Bab 3

524 47 5
                                    


Tok ! Tok !

"Masuk!" laung Husna yang sedang sibuk meneliti fail pesakit. Matanya sedikit pun tidak memandang ke arah pintu. Sesekali, tangannya lincah menulis sesuatu di atas kertas.

"Assalamualaikum , Dr Husna...."

Husna mengangkat sedikit kepalanya. Senyuman terukir di wajahnya sebaik sahaja melihat kelibat rakan sekerjanya yang juga sahabat karibnya itu duduk di kerusi hadapannya.

"Walaikumussalam, Dr Amira.... Tak ada kerja ke datang menyemak dekat bilik orang ni?"

Amira mencebik bibir. "Sekarang dah masuk waktu lunch, kau tu je fokus sangat kerja sampai lupa tengok jam" jawab Amira tidak mahu kalah.

Husna hanya diam. Sebenarnya malas mahu berbalah dengan Amira. Mana pernah nak kalah perempuan tu. Daripada layan Amira, lebih baik dia habiskan cepat kerjanya yang berlambak itu.

"Husna...."

"Hm.." jawab Husna tanpa melihat Amira.

"Husna....."

"Nak apa?"

"Tengoklah sini!"

Husna menghela nafasnya perlahan sebelum mengangkat kepalanya memandang Amira yang sudah menongkat dagu di atas meja. Muka Amira dipandang bosan. Nasib baik kawan, kalau tak dah lama dihalaunya keluar si Amira ni. Buat bising sahaja waktu dia nak buat kerja.

"Cakaplah cepat"

Amira berdehem sekejap. "Macam mana dinner dengan Tengku Luthfan Hariez semalam?" soal Amira. Sebelah keningnya di angkat berkali-kali, sengaja ingin mengusik Husna.

"K-kau merepek apa ni? Aku mana ada keluar rumah semalam" kata Husna kalut. Dia terus tunduk membelek fail pesakit di hadapannya. Berpura-pura sibuk.

Amira memutarkan bebola matanya setelah mendengar penipuan sahabatnya itu. "Tak perlu nak tipu aku lah, Husna. Satu hospital ni dah kecoh pasal kau. Dr Alisha nampak kau dengan Tengku tu semalam tengah dinner berdua"

"Hah?!"

"Kau tak payah lah nak buat muka terkejut sangat. Kau sendiri tahu kan perangai Dr Alisha tu macam mana. Perempuan tu dah jadi wartawan tak bergaji dekat dalam hospital ni."

"Habistu, satu hospital ni dah tahu pasal dinner aku dengan Tengku Luthfan semalam?" soal Husna.

"Mesti lah. Kau kan doktor paling hot dekat hospital ni, nak pula Tengku Luthfan tu jejaka idaman semua perempuan dekat Malaysia ni. Memang kecoh lah satu hospital."

Husna menghela nafas berat. Badannya di sandarkan di kerusi. Sebelah tangannya naik mengurut pelipis dahinya. Cerita tentang dia sudah tersebar sedangkan hubungannya dengan Luthfan Hariez masih belum jelas. Bukan dia tak tahu mulut orang dekat hospital ni macam mana.

"Okay yang tu semua kita belakangkan dahulu. Kau ni.... Sampai hati kau kan tak bagitahu dekat aku. Aku ni kawan baik kau tau, Husna!Takkan lah dengan aku pun kau nak berahsia." ujar Amira  tidak puas hati.

"Bagitahu apanya. Aku dengan dia baru je kenal. Kalau bukan sebab mama aku suruh, tak ada maknanya aku nak keluar berdua dengan dia." jawab Husna tipu. Hakikatnya, lepas sahaja melihat wajah Luthfan Hariez di telefon, dia langsung setuju untuk berkenalan dengan anak kepada rakan baik mamanya itu. Ah, perempuan mana sahaja yang tidak terpikat dengan wajah tampan lelaki itu.

Amira mengangguk perlahan, percaya dengan kata-kata rakan baiknya itu. Rasa tidak puas hatinya tadi tiba-tiba sahaja hilang. "Kiranya kau dengan dia dalam fasa baru berkenalan la ni kan?"

Mawar RoseWhere stories live. Discover now