Seorang gadis pelajar universiti itu menghampiri seorang lelaki yang juga menuntut di universiti itu.
"Harraz." Sapa gadis tu pada lelaki tu dengan nada separa dingin.
Lelaki yang sedari tadi menunduk memandang telefon bimbitnya, duduk atas bangku, mendongak bila gadis tadi itu menyapanya.
Dia mengoyakkan senyuman. "Oh, Ara! Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Soal lelaki tu, yang mana namanya Harraz. Tapi dia hairan, kenapa riak gadis ni dingin?
Gadis yang dipanggil Ara tu ataupun kadang Lyn, masih dengan wajah dinginnya. Aralyn.
"Kau kenapa diri tegak ni? Duduklah tepi aku ni." Tegur Harraz pula.
Aralyn menggeleng kepalanya. "Takpe. Aku just nak cakap straight to the point je ni." Katanya dengan nada dinginnya tu.
Bertambah hairan Harraz dibuatnya. Aralyn tak pernah berkelakuan sebegini.
"Aku jumpa kau ni sebab.." Aralyn membuka bicaranya tapi terhenti seketika. Rasa berat sebenarnya dia mahu ungkapkan.
"Sebab?" Tanya Harraz bila Aralyn berdiam seketika.
Aralyn mengeluh keluhan perlahan. "Aku tak nak kita berhubung dan berjumpa lagi." Ungkap Aralyn dengan sekali nafas dengan nada datar.
Harraz terkejut. "Apa?" Soalnya dengan terkejut, takut dia salah dengar dan terus berdiri berdepanan dengan Aralyn.
Aralyn masih melihatnya dingin. "You heard me kan? Aku tak nak jumpa kau dah. Aku nak putuskan persahabatan kita."
Harraz tergamam. Apa?! "Tapi kenapa? Aku ada salah buat ke?" Soalnya lagi dengan nada tersinggung.
Aralyn tertawa sinis. "Takde lah. Aku just nak kita putus kawan je. Simple kan?" Balasnya, seperti tiada hati langsung.
Hati Harraz bagai ditikam berkali-kali. Sakit.
"But why Ara? Why so sudden?" Soal Harraz lagi, suaranya cuba ditahan dari mengeluarkan amarah tak puas hatinya.
Siapa tak marah dan sakit hati bila sahabatnya berkata begitu?
Aralyn menjongket bahunya tak bersalah. "Fahim yang suruh aku tak jumpa kau. Dia nak kita putuskan persahabatan kita. So aku ikutkan saja lah." Jawabnya selamba.
Harraz sekali lagi tergamam. Dia ketawa tak percaya. "Kau serius ke Ara? How could you? Hanya disebabkan dia suruh, kau sanggup-?" Tak mampu Harraz menyambung kata-katanya.
Aralyn menggulingkan bebola matanya. "I love him so much, biarlah." Lagi sekali dia berkata dengan selamba.
Harraz terbuntu. Rasanya hatinya dah renyuk.
Dia sekali lagi ketawa tak percaya. "Wow Nur Aralyn Irdina wow! Aku tak percaya kau sanggup putuskan persahabatan kita hanya disebabkan Fahim tu eh?" Kali ni Harraz tak dapat menahan amarahnya.
Marah, sakit hati, sedih.
Mereka berdua dah rapat dari kecil lagi! Dia pun dah menganggap sahabatnya tu seperti adiknya sendiri!
Aralyn juga sekali lagi mengangkat bahunya seperti tak bersalah langsung.
Harraz menggelengkan kepalanya kecewa. "Huh, after all these years, bertahun-tahun dah kita kawan, 17 tahun! Lepastu senang-senang je kau nak cakap macam tu?!"
Aralyn hanya senyap dengan muka dinginnya.
Harraz meramas rambutnya kasar. "Aku tak percaya kau seorang yang dapat membuat keputusan macam ni eh? The Aralyn I know tak macam ni. Tapi disebabkan kau jumpa dia, kau jadi macam ni! Well, I'm happy for the both of you! Aku gembira tengok kau gembira dengannya! Tapi ini yang kau balas? And you just met him not long ago! Baru beberapa bulan je-"
"Who are you to judge him?!" Kali ni Aralyn marah pula bila Harraz berkata sebegitu tentang teman lelakinya.
Harraz terkedu. Do I sound like I'm judging him?
Harraz mengeluarkan keluhan kasar. "Fine! Kalau itu yang kau nak, baiklah! Kita putuskan persahabatan kita. Aku tak akan berhubung dan jumpa kau lagi seperti yang kau nak. Tapi ingat, I was the one there for you when kau susah! Aku selalu ada untuk kau waktu kau perlukan pertolongan! So fine! Okay I'm fine with it..."
"But jangan saja nanti bila kau susah, kau pergi cari aku dan minta maaf kat aku. Aku tak akan nak jumpa kau. I'm really so dissapointed at you, Aralyn Irdina." Kata Harraz terakhir tu kedengaran sayu, tak seperti awalnya yang penuh dengan amarah.
Kini wajah Aralyn tak lagi dingin. Entah macam mana nak gambarkan apa perasaannya sekarang ni.
Dengan gelengan sekali lagi, Harraz mengeluarkan keluhan kesal. "Assalamualaikum." Ujar Harraz buat kali terakhir sebelum dia berlalu dari situ.
Sejak hari itu, mereka tak bertegur sapa. Walaupun mereka terjumpa sekalipun, mereka tak memandang sesama sendiri.
Terutamanya Harraz, dia langsung tak memandangnya, seperti tak tahu akan kewujudannya lagi.
Harraz betul-betul patah hati. Bayangkan, sahabat korang yang bertahun-tahun, sanggup memutuskan persahabatan, hanya disebabkan seorang lelaki? Huh, tak percaya betul.
YOU ARE READING
Kekal Selamanya
Romance"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. Kedua mereka memang rapat sejak kecil lagi. Sehinggalah, sewaktu mereka masuk alam universiti, Aralyn tertarik dengan seorang lelaki yang m...