Bab 10

688 45 3
                                    

Mendengar itu, Luthfan Hariez mendecit kecil. "Dalam keadaan sekarang pun kau masih nak berlakon lagi, Rose Adeline?

Mawar mengetap gigi geram. Tangannya segera menolak dada Luthfan Hariez kuat sehingga lelaki itu terdorong sedikit ke belakang. "Encik merepek apa ni? Berapa kali lagi saya nak kata, saya Mawar bukan Rose!" ujar Mawar sedikit menjerit. Dia sudah penat menjelaskan perkara itu kepada Luthfan Hariez.

"Dan kau ingat aku akan percaya?" soal Luthfan Hariez sambil menatap wajah Mawar Adreanna dalam.

Mendengar itu, Mawar meraup wajahnya kasar. Air mata yang ada di wajahnya juga sudah hampir kering. Sungguh, dia rasa sangat menyesal kerana mengikuti lelaki itu tadi. "Encik nak saya cakap macam mana lagi? Rose tu pun saya tak kenal. Ya Allah, encik tolonglah bawa saya balik sekarang..."

"Kau pernah masuk hospital sebelum ni sebab accident kan? Kenapa kau tipu aku?" soal Luthfan Hariez dingin. Sebab benda itulah, dia membuat benda bodoh dengan membawa Mawar datang ke sini. Tentang tuduhannya tadi, sebenarnya dia sendiri juga tidak yakin. Dia hanya ingin bermain psikologi dengan gadis itu.

"Saya tak ada niat pun nak tipu encik. Benda tu dah lama jadi. Saya sendiri pun dah lupa pasal hal tu."

Luthfan Hariez terdiam sejenak. Dia sendiri tidak pasti gadis itu sedang jujur atau tidak.

"Tinggal dengan aku selama seminggu. Biar aku sendiri yang tengok sejauh mana kebenaran identiti kau." putus Luthfan Hariez.

"Taknak! Saya nak balik! Tolonglah encik.... Saya taknak duduk dekat sini. Saya nak balik...." rayu Mawar lagi.

"Aku tak bagi kau pilihan."

Saat itu, mahu saja Mawar berlari terjun ke luar tingkap. Dia tidak sanggup mahu berlama dengan lelaki itu. Mujur saja keberaniannya belum sampai ke tahap itu.

"Jangan risau. Kalau kau dapat buktikan yang kau bukan Rose aku, aku akan lepaskan kau. Aku akan bagi duit berapa yang kau nak dan takkan ganggu kau lepas ni" sambung Luthfan Hariez lagi.

Kini giliran Mawar yang terdiam. Ayat Luthfan Hariez tadi bermain-main di dalam kotak fikirannya. Bukan tentang duit, tapi-

'Rose aku'

Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya harus sakit mendengar itu.

"Macam mana saya nak percaya encik? Encik tu lelaki... Saya sendiri tak tahu apa yang bermain dalam fikiran encik." balas Mawar setelah lama berdiam diri.

"Kau tak payah nak berangan sangat lah. Aku tak ada hati pun nak aniaya kau."

Zzappp!

Hatinya bagai dihiris. Ya, dia tahu apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi satu perkara yang baik-

"Tapi-"

"Dah tak payah nak tapi-tapi lagi, pergi tidur. Sekarang dah lewat malam." potong Luthfan Hariez sebelum sempat Mawar menghabiskan bicaranya. Tanpa menunggu balasan dari Mawar, Luthfan Hariez segera melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik itu sempat di kunci dari luar. Sebagai langkah berjaga-jaga, Mawar tu bukan boleh dijangka.

Mawar di dalam bilik sudah termangu sendiri.

"Kepala hotak dia pergi tidur. Dah lah aku baru je bangun sebab ubat tidur dia tu. Tupai betullah bos Nadia ni" bebel Mawar sebelum bergerak pergi ke katil. Dulang yang terisi nasi ayam itu dicapai. Sejak pagi, perutnya masih belum terisi apa-apa lagi.

Tentang apa yang dikata oleh Luthfan Hariez tadi, entah kenapa dia tidak terlalu sedih jika harus tinggal berdua dengan lelaki itu. Mungkin sebab ganjaran yang dijanjikan oleh lelaki itu. Lagipun, seminggu itu bukan waktu yang cukup lama.

Mawar RoseWhere stories live. Discover now