KS | 06

414 17 1
                                    

Seminggu sudah berlalu. Tibalah hari di mana sepatutnya Aralyn disatukan dengan cinta hatinya. Tapi agaknya takdir tidak menyatukan mereka. Dia akan disatukan dengan bekas sahabatnya yang dulu.

Kesemua ahli keluarga yang terdekat saja yang dijemput dari belah Harraz. Begitu juga dari belah Aralyn. Nasib ada baiknya juga si Fahim tu nak buat simple saja majlis pernikahan mereka itu. Tak ada lah mereka sekeluarga membazir sangat. Mereka juga membuat majlis ini di rumah pihak perempuan saja.

Belah keluarga Aralyn banyak juga yang terkejut sebab pengantin lelakinya bukan yang ditunanginya. Ada yang tertanya tapi diamkan sahaja, ada juga yang sibuk nak tahu tepi kain orang.

Belah Harraz pula dalam seminggu itu sibuk membuat kad jemputan last minute dan menempah baju pengantin Harraz.

Semua pun sudah berkumpul untuk menyaksikan bakal pengantin itu untuk diijab kabulkan.

Kedua Harraz dan Aralyn berasa gemuruh. Masing-masing punya jantung mengepam dengan laju sekali. Tak mereka pernah terfikir untuk menikahi sesama sendiri.

"Bismillahirrahmanirrahim." Tok kadi sudah nak mula. Dia menghulur tangannya pada Harraz yang duduk di depannya.

Harraz pun menghulurkan tangannya.

"Muhammad Harraz Dhaffa bin Muhammad Danial Rayyan."

"Ya saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Aralyn Irdina binti Haji Irfan dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai."

Harraz menarik nafas dalam. Bismillah. "Aku terima nikahnya Nur Aralyn Irdina binti Haji Irfan dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai."

"Sah? Sah?"

"Sah. Sah."

"Alhamdulillah!"

Dengan sekali lafaz mereka berdua pun sudah selamat menjadi suami isteri. Selepas itu mereka pun menadah tangan dengan doa yang dibacai oleh tok kadi.

Harraz memandang ke arah Aralyn yang menahan air matanya dari jatuh. Sebelah kanan Aralyn adalah ibunya yang sudah menitiskan air matanya. Sebalah kiri Aralyn pula adalah mamanya sendiri. Tak hairan, dah menangis dah di situ. Mamanya memang seorang yang berhati lembut dan mudah menangis.

Setelah selesai mengaminkan doa, tuan Danial di sebelahnya menepuk bahu Harraz lembut. "Raz dah jadi suami orang. Jaga tanggungjawab Raz. Jangan pernah sakitkan isteri Raz. Jaga dia dengan elok." Pesannya lembut. Sebak sebenarnya, tapi tak nak lah dia tunjuk. Anak pertama yang sudah nikah, terharulah dia. Dah besar anak seorang dia ni.

Harraz pula dah sebak tu. Menahan dari mengeluarkan air mata. Tak macho lah kalau nangis. Dia mengangguk dan senyum kecil. Lalu dia pun memeluk daddy dia tu erat. Tuan Danial membalas pelukan dan menepuk belakang anak dia tu.

"Ehem dah jadi laki orang tu, perangai kau tu elok-elok sikit." Ucap Haffaz yang duduk belakangnya. Hilang terus mood sebak Harraz dibuatnya.

"Diamlah cawan."

"Aku kata yang sebenar je mangkuk."

Harraz hanya menjeling kembarnya tu. Malas nak layan.

Lalu Harraz pun mula berdiri dan bergerak ke arah Aralyn untuk menyarungkan cincin.

Kedua mereka berpandangan sebelum Aralyn yang melarikan matanya dengan menunduk. Tiba-tiba malu melihat Harraz duduk berdepanan dekat dengannya.

Harraz mula mencapai tangan Aralyn yang terasa sangat sejuk tu lalu menyarungkan cincin. Malu sebenarnya nak pegang tangan wanita itu sebab selama ini Harraz memang seorang yang menjaga batasnya. Walaupun mereka rapat dari kecil, mereka tetap menjaga batas.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now