Bab 7

403 36 3
                                    



Tanpa salam, Husna terus meluru masuk ke dalam bilik Dr Adam. Kelibat lelaki itu dicari namun bayangnya pun tidak kelihatan. Mungkin lelaki itu sedang sibuk merawat pesakit. Akhirnya, Husna hanya meletakkan sejambak bunga mawar di atas meja Dr Adam.

Baru sahaja dia berura-ura untuk keluar dari ruangan itu, pintu sudah dibuka dari luar. Dr Adam yang baru tiba di situ tersenyum lebar sebaik sahaja wajah Husna menyapa pandangannya.

"Husna, awak buat apa dekat sini?" soal Adam dengan senyuman masih tidak lekang di wajahnya.

"Saya datang sebab nak pulangkan benda tu" kata Husna seraya menoleh sekejap ke belakang melihat bunga yang diletakkan di atas meja tadi.

Adam juga memandang ke arah tempat yang sama. Riak wajahnya terus berubah. Itu bunga yang dia letakkan dekat atas meja Husna pagi tadi. "Kenapa nak pulangkan? Tu memang untuk awak."

"Dah kenapa pula Dr Adam nak bagi saya bunga? Maksud saya, atas dasar apa?" soal Husna dingin. Nada sopan yang sering dia gunakan sudah tidak lagi kedengaran. Secalit senyuman juga langsung tidak terhias. Cukuplah selama ini dia bersikap baik dengan lelaki itu.

Adam hanya diam. Dia perlahan mengambil bunga di atas meja itu sebelum dihulur kepada Husna. "Saya suka awak, Husna" luah Adam jujur.

Kini giliran Husna pula yang terdiam. Jantungnya juga sudah berdegup dengan kencang sejurus mendengar pengakuan dari Dr Adam itu. Bukan kerana teruja, tapi merasa geli mendengar itu.

Dia tahu Dr Adam memiliki semua yang wanita di luar sana inginkan. Baik dari segi rupa dan harta, lelaki itu ada semua. Malah, dia juga tidak pernah melihat doktor muda itu mengambil kesempatan dengan perempuan lain. Tapi apa yang boleh dia lakukan? Hatinya sudah terpaut dengan Luthfan Hariez.

"Husna, awak dengar tak?" soal Adam setelah lama menunggu gadis itu untuk bersuara.

Husna memandang kosong bunga mawar yang berada di tangan Adam sebelum mengangkat kepala melihat wajah lelaki itu. "Dr Adam merepek apa ni? Kalau sebab layanan saya sebelum ni dah buat Dr Adam salah faham, saya minta maaf. Saya cuma menghormati Dr sebagai seorang senior yang dah lama bekerja dekat sini, tak lebih dari tu."

"Husna-"

"Dan saya minta sangat-sangat dengan Dr Adam... Stop buat benda yang boleh mencemarkan nama baik saya dekat hospital ni." cantas Husna sebelum sempat Adam menghabiskan bicaranya.

"Cemar? Husna, saya ni tak layak sangat ke nak berdamping dengan perempuan macam awak? Ya, saya tahu awak siapa. Mak ayah awak siapa. Tapi takkan sebab darjat, saya langsung tak ada hak nak jatuh hati dekat awak." kata Adam yang sudah berjauh hati. Sungguh, dia sangat terasa dengan apa yang baru dikatakan oleh gadis pujaan hatinya itu.

"Saya tak ada masalah kalau Dr Adam nak suka dekat saya. Saya tahu, saya langsung tak ada hak nak hentikan perasaan Dr Adam tu. Tapi saya mohon sangat, jangat buat saya rasa terganggu. Cukup Dr Adam pendam perasaan tu seorang diri. Tapi, saya lebih sarankan supaya Dr Adam lupakan je lah perasaan Dr Adam tu. Sebab tak lama lagi, saya akan sah menjadi milik lelaki lain." kata Husna sebelum melangkah ingin keluar dari situ. Langsung tidak terlintas di benak fikirannya mahu menjaga hati lelaki itu.

"Maksud awak Tengku Luthfan Hariez?"

Langkah Husna terhenti.

"Huh! Tinggi betul angan-angan awak kan Husna?" penuh sinis Adam berkata.

Husna yang mendengar itu sudah mengerutkan dahi. Badannya diputarkan menghadap dengan Dr Adam. "Apa maksud Dr dengan 'angan-angan' ?"

Mawar RoseWhere stories live. Discover now