Bab 9

626 45 7
                                    



Mawar membuang pandangannya ke luar tingkap. Tangan naik memeluk tubuh. Luthfan Hariez yang sedang memandu di sebelahnya langsung tidak dipandang. Kesal sebenarnya. Sudahlah semalam dia tidak cukup tidur, lelaki ini boleh pula ajak dia keluar. Siap ugut nak buang Nadia kerja pula tu kalau dia taknak ikut. Menyampah betul.

"Kau dah kenapa? Merajuk?" soal Luthfan Hariez setelah melihat Mawar yang tidak bersuara dari tadi. Biasanya ada sahaja yang mahu dibebel oleh gadis itu.

"Mana ada." jawab Mawar tanpa nada. Walhal dalam hati sudah mendongkol geram. Ikutkan hati mahu sahaja wajah 'hodoh' lelaki itu diseret di atas jalan tar. Awal pagi lagi dah buat  mood dia hilang. Eh?

"Yelah tu. Mengaku je lah."

Mawar diam. Dalam hati sudah berbakul sumpah seranah diberikan kepada lelaki itu. Dah tahu orang marah, sibuk nak tanya lagi kenapa?

"Haa diam tu tandanya ya lah kan. Kau memang merajuk dengan aku kan? Mengada betul. Tak ada masa aku nak pujuk."

Mawar mencebik bibir sebelum nafas ditarik perlahan.

'Sabar Mawar... Singa tu memang sengaja nak cari pasal dengan kau.' ujar Mawar dalam hati.

"Kau ni bisu ke apa? Kau sebenarnya marah kan sebab aku kacau tidur kau. Huh, tak malu betul. Matahari dah terpacak atas kepala pun tak reti nak bangun. Malang betul siapa jadi laki kau." kutuk Luthfan Hariez lagi. Matanya sempat mengerling sekilas Mawar yang sedang memandang ke luar tingkap.

Mawar mengetap gigi geram. Kepalanya dialihkan menghadap Luthfan Hariez. Wajah lelaki itu dipandang tajam. "Encik ni dah kenapa? Mulut tu kalau sehari tak sakitkan hati saya tak boleh ke? Suka hati saya lah nak bangun tengah hari atau malam sekalipun, yang encik nak sibuk kenapa? Yang malang pun bakal suami saya bukan encik. Hisy!" hambur Mawar bengang.

Satu senyuman terukir di bibir Luthfan Hariez. Mudah saja sebenarnya nak mengembalikan sifat sebenar gadis itu. Kepalanya digeleng perlahan.

'Mawar....Mawar....'

Pantang diusik sikit, terus melenting.

Mawar mengerutkan dahi, bingung. Tadi bukan main kutuk dia, ni tiba-tiba pula lelaki itu senyum.

"Encik ni dah kenapa senyum-senyum? Saya tengah bengang sekarang ni tahu tak! Jangan sampai penumbuk saya ni sampai dekat muka encik. ." ugut Mawar sambil menunjukkan penumbuknya di tepi wajah Luthfan Hariez.

Luthfan Hariez tergelak kecil. "Itu kau kata penumbuk? Entah-entah gigitan semut lagi sakit dari penumbuk comel kau ni."

Mawar mengecilkan sedikit matanya. "Encik memang suka pandang rendah dengan kaum wanita kan. Encik jangan fikir perempuan ni cuma boleh menghayun buaian je... Tangan perempuan ni pun boleh menggoncang dunia tau!"

Suasana berubah hening.

Satu saat....

Dua saat...

Luthfan Hariez akhirnya melepaskan tawanya kuat. Sebelah tangannya menekan perut. "HAHAHAHAHHAHAA kau ni kan...." kata Luthfan Hariez sebelum kembali tertawa. Kepalanya digeleng laju. Telinganya juga sudah bertukar merah, terhibut sangat dengan pernyataan Mawar tadi.

"Encik! Stop la gelak!" jerit Mawar kuat. Sebenarnya dia malu bila lelaki itu mentertawakan dirinya.

Mendengar itu, semakin kuat tawa yang dilepaskan oleh Luthfan Hariez. "HHAHAHAHAHAHA goncang dunia? Dengan tangan kau ni? Mawar.... Mawar......"

Tanpa sebarang kata, Mawar segera menumbuk bahu milik Luthfan Hariez kuat.

"Woi! Berani kau tumbuk aku?!" giliran Luthfan Hariez pula yang menjerit. Dahinya berkerut, menahan sakit yang terasa di bahunya. Tawanya juga sudah terhenti.

Mawar RoseWhere stories live. Discover now