Bab 24

340 10 1
                                    


"Raf, tak kerja ke hari ni?" soal Luthfan Hariez setelah melihat Rafael yang sudah berbaring santai di atas sofa. Fokus sungguh sahabatnya yang satu ini menonton drama Korea yang terpapar di kaca televisyen.

"Awal bangun." perli Rafael ringkas tanpa mengalihkan pandangannya dari kaca televisyen. Soalan dari Luthfan Hariez tadi dibiar angin lalu sahaja.

Luthfan Hariez mendecit perlahan. Dia segera melabuhkan punggungnya di sofa sebelum mengerling sekilas jam yang tergantung di dinding.

'Dah pukul 12 rupanya. Patutlah...'

Tak hairanlah dia bangun lewat. Semalam pukul 3 baru dia dapat tidur. Semuanya kerana sibuk memikirkan Rose dan Mawar. Haih.

"So, Mawar macam mana? Kau dah pulangkan dia?" soal Rafael ingin tahu. Bukan apa, semalam dia mahu bertanya kepada Luthfan Hariez tetapi pulang sahaja lelaki itu terus meluru masuk ke dalam bilik.

Luthfan Hariez terdiam seketika.

"Dah. Dia dah selamat sampai dekat rumah dia. Puas hati?" ujar Luthfan Hariez sedikit tidak ikhlas. Sempat dia menghadiahkan sebuah jelingan tajam kepada Rafael.

Mendengar itu, Rafael membuat muka tidak percaya. Wajah sahabatnya itu dipandang. Dia kenal Luthfan Hariez ni bukan sehari dua. Kalau pasal Rose Adeline , kerja gila pun dia sanggup buat.

"Serius lah bro? Muka kau macam tak boleh percaya je..."

"Suka hati engkau lah Rafael. Nak percaya ke tak..." balas Luthfan Hariez menyampah.

"Baguslah. Aku bukan apa... Kesian dekat budak tu tiba-tiba je jadi mangsa keadaan. Perasaan dia , perasaan orang tua dia kena fikir juga. Takkan kau nak ulang balik kesilapan kau dulu. Alah.. aku nak cakap lebih-lebih pun bukan kau budak lagi yang tak boleh beza mana baik mana buruk." nasihat Rafael panjang lebar. Terbit rasa syukur dalam hatinya, sekurang-kurangnya apa yang dikatakan tempoh hari masuk juga dalam hati sahabatnya itu.

Bukan apa, kalau tahu dek Puan Sri Amna tentang Mawar yang diculik oleh Luthfan Hariez, dia juga yang kena nanti. Macam dia tak kenal dengan perangai wanita itu.

"Bla, bla, bla." ajuk Luthfan Hariez, seolah langsung tidak terasa dengan pernyataan Rafael tadi. Walhal sentap juga sebenarnya. Menusuk ke jantung betul apa yang dikatakan oleh Rafael tadi.

"Haa tu la kau. Bila orang bagi nasihat, mulalah keluar perangai iblis kau tu. Nanti bila ada masalah reti pula cari aku." usai sahaja menghabiskan percakapannya , sebiji kusyen sudah selamat hinggap di kepalanya.

"Kau tak payah nak main jiwa sangatlah. Haih, penatlah bahas topik ni... Apa kata kau pergi masakkan aku, perut aku dari tadi dah berbunyi." kata Luthfan Hariez tanpa rasa bersalah. Sebelah tangannya naik memegang perutnya. Sungguh, dia sangat lapar.

Rafael sudah mengetap gigi geram. Baru sahaja dia ingin membalas perbuatan lelaki itu, bunyi telefon tiba-tiba sahaja membatalkan niatnya.

'Suraya'

Sempat dia memberi pandangan tajam kepada Luthfan Hariez sebelum mengangkat panggilan dari adiknya itu.

"Hm, nak apa?"

"Along...."

Mendengar suara Suraya yang meleret itu, Rafael sudah dapat mengagak pasti ada yang dimahukan oleh gadis itu.

"Kau nak apa sebenarnya ni? Along... Along..."

"Along sibuk tak? Su nak minta tolong boleh?"

"Tolong apa?" soal Rafael. Sempat dia mengerling sekilas Luthfan Hariez yang sudah seperti dugong terdampar di atas sofa. Lapar betul anak Tan Sri sorang ni.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mawar RoseWhere stories live. Discover now