Bab 20

477 39 2
                                    


Wanita itu berjalan anggun mendekati suaminya yang sedang termenung di balkoni. Dia segera mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Wanita itu menutup mata sekejap menikmati angin malam yang menampar lembut wajah putihnya.

Lelaki itu yang sedar akan kehadiran isterinya terus mengalihkan pandangan ke wajah sang isteri lalu tersenyum senang.

"You buat apa dekat luar malam-malam buta macam ni?" soal wanita itu sekaligus memecahkan kesunyian yang ada. Wajah sang suami dipandang lama. Ah, dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan lelaki yang sudah mencuri hatinya 3 tahun yang lalu itu.

"Tak ada apa-apa. Bosan dekat dalam tu yang I keluar ni. Arjuna mana? Dah tidur?"

"Dah, baru je. You tahulah anak you tu  mana pernah tidur lewat. Tak sampai seminit I letak, Arjuna dah terlelap." cerita wanita itu dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya.

Lelaki itu hanya tersenyum sebelum menarik isterinya masuk ke dalam pelukan. Rambut paras bahu isterinya diusap perlahan. Ubun-ubun isterinya dikucup. "I beruntung sangat dikurniakan isteri macam you." luah lelaki itu.

Memandangkan ketinggian wanita itu hanya paras bahu suaminya, terpaksalah dia mendongak sedikit. Bibirnya mengulas senyuman nipis. "Sepatutnya I yang cakap benda tu dekat you. I yang patut bersyukur sebab you sudi terima I walaupun yaa terlalu banyak kekurangan dalam diri I. Huh, I minta maaf. I masih-"

Belum sempat wanita itu habis bicara, lelaki itu sudah cepat-cepat mengeratkan pelukan. "You cakap apa ni? Kenapa perlu nak minta maaf bagai? Sayang, tu bukan salah you pun. Kita tak pernah minta semua benda ni jadi. Siapa I nak hukum you atas kekurangan yang you sendiri tak pernah minta" pujuk lelaki itu lembut. Rambut isterinya diusap lagi.

Wanita itu hanya tersenyum hambar. Memanglah bibir suaminya sendiri yang mengungkapkan ayat itu, tapi hati suami mana saja yang tidak sedih. Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan suami isteri mesti mahukan yang terbaik dalam keluarga kecil mereka.

"Tapi I tak mampu nak bagi zuriat dekat you lagi. Arjuna pun mesti sunyi tak ada adik." lemah wanita itu bersuara.

Lelaki itu menghela nafas berat. Pelukan pada tubuh isterinya dilepaskan sebelum dia mencapai kedua-dua belah tangan wanita itu.

"Sayang, ada you dengan Arjuna dalam hidup I pun, I dah bersyukur sangat. Lagipun, banyak lagi pasangan dekat luar sana yang dah kahwin lama tapi masih tak dapat anak."

Wanita itu membalas pandangannya suaminya. "Tapi takkan you tak sedih langsung?"

"Kenapa pula I nak sedih? I ada isteri yang cantik macam you, you pula ada suami yang kacak menawan macam I, kita ada anak yang comel macam Arjuna, dia pula ada papa dan mama yang penyayang macam kita. Our family is perfect, sayang." balas lelaki itu dengan senyuman nipis sebelum belakang tangan isterinya dikucup perlahan.

Wanita itu semakin sebak. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya tumpah jua. Sungguh, dia betul-betul bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahami seperti lelaki itu.

Tanpa menunggu lama, lelaki itu kembali memeluk tubuh isterinya. Rambut isterinya diusap, cuba untuk menenangkan hati gadis itu. Dia tahu, perkara ini pasti sering menghantui hidup isterinya itu.

"Sayang, you sayang I tak?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Wanita itu hanya menganggukkan kepala. Wajah suaminya langsung tidak dipandang. Bukan apa, dia cuma tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu dengan mata sembap seperti ini.

Mawar RoseWhere stories live. Discover now