Bab 16

435 45 3
                                    

Adam meliarkan matanya memandang ke segenap penjuru restoran. Mencari tempat yang agak kurang pelanggan. Pandangan dari gadis-gadis yang ada di situ tidak dihiraukan. Bukan mahu berlagak, tapi dia sudah sering mendapat pujian dari doktor dan pesakit yang ada di hospital. Heh!

Raut wajah yang tadinya tidak menunjukkan sebarang reaksi bertukar dengan senyuman lebar apabila matanya dapat menangkap kelibat Husna yang sedang duduk bersendirian sambil bermain telefon. Ah, betullah apa yang dikatakan oleh orang-orang tua. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Adam cepat merapikan baju kemejanya yang sedikit berkedut. Langkahnya diatur menuju ke meja yang menempatkan Husna. Tanpa izin, dia sudah melabuhkan punggungnya di hadapan gadis itu.

Husna yang sedar kerusi hadapannya ditarik segera mengangkat kepala. Dahinya terus berkerut sebaik sahaja wajah lelaki itu menyapa pandangannya. "Dr Adam buat apa dekat sini?" soal gadis itu sebelum menoleh ke kiri dan ke kanan.

Semakin melebar senyuman Adam apabila Husna yang memulakan dulu perbualan. Selalunya gadis itu akan membuatnya seperti tidak wujud. "Mestilah nak makan, takkan lah nak bedah orang pula dekat sini kan?" penuh lembut Adam menutur kata.

Husna yang mendengar itu sudah berasa tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu. "Tapi banyak je lagi meja yang kosong. Kenapa Dr Adam nak duduk dekat sini juga?"

Adam menghela nafas perlahan. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja sebelum matanya memandang lama wajah cantik gadis pujaannya itu. Sungguh, tudung bawal yang tersarung di atas kepala gadis itu menambahkan lagi keanggunannya. Cuba bagitahu, macam mana hati Adam Fawwaz tidak terpikat kalau macam ni?

"Buat apa nak makan sorang kalau ada awak dekat sini. Kan lagi elok makan berdua. Taklah bosan sangat." ujar Adam dengan sengihan di bibirnya.

Husna sudah mendengus geram. Baru sahaja dia mahu bersuara, seorang pelayan sudah meletakkan makanan yang dipesannya tadi di atas meja.

Pelayan itu memandangkan Adam yang duduk di situ. Seingatnya, gadis itu hanya bersendirian tadi. "Encik ada nak order apa-apa?"

"Oh, saya nak-" belum sempat Adam menghabiskan bicaranya, Husna sudah laju memotong.

"Eh, tak apa. Dia tak nak order apa-apa. Awak boleh pergi sekarang." cantas Husna dengan senyuman di bibirnya. Walaupun sudah jelas itu bukanlah satu senyuman yang ikhlas.

Pelayan itu memandang mereka berdua silih berganti. Setelah melihat pandangan gadis itu berubah tajam, dia segera meminta diri untuk pergi. Nanti tak pasal-pasal dia pula yang kena buang kerja.

"Husna, kenapa awak tak bagi saya order tadi?" soal Adam dengan nada yang tidak puas hati. Namun masih kedengaran nada lembutnya. Takkanlah dia mahu meninggi suara di hadapan gadis itu, jatuh sahamnya nanti.

Husna hanya diam, tidak membalas. Tanpa sepatah kata, makanan yang berada di hadapannya ditolak ke hadapan Adam.

Adam yang melihat itu sudah mengerutkan dahi, pelik. "Kenapa ni?"

"Makanlah. Dr Adam lapar sangat kan?" perli Husna. Wajah Dr Adam dipandang menyampah. Dalam hati, sudah berbakul sumpah seranah diberikan kepada lelaki itu.

"Habis tu awak nak makan apa?" ada nada risau kedengaran pada suara Adam. Walaupun berasa terharu dengan Husna yang mengambil berat tentang dirinya, tapi takkanlah dia mahu membiarkan perut gadis kesayangannya itu tidak terisi apa-apa.

"Saya nak makan dekat tempat lain. Tiba-tiba tak ada selera pula nak makan dekat sini." balas Husna sarkastik. Langsung tidak memikirkan perasaan lelaki itu. Sekeping duit RM100 dikeluarkan dari beg tangannya lalu diletakkan di atas meja.

Mawar RoseWhere stories live. Discover now