Bab 17

411 37 3
                                    


Mawar menghampiri Kak Siti yang sedang duduk termenung di luar rumah. Punggungnya segera dilabuhkan di sebelah wanita itu.

"Kak Siti buat apa dekat sini?"

Kak Siti yang sedang tunduk terus menoleh ke arah Mawar. Bibirnya terus mengulas senyuman nipis sebaik sahaja melihat wajah cantik itu. "Tunggu suami Kak Siti lah. Sekarang kan dah habis waktu kerja."

Mawar mengerutkan dahi. "Kak Siti dah kahwin?" soal gadis itu pelik. Bukan apa, dia tidak pernah pula mendengar Kak Siti bercerita tentang suaminya. Jari wanita itu pula tidak tersarung sebarang cincin pun. Dan ini juga kali pertama dia melihat wanita itu dijemput untuk pulang. Selalunya, dia hanya berkurung dalam bilik pada waktu petang. Sebab itulah dia menyangka Kak Siti ialah anak dara tua. Haih, jahat betul otak kau Mawar.

Kak Siti mengangguk. "Bukan setakat dah kahwin, Kak Siti dah ada anak tiga dah pun." ujar Kak Siti sebelum dia tergelak kecil. Lucu pula bila melihat muka terkejut Mawar. Muka dia nampak muda sangat ke sampai Mawar fikir macam tu sekali?

Mawar membulatkan matanya, sekali lagi dia terkejut. "Biar betul Kak Siti?"

"Tapi anak tiri je lah... Belum ada rezeki lagi Kak Siti nak timang zuriat sendiri." balas Kak Siti lembut.

Mendengar itu, riak wajah Mawar terus berubah. Bibir bawahnya digigit perlahan. Sebelah tangannya naik menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia juga tidak tahu mahu bereaksi seperti apa. Tiba-tiba rasa menyesal pula membahas tentang perkara ini.

"Eh, Mawar jangan fikir bukan-bukan pula. Kak Siti tak terasa hati pun..." kata Kak Siti kalut apabila melihat Mawar yang hanya mendiamkan diri.

Mawar hanya tersengih janggal sebelum mengangguk perlahan.

Suasana diam seketika.

"Ni Kak Siti dah lama kerja dekat sini?" soal Mawar, sekaligus memecahkan kesunyian yang ada.

"Tak lah lama sangat. Tapi dah nak dekat setahun jugalah Kak Siti jadi pembantu dalam rumah ni."

Mawar hanya mengangguk.

"Mawar pula dah lama kenal dengan Tuan Hariez?" soal Kak Siti sebelum menoleh ke arah Mawar. Sebenarnya sudah lama dia mahu bertanya hal ini kepada Mawar, tapi tiada masa yang sesuai.

Mawar hanya membalas dengan gelengan kepala.

Kak Siti sudah mengerutkan dahi. "Maksud Mawar, korang dua baru je kenal?" soal Kak Siti pelik. Sebelum ini, dia pernah juga terfikir kenapa Mawar menggunakan panggilan 'encik' kepada lelaki itu sedangkan gaya macam dah kenal lama.

Mawar mengangguk. Seketika, dia menghela nafas berat.

'Maaf Kak Siti, Mawar terpaksa tipu.'

Semakin jelas kerutan di dahi Kak Siti. "Jadi, kenapa Mawar masih nak duduk dalam rumah ni? Kenapa sebelum ni tak pernah usaha untuk lari dari sini? Mawar tak takut dengan Tuan Hariez?" ujar Kak Siti risau. Wajah tenang Mawar dipandang lama. Bagaimana gadis itu boleh setenang ini tinggal sebumbung dengan lelaki yang baru dikenali?

"Mawar nak takut apa Kak Siti? Encik Hariez tu tak ada niat pun nak buat benda tak senonoh dekat Mawar. Lagipun dia dah janji, Mawar tinggal dekat sini seminggu je. Lepastu dia akan hantar Mawar balik sampai depan rumah" balas Mawar yakin.

"Mawar, kita tak tahu tau apa yang orang  lelaki ni fikir. Walaupun Kak Siti dah kerja dekat sini nak dekat setahun, tapi Kak Siti masih takut nak berdepan dengan Tuan Hariez tu. Dia tu misteri tahu tak?" bisik Kak Siti di hujung ayat. Sesekali, dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Takut jika lelaki itu mencuri dengar perbualan mereka.

Mawar RoseWhere stories live. Discover now