Bab 14

415 29 1
                                    

Mawar yang sedang menuruni anak tangga itu meliarkan matanya sebelum terhenti ke arah Luthfan Hariez yang sedang duduk di ruang tamu. Dia tersenyum nipis sebelum mengatur langkah mendekati lelaki itu. Punggungnya dilabuhkan diatas sofa, jauh dari kedudukan Luthfan Hariez.

"Encik, saya bosanlah... Tak ada ke benda menarik yang saya boleh buat dalam rumah ni..." rungut Mawar seraya menyandarkan badannya di sofa. Mukanya dibuat simpati. Sungguh, dia sudah bosan tinggal di rumah besar ini. Sudahlah telefon pintarnya pun disimpan oleh lelaki itu.

"Pergilah tolong Siti dekat dapur tu. Jangan tahu nak makan je." balas Luthfan Hariez tanpa memandang Mawar. Matanya lebih fokus ke arah buku yang berada di tangannya.

Mendengar itu, raut wajah Mawar berubah. "Encik ni nak perli saya ke apa? Saya mana reti masak. Setakat masak air tu saya bolehlah." ujarnya sedikit tidak puas hati. Tangannya sudah naik memeluk tubuh.

Luthfan Hariez hanya menggeleng perlahan. "Apa nak jadilah dengan kau ni? Dahlah selalu bangun lewat, perangai pun tak semenggah, tak pandai masak pula tu. Ni mesti Nadia yang kena masak tiap hari dekat rumah kan?"

Mawar mencebik bibir. Kutuk orang macam perangai dia tu elok sangat. "Nadia? Huh! Untuk pengetahuan encik, Nadia tu pun tak reti masak lah. Seteruk-teruk saya ni, atleast saya tahu goreng telur. Dia tu rupa air mendidih pun dia tak tahu macam mana." selamba Mawar mengutuk kawannya sendiri. Alah, memang betul pun apa yang dia cakap. Mereka hanya selalu makan dekat luar, takpun order dekat dalam telefon. Tak ada maknanya si Nadia tu nak masak. Mahu terbakar satu rumah kalau perempuan tu pergi dapur.

Luthfan Hariez sekali lagi menggeleng kepala. Buku di tangannya diletakkan di atas meja. Kakinya kemudian disilangkan sebelum memandang wajah Mawar lama. "Amboi mulut kau... Mengutuk orang nombor satu kan? Baik kau pergi dapur sekarang bantu Siti tu apa yang patut. Belajar sikit jadi perempuan. Kutuk orang macam dia tu pandai masak sangat." bebel Luthfan Hariez dengan gaya orang-orang tua. Tangannya sudah naik mencekak pinggang.

Mawar sudah mengetap gigi geram. Nampaknya lelaki ini memang sengaja mahu mencabar kesabarannya. Bukan main mulut lelaki itu nasihat suruh belajar jadi perempuan konon. Habis aku tu apa? Perempuan berhalkum?

"Saya rasalah kan encik Rose tu tak hilang pun sebenarnya. Dia cuma larikan diri sebab menyampah dengan mulut encik yang mengalahkan makcik bawang ni!" hambur Mawar sambil menatap wajah Luthfan Hariez tajam.

Mendengar itu, Luthfan Hariez tersenyum sinis. Dia membalas kembali pandangan tajam dari Mawar itu. "Kau kata mulut aku macam makcik bawang?" soal lelaki itu dingin.

"Tak. Saya kata mulut encik tu mengalahkan makcik bawang! Faham tak? Heh! Apa tengok-tengok? Ada hutang?" balas Mawar berani mati.

Luthfan Hariez mengetap gigi geram. Punggungnya diangkat dari kerusi lalu mengatur langkah mendekati gadis itu. "Ada hutang? Huh!"

Mawar yang tadi memaparkan raut wajah berlagak kini bertukar cemas apabila melihat lelaki itu semakin hampir. Badannya yang tadi selesa bersandar sudah duduk tegak. Melihat lelaki itu menyinsingkan baju menambahkan lagi rasa seram sejuk dalam dirinya.

Dengan sepantas kilat, Mawar berdiri dari sofa lalu mengambil langkah seribu. "Arghhhhhhh! Kak Siti help!" jeritnya sambil berlari ke arah dapur.

Luthfan Hariez yang melihat itu hanya mendecit perlahan.  Punggungnya kemudian kembali dilabuhkan di atas sofa. Mengejar gadis itu? Huh! Dia sudah cukup matang untuk semua itu. Lagipun dia tadi hanya mahu menggertak Mawar.

Buku yang diletakkan di atas meja tadi dicapai. Seketika, fikirannya kembali teringat tentang Mawar. Luthfan Hariez hanya menggeleng perlahan. Bibirnya perlahan mengulas senyuman nipis.

Mawar RoseWhere stories live. Discover now