Bab 18

432 38 4
                                    


Luthfan Hariez menyandarkan badannya di kepala katil. Matanya memandang lama gambar Rose Adeline di dalam telefon bimbitnya. Perlahan, bibirnya mengulas senyuman nipis. Fikirannya kembali menerawang mengingat kembali peristiwa di mana dia dan Rose pertama kali berjumpa.

"Hye"

Luthfan Hariez yang sedang fokus membaca buku mengangkat kepalanya, melihat gerangan yang menyapanya tadi. Dia sedikit terpana. Buat pertama kalinya, dia melihat gadis secantik ini.

Melihat pandangan Luthfan Hariez, gadis itu terus tertunduk malu. Dia berdehem sekejap. "Boleh saya duduk sini?" soalnya lembut.

Luthfan Hariez masih terdiam. Kepalanya ditolehkan ke belakang. Melihat kalau-kalau ada orang lain yang duduk di belakangnya. Manalah tahu gadis cantik itu sebenarnya bukan bercakap dengannya.

"Awak cari siapa?"

Luthfan Hariez segera tertunduk malu. Tangannya naik membetulkan kedudukan spec matanya. Ah, entah kenapa dia boleh gugup sekarang. Mungkin kerana sebelum ini tidak pernah lagi ada gadis yang mahu menyapanya. Yelah, dengan penampilan nerd nya seperti ini, jangan kata gadis, makcik-makcik pun tidak ada hati mahu menjeling.

"Boleh ke tak ni?" soal gadis itu lagi.

"Err du-duduk lah..."

Gadis itu terus tersenyum lebar. Dia terus mengambil tempat di hadapan lelaki itu sebelum meletakkan bukunya di atas meja.

"Nama awak apa?" soal gadis itu dengan tangan yang sudah menongkat dagu di atas meja.

Kini, Luthfan Hariez dapat rasakan wajahnya berbahang. Dia hanya tunduk, berpura-pura sibuk membaca buku. "Nama saya Luthfan..." jawabnya perlahan. Sungguh, dia cukup malu sekarang.

"Oh, Luthfan... Cantik nama" usik gadis itu lagi. Bukan dia tidak perasan perubahan wajah lelaki itu yang tadinya putih kini bertukar merah. Semakin semangat lah dia mahu mengusik.

Luthfan Hariez perlahan mengangkat kepalanya. Mencuba untuk memandang wajah gadis itu. Sekali lagi dia terpana dengan senyuman manis yang terpapar di wajah putih itu. "A-awak buat apa dekat sini?" kini Luthfan Hariez memberanikan diri untuk menyoal.

"Saya datang sini sebab nak cari bahan untuk assignment. Tapi tak sangka pula boleh jumpa awak yang comel ni dekat sini. Sebab tu saya datang tegur. By the way, awak dah lama belajar dekat sini? Bukan apa, saya tak pernah pula nampak awak sebelum ni." jelas gadis itu.

Semakin membahang wajah Luthfan Hariez. Gadis di hadapannya ini benar-benar mahu membuatnya malu. Luthfan Hariez segera menggosok belakang tengkuknya. "Sebenarnya saya dah lama belajar dekat sini. Awak je yang tak perasan."

Gadis itu terdiam seketika, seperti sedang berfikir sesuatu. Beberapa saat kemudian, dia terus tersengih. "Oh, maaflah. Awak jangan terasa hati pula. Mungkin sebab saya terlalu fokus belajar sebelum ni sampai tak sedar kehadiran awak. Maklumlah saya ni tak ramai kawan, jadi saya banyak luangkan masa dengan ulang kaji."

Luthfan Hariez mengerutkan dahi. Gadis itu tidak mempunyai kawan? Jika dirinya yang tidak mempunyai kawan memanglah logik, tak ada orang yang mahu rapat dengan budak nerd sepertinya. Tapi takkanlah gadis secantik ini, tiada orang yang datang mahu berkenalan?

"Awak tak ada kawan? Kenapa?" soal Luthfan Hariez.

Gadis itu tersenyum nipis. "Saya tak reti nak pilih kawan. Takut nanti tersilap pilih, akan bawa pengaruh yang buruk pula dekat saya. Hm, awak banyak kawan tak dekat sini?"

Mawar RoseWhere stories live. Discover now