Bab 11

513 44 0
                                    


Puan Sri Khadijah yang sedang menjamah sarapan pagi mengangkat sedikit kepalanya apabila kerusi di sebelahnya diseret.

"Good morning, sayang... Duduklah, breakfast sekali dengan mama." sapa Puan Sri Khadijah ramah. Lebar sahaja senyumannya apabila melihat penampilan anaknya yang segak dari atas hingga ke bawah.

"Good morning too, mama..." balas Husna seraya mengucup lembut dahi mamanya kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Husna memerhati sekeliling seperti mencari sesuatu. "Papa mana, ma?" soalnya dengan dahi yang sudah berkerut. Tadi, sewaktu dia lalu di depan bilik orang tuanya sempat dia menjenguk masuk tapi tak ada orang. Sangkanya mereka berdua sudah berkumpul di bawah.

"Husna ni macam tak tahu pula perangai papa kamu tu macam mana. Kalau dah tak balik rumah tu, Husna faham-faham je lah..." jawab Puan Sri Khadijah senada sebelum menyuapkan lagi sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Papa pergi outstation?" teka Husna cuba untuk bersangka baik. Ah, bukan itu yang terbuku di hatinya sebenarnya.

Puan Sri Khadijah menghela nafas perlahan. "Tak, sayang... Papa pergi rumah anak-anak ikan dia tu lah."

Husna sedikit tersentak dengan pernyataan santai yang dilemparkan oleh mamanya tadi. "Huh? Anak-anak ikan? Maksud mama, papa pergi rumah perempuan simpanan dia semalam?"

Puan Sri Khadijah hanya mengangguk malas.

Raut wajah Husna sudah berubah. Sudu dan garfu diletakkan kembali di atas pinggan. Seleranya sudah hilang.
"Mama tahu papa pergi mana tapi kenapa mama tak halang?" soal Husna sedikit tidak puas hati.

"Mama malaslah nak masuk campur urusan papa kamu tu. Biarlah dia nak buat apa sekalipun. Yang penting dia tak ganggu hidup mama."

"Ma, he slept with another woman dan mama boleh duduk breakfast dekat sini macam tak ada apa-apa yang jadi? Mama sedar tak apa yang papa dah buat dekat mama? Please lah ma, sampai bila kita nak biar papa tu buat benda ikut kepala dia je?" rayu Husna.

"Habis tu Husna nak mama sedih meraung macam orang tak betul hanya sebab papa curang belakang mama. Ataupun Husna nak mama pergi serang semua perempuan-perempuan tu lepastu tarik rambut diorang? Oh please... Mama dah cukup matang untuk semua tu. Lagi satu, Husna tak payah lah nak sibuk urusan orang tu. Dia tahu jaga diri dia sendiri." nada yang digunakan Puan Sri Khadijah masih tenang seperti tadi.

"Ma, he's your husband. Takkan mama tak rasa apa-apa bila papa buat semua tu?'

Puan Sri Khadijah tersenyum nipis. "Husna sayang, mama dah kata dari dulu lagi kan mama tak kesah pun dengan apa yang papa nak buat..."

Husna terdiam. Wajah wanita itu dipandang dalam. Ya, dia tahu mamanya sedang menipu. Kononnya tak peduli suami dia tidur dengan perempuan lain. Hakikatnya, isteri mana sahaja yang tidak sakit hati?

"Sampai bila mama nak tipu diri mama sendiri? Mama sangkal macan mana pun, mama still tak boleh nak nafikan kebenaran yang mama tu masih cintakan papa. Dah lah ma, sekarang ni mama perlu fikirkan hati mama tu dulu. Mama buat apa yang mama nak, Husna akan sentiasa ada belakang mama..." ujar Husna sebelum menggenggam sebelah tangan Puan Sri Khadijah yang berada di atas meja.

"Dah lah, Husna makan ya... Nanti lewat pula pergi hospital."

Tidak sempat Husna mahu membalas, matanya sudah tertancap dengan kelibat papanya yang melangkah masuk ke dalam rumah. Senyuman lebar terhias di bibir tua itu. Entah apa sahaja yang bermain di fikirannya.

Mawar RoseWhere stories live. Discover now