terima hakikat itu.

Masih belum boleh terima kenyataan.

Banyak yang sedang dia fikirkan sekarang ini, tapi hanya pemikiran untuk bunuh diri saja yang asyik bermain di dalam fikirannya.

Dia sudah tiada sesiapa didunia ini lagi, apa gunanya untuk dia teruskan hidup?

Tiada siapa yang boleh dia banggakan, tiada siapa lagi yang akan memandang wajahnya dengan penuh kasih sayang, tiada siapa lagi yang akan makan bersama dengannya..

Tiada siapa..

..Dan semuanya salah dia.

"O-omma.. Mianhae.." empangan airmata gadis itu mulai pecah kembali.

Perlahan-lahan, Jungkook berjinjit keluar dari bilik itu, meninggalkan Harlen yang sedang menangis semula, hatinya tak mampu lagi melihat wanita itu kesedihan.

Kali ini, dia tekad. Dia akan buat apa saja, supaya airmata milik Harlen tidak menitis lagi.

KETUK! KETAK! KETEPEK!

Bermacam bunyi kuat yang datang dari luar bilik tidur itu. Tangisan Harlen yang menggila tadi terus bertukar perlahan, menjadi esakan kecil.

Selang beberapa minit, lelaki itu kembali di dalam bilik tidur itu dengan tangan yang penuh.

Please, Sing Me A Song | GoogieWhere stories live. Discover now