Bab 21

497 41 9
                                    

Kereta Luthfan Hariez diparkir tepat di hadapan rumah teres dua tingkat milik Mawar. Matanya memandang ke sekeliling kawasan perumahan itu. Sunyi. Mungkin penghuni di situ sudah tidur ataupun sudah bersedia untuk tidur. Entahlah nak...

Seketika, kepalanya ditoleh ke samping melihat Mawar yang hanya diam dari tadi. Entah apa yang bermain di fikiran gadis itu dia juga tidak tahu.

"Mawar, kita dah sampai."

Mawar masih diam. Matanya masih fokus memandang ke hadapan.

"Mawar..."

Diam.

"Mawar!" kejut Luthfan Hariez kuat.

Bahu gadis itu ternaik sedikit. Lamunannya tersentak. Wajah Luthfan Hariez dipandang dengan dahi yang sudah berkerut seribu.

"Encik ni dah kenapa?" soal Mawar tidak puas hati. Orang baru nak layan perasaan, boleh pula lelaki itu pergi ganggu.

"Eh, aku pula yang kena. Kau tu yang dah kenapa? Macam nak tembus cermin kereta aku ni kau pandang. Tu haa rumah kau." ujar lelaki itu tidak mahu kalah.

Mendengar itu, Mawar terus mengalihkan pandangannya ke arah luar. Melihat sahaja rumahnya di depan mata, nafas berat dihela tanpa sedar.

"Kenapa encik tak bagitahu kita dah sampai?" soal Mawar dengan nada yang lebih lembut daripada tadi.

Kini, giliran Luthfan Hariez yang mengerutkan dahi. Gadis itu kata dia tak bagitahu apa-apa? Habistu yang dia memekak dari tadi tu apa? Choral speaking?

"Kau sebenarnya okay ke tak sekarang ni? Dari tadi termenung je aku tengok. Haih, suka betul buat orang risau lah kau ni." bebel Luthfan Hariez sambil memandang wajah musam Mawar lama. Ikutkan hati, mahu sahaja tangannya ini naik menyentuh dahi gadis itu, takut juga kalau-kalau gadis itu tidak sihat badan.

"Okay... Saya okay." balas Mawar senada tanpa melihat wajah Luthfan Hariez.

"Mawar, aku ni taklah nak kata kenal sangat dengan kau. Tapi, untuk tahu kau menipu tu celah gigi aku je. So now tell me. What's wrong huh?" lembut Luthfan Hariez menutur kata.

Tidak sampai beberapa saat, Mawar terus membuang pandangan ke luar tingkap. Bibir bawahnya digigit perlahan.Ah, lelaki itu memang sengaja buat detak jantungnya tidak menentu.

"Mawar Adreanna, I'm talking to you."

Mawar mengambil nafas dalam, cuba untuk menenangkan diri sendiri. Merasakan degup jantungnya sudah mulai normal, Mawar perlahan mengalihkan pandangannya ke arah Luthfan Hariez. Hanya seketika sebelum dia kembali melarikan pandangan apabila sempat ter 'eye contact' dengan lelaki itu.

"Tak... Ni.... Pasal syarat encik tu-"

"Lah, kau tak senang duduk dari tadi sebab benda tu ke? Kau jangan risaulah. Aku ni bukan jenis orang yang suka mungkir janji. Duit tu aku akan suruh Izz yang uruskan secepat yang mungkin." potong Luthfan Hariez tanpa menunggu Mawar menghabiskan bicaranya.

"Bukan tu..." Mawar menundukkan kepala, melihat jarinya yang bermain antara satu sama lain.

Luthfan Hariez mengerutkan dahi. "Habistu apa?"

Mawar hanya diam. Masih teragak-agak mahu bersuara. Takkanlah dia nak jujur yang dia sudah terjatuh hati dengan lelaki itu? Kalau kena reject dia okay lagi, tapi kalau siap ada pakej kena hina, mana dia nak letak muka?

Sudahlah dari awal lagi lelaki itu sudah maklumkan yang dalam hati dia cuma ada Rose Adeline. Mawar sendiri akui kesetiaan lelaki itu menunggu Rose walaupun ditinggalkan bertahun lamanya. Huh.  Bertuah sungguh empunya nama Rose Adeline itu.

Mawar RoseWhere stories live. Discover now