Bab 5

488 45 4
                                    


Luthfan Hariez menatap lama seraut wajah  yang terdapat pada bingkai gambar di atas mejanya. Tangannya perlahan mengambil bingkai gambar itu. Badannya disandarkan di kerusi.

Melihat wajah cantik gadis itu, Luthfan Hariez tersenyum tanpa sedar. Meskipun bibirnya sering kali mengatakan yang dia sudah lupa akan Rose Adeline, namun hatinya? Huh, hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu.

Sejujurnya, setiap cebisan memorinya bersama Rose Adeline masih segar di ingatannya. Meskipun duka yang diberikan gadis itu, namun kebahagiaan yang dia rasakan saat bersama Rose Adeline mampu mengisi kekosongan di hatinya.

Seketika, fikirannya kembali menerawang memikirkan gadis pujaan hatinya itu.

Luthfan Hariez memasuki bilik yang menempatkan Rose Adeline. Pintu dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Kelihatan Rose Adeline sedang jauh termenung ke luar tingkap. Melihat Rose Adeline yang masih mengenakan tudung, Luthfan Hariez tersenyum senang. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa dia jatuh cinta dengan gadis itu. Rose Adeline sangat pandai menjaga maruah dirinya. Walaupun, sudah sehari dia dikurung namun tudung yang tersarung di kepalanya tidak pernah dilepas. Sebab itulah Luthfan Hariez tidak teragak-agak untuk masuk ke dalam bilik.

Luthfan Hariez mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Beberapa helai pakaian dan tudung sarung di letakkan di atas katil. "Baju dengan tudung ni kau boleh guna untuk sementara. Minggu depan aku pergi beli baru untuk kau"

Rose Adeline yang mendengar itu membuat muka menyampah. Benci betul dia dengan lelaki tidak tahu malu itu.

"Rose, dengar tak ni?"

Diam.

Luthfan Hariez menghela nafas berat apabila gadis itu tidak memberi sebarang jawapan. Seketika, kakinya melangkah mendekati Rose Adeline.

"Jauh termenung... Sampai aku datang sini pun kau tak sedar" ujar Luthfan Hariez yang sudah mengambil tempat di sebelah Rose Adeline. Walhal dia sendiri tahu, gadis itu bukan termenung pun. Sengaja ingin menyedapkan hati sendiri.

"Mana ada termenung. Saya sedar awak masuk tadi. Cuma malas je nak layan." balas Rose Adeline sarkastik. Wajahnya masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Riak wajah Luthfan Hariez terus berubah namun cepat-cepat dikawal. Dia berpura-pura untuk tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Rose Adeline sebentar tadi.

"Pergilah mandi. Lepastu turun bawah makan. Dah sehari kan kau tak makan?" soal Luthfan Hariez lembut.

"Tak ada selera!"

"Rose, makanlah sikit. Nanti kalau kau sakit, aku juga yang susah" pujuk Luthfan Hariez. Ton suara yang digunakan masih lembut seperti tadi.

Rose Adeline mencebik bibir. "Awak tak payah lah nak tunjuk sikap prihatin awak tu dekat sini. Tch, susah konon... Masa culik saya hari tu awak tak fikir pula susah hati mak ayah saya." tempik Rose Adeline kasar.

"Semua ni takkan jadi kalau kau terima aku jadi suami." balas Luthfan Hariez tidak mahu kalah. Nada suara yang tadinya lembut kini berubah datar.

Rose Adeline suda membuat muka jelik. "Suami? Luthfan awak sedar tak kita ni masih study lagi. Ya, saya tahu awak orang senang. Tak belajar pun masih boleh hidup dengan harta yang banyak. Tapi saya tak. Saya perlu study bersungguh-sungguh untuk senangkan mak ayah saya!"

Luthfan Hariez menghela nafas perlahan. Wajah merah padam gadis itu di pandang. "Rose, aku buat semua ni sebab aku cintakan kau..."

Rose Adeline menoleh. Memandang sinis Luthfan Hariez yang sudah berada di sebelahnya. "Cinta? Awak ni memang tak tahu malu kan. Terhegeh-hegeh dengan orang yang langsung tak sudi"

Mawar RoseWhere stories live. Discover now