KS | 18

419 16 0
                                    

Aralyn masuk ke dalam bilik guru-guru selepas saja dia selesai mengajar tadi. Dia terus duduk pada mejanya.

"Huh, datang si Aralyn tu. Keluar dan tunang dengan orang lain, lepastu kawin dengan orang lain."

"Haah kan. Mana maruah dia."

"Aku dengar tunang dia tu lari, itulah dia kawin dengan orang lain."

"Sebab dia curang kot. Tu lah tunang lari."

Aralyn memejamkan mata. Sudah letih untuk mendengar ucapan dan umpatan beberapa guru lain dalam bilik tu. Diorang tu bercakap memang membisik, tapi Aralyn masih dapat mendengar kata-kata mereka. Semua ini bermula sejak sebulan yang lalu dan sekarang sudah dua bulan sejak mereka bernikah.

Hatinya merasa sakit sangat. Diorang tak tahu cerita sebenar. Entah dari mana diorang mendengar semua tu.

Zahra di sebelahnya tu juga turut mendengar. Berkali-kali Zahra ingin membalas mereka tapi Aralyn menghalangnya. Buat pekak je. Apa orang nak kata, katalah. Bukan dia yang berdosa. Biar dorang yang berdosa.

Tapi kali ini Zahra memang tidak tahan. Dia tidak sanggup nak biarkan guru-guru lain dalam bilik tu bercakap buruk tentang kawannya!

Zahra terus menghempas mejanya dengan buku yang tebal. Memang senyap terus satu ruang tu dan terus memandang ke arahnya terkejut. Dia berdiri dan memandang muka beberapa guru yang baru saja mengumpat Aralyn tu.

"Maaflah kalau saya kedengaran kurang ajar. Tapi apa yang cikgu-cikgu dah kata tu memang sudah melampau! Guru jenis apa ni yang mengumpat guru lain? Macam mana nak jadi contoh kepada murid-murid?! Hei! Dengan sini eh! Kalau tak tahu apa-apa, kalau tak tahu cerita sebenar, korang baik diam je! Tak pasal-pasal korang boleh jadi memfitnah! Seronok ke dapat dosa tu?!" Terus saja Zahra menghambur kata-katanya dengan marah kepada beberapa guru yang telah mengumpat Aralyn tu.

Sudah sebulan tapi mereka masih tak henti mengumpat Aralyn. Beberapa guru tu pun mula tersentap dan menunduk, tak berani tengok wajah Zahra yang garang tu. Selama ni wanita itu tidak pernah marah, dia memang seorang yang ceria, ramah dan lemah lembut. Tapi sekali dia marah, gerun!

Aralyn pula terkebil-kebil melihat dan mendengar Zahra. Dia sendiri merasa gerun.

"Macam ni lah, sudahlah cakap buruk tentang Aralyn. Korang fikir dia tak dapat dengar ke? Lepas ni diam je lah! Sekali lagi saya dengar ada yang cukup buruk tentang Aralyn, siap korang!" Sambung Zahra lagi sambil memberi amaran. Lepastu dia terus menarik lengan Aralyn untuk keluar dari bilik tu.

Panas!

Ruang tu pun masih senyap dan terasa hening lepas mereka berdua keluar. Masing-masing terus membuat kerja sendiri. Beberapa guru itu pun diam, sambil mula rasa bersalah. Padan muka!

Zahra menarik Aralyn sehinggalah mereka sampai pada taman kecil sekolah tu. Kedua mereka duduk atas bangku.

"Haish! Marah betul aku! Rasa nak cili saja mulut diorang tu!" Marah Zahra lagi.

Aralyn masih berdiam diri. Dia mula rasa sebak. Terharu kawannya mempertahankan dirinya.

Zahra menoleh memandang Aralyn yang matanya sudah bergenang dengan air mata. Keluhan dilepaskan dan dia memeluk Aralyn.

Akhirnya terkeluar juga tangisan Aralyn yang lama sudah ditahannya. Dia menangis teresak-esak di situ. Zahra pula menepuk-nepuk belakangnya.

Selesai Aralyn menangis dia melepaskan pelukan. "Thank you Zahra."

Zahra balas dengan gelengan. "It's okay. Aku memang tak tahan bila diorang umpat kau. Bukannya diorang tahu cerita sebenar!"

Aralyn mengeluh. "Aku memang dah cuba pekakkan telinga. Tapi, kata-kata diorang tu masih menyakitkan. Dorang tak tahu apa yang aku rasa." Luahnya lemah.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now