Bab 19

423 34 3
                                    


Mawar membelek lama cincin berlian yang diberikan oleh Luthfan Hariez tempoh hari. Sungguh, sampai sekarang dia masih tidak percaya lelaki itu akan memberikannya benda semahal ini. Tambahan lagi, tujuan lelaki itu memberi kerana tidak mahu Mawar bermasam muka dengan dirinya. Ah, tidak lena tidur malamnya memikirkan hal itu.

Seketika, Mawar menghela nafas berat. Kepalanya diangkat lalu dia meliarkan matanya memandang ke segenap penjuru bilik. Pejam celik pejam celik, sudah lima hari dia dikurung di dalam rumah itu. Perasaannya seperti baru sehari lepas Luthfan Hariez menjemputnya di hadapan rumah.

Perlahan, Mawar merebahkan badannya di atas katil. Entah kenapa, hatinya terasa berat mahu meninggalkan tempat itu. Mungkin dia sendiri tidak sanggup mahu berjauhan dengan lelaki itu.

Mawar memejamkan matanya erat. Cuba untuk menenangkan hatinya sendiri. Ya, dia sendiri tidak boleh menafikan kebenaran. Dia sudah terjatuh hati dengan lelaki itu. Dia tahu masih terlalu awal. Tapi tak salahkan jika dia menyimpan perasaan pada lelaki itu?

Seketika, Mawar menggeleng laju. Dia segera mengangkat badannya lalu menyandarkan badannya pada kepala katil. "Kau fikir apa ni Mawar? Ughh... Takkanlah kau ada hati dengan singa jantan yang suka sakitkan hati kau tu. Sedar Mawar. Syaitan apa yang dah hasut kau ni? Macam mana kau boleh suka dengan lelaki terpaling annoying yang kau pernah jumpa ni..." Mawar mengetuk kepalanya berkali-kali. Cuba untuk mengeluarkan bayangan Luthfan Hariez dari kotak fikirannya.

"Tapi dia baik... Kacak pula tu... Arghhhhhhhh" Mawar meraup mukanya kasar sebelum dia meraung kuat.

Hanya seketika sebelum Mawar mengambil nafas dalam."Stop fikir pasal dia, Mawar. Ingat balik sebab lelaki tu bawa kau ke sini. Semua sebab Rose Adeline. Ya, Rose Adeline..."

Mawar kemudian mengambil bingkai yang berisi gambar milik Rose Adeline di atas rak bersebelahan dengan katil. Ya, Luthfan Hariez sendiri sudah memberi amaran supaya tiada sesiapa yang memindahkan gambar itu. Katanya, dia seolah-olah merasakan kehadiran Rose Adeline di situ.

Mawar mengusap perlahan gambar Rose Adeline yang berada di tangannya. Dia tersenyum nipis. Tidak hairanlah Luthfan Hariez boleh gila bayang dengan Rose Adeline, dari gambar sahaja boleh tahu gadis itu seorang yang lemah lembut. Bukan seperti dirinya. Jika ingin dibandingkan, seperti langit dengan bumi!

Mawar menghela nafas berat.

"Aku minta maaf, Rose. Aku gagal kawal perasaan aku." lemah Mawar bersuara.

***

Luthfan Hariez yang sedang menonton televisyen itu mendongak sedikit apabila secangkir cawan dihulurkan di hadapannya. Tangannya menyambut huluran itu lalu air kosong di dalam cawan itu disisip sedikit.

"Sorry lah air kosong tu je yang aku tahu buat." ujar Izdan Rafael sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Luthfan Rafael.

Luthfan Hariez pula hanya diam, tidak membalas. Cawan di tangannya diletakkan di atas meja sebelum menyandarkan badannya di atas sofa.

Rafael pula sudah menggeleng kepala melihat wajah kusut sahabat baiknya itu. Rambutnya juga sudah kusut tidak teratur. "So, macam mana? Kau dah dapat apa yang kau nak?"

Luthfan Hariez menghela nafas berat. "Entahlah, aku sendiri dah tak tahu nak buat apa..." ujar lelaki itu lemah. Sebelah tangannya naik mengurut pelipis dahinya.

Rafael mengerutkan dahi. "Tak tahu? Kau masih tak dapat nak pastikan identiti sebenar budak perempuan tu atau kau masih tak boleh nak terima hakikat?" soal Rafael sarkastik.

Mawar RoseWhere stories live. Discover now