Pada subuh esoknya, Aralyn terlebih dahulu terbangun. Teddy bear yang dipeluknya itu dipeluknya lebih erat. Tapi kenapa rasa besar sangat teddy bear dia ni?
Dia membuka mata. Ah, baru dia ingat dia tidur berpelukan dengan Harraz dari malam. Selesa pula macam ni. Mukanya dilekapkannya pada dada Harraz dan menghidu bau baju lelaki itu. Sangat wangi.
Tiba-tiba dia sedar. Eekk, apa yang dia tengah buat ni? Terus dia menjauhi mukanya.
Dia mendongak cuba melihat wajah Harraz yang masih tidur itu. Hensem. Tidur pun kacak. Lelaki itu dari dulu memang hensem, tu lah banyak peminat. Tapi Harraz tak pernah pandang mereka, dia malas nak kisah tentang hal cinta suka segala bagai tu.
Tanpa sedar, tangan Aralyn naik mengusap pipi dan rahang Harraz. Lelaki itu mempunyai rupa yang sangat menawan dan jawline yang tajam.
Dulu dia tidak kisah sangat dengan rupa Harraz tu, dah kenal dari kecil. Tapi sejak bernikah dengannya, kelihatan sangat hensem pulak.
"Aku tahu aku hensem." Tiba-tiba Harraz bersuara dengan suara serak basahnya dan mata yang masih tertutup. Dia sudah bangun sejak Aralyn leka mengusap pipi dan rahangnya itu. Rasa senang bila Aralyn melalukan tu. Rasa seperti dimanjai.
Aralyn terus menarik tangannya bila Harraz membuka mata. Wajahnya membahang. "Hensem apanya!" Eleh, tadi dipuji.
Harraz tersengih sebelum tangan Aralyn tu dinaikkannya semula ke pipinya. "Usap lah lagi."
Aralyn mengetap bibirnya sebelum mengusap pipi Harraz sekali lagi lalu menampar lembut pipi Harraz tu. "Mengada!" Aralyn sudah malu di situ bila kelakuannya ditangkap oleh Harraz.
Tergelak kecil Harraz. Terasa segar bila bangun memeluk si isteri. Dahi Aralyn dikucupnya cepat dan melepaskan pelukannya. "Jom solat." Lepastu Harraz pun berlalu untuk mengambil wudhu.
Asal saja mereka dua-dua ada di rumah, memang Harraz akan mengajaknya solat berjemaah.
Aralyn pula menutup mukanya dengan bantal. Agh malu!
»
Seperti biasa lepas solat, Harraz akan membaca alquran dan Aralyn pun juga turut membacanya.
Lepas selesai, Harraz berpusing menghadap Aralyn dan mengunjuk tangannya.
Aralyn pun tanpa banyak bunyi menyalam tangan suaminya itu lalu Harraz mengucup dahinya. Ini sudah menjadi rutin mereka lepas solat. Namun begitu, kelakuan Harraz tu membuat wajah Aralyn panas lagi.
Dia bersyukur sangat dia tak pandai nak blushing. Kalau dia seorang yang kuat blushing, sudah tentu muka dia sentiasa merah bila bersama Harraz ni.
Entahlah, sekarang ni Harraz cepat sangat buat dia malu-malu. Harraz pula biasa saja dengannya.
»
Selepas bersiap, mereka turun dari apartment untuk pergi kerja.
Mereka tidak menaiki kereta sama-sama. Keduanya membawa kereta sendiri.
Selama ini mereka memang belum pernah sekereta kalau nak pergi kerja sebab waktu balik mereka tidak sama.
Sebelum masuk kereta, Aralyn menyalam tangan Harraz. Juga sudah jadi kebiasaan mereka bila mahu pergi kerja.
"Are you sure you don't want to have breakfast with me first?" Soal Harraz lagi pada Aralyn. Kedua mereka belum bersarapan sebab memang tak ada yang dimasak kat dapur itu. Tu lah Harraz mengajak Aralyn makan sarapan dekat luar tapi wanita itu tak nak.
"Iyaa." Balas Aralyn ringkas.
"Okaylah, but make sure to find something to eat once kau datang dekat sekolah. Hati-hati drive tu." Pesan Harraz, merasa risau. Dia masih berdiri tepi kereta Aralyn.
YOU ARE READING
Kekal Selamanya
Romance"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. Kedua mereka memang rapat sejak kecil lagi. Sehinggalah, sewaktu mereka masuk alam universiti, Aralyn tertarik dengan seorang lelaki yang m...